PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Friday, March 2, 2012
Azmin Ali memang sudah kaya. Dia ada Ferrari dan juga rumah banglo mewah hasil dari istiqamahnya menyokong pemimpin anugerah Tuhan iaitu Anwar Ibrahim. Jadi tak adillah kalau Azmin nak tuduh UMNO tak mampu buatkan orang melayu dalam negara ni jadi kaya seperti dia.
Azmin kena sedar yang dia itu pun adalah bangsa melayu. Anwar Ibrahim juga melayu, cuma Nik Aziz saja yang malu untuk mengaku dirinya berbangsa melayu. Dan bila sedar diri tu melayu, kenalah faham bahawa hanya UMNO satu-satunya yang memperjuangkan nasib bangsa melayu dalam negara ni.
Azmin jangan lupa, Anwar kaya raya kerana UMNO. Secara tak langsung, Azmin juga terpaksa mengaku yang UMNO juga berjasa dalam memewahkan diri dia dan keluarga. Jadi apa motifnya untuk Azmin menghentam UMNO dan kata UMNO meruntuhkan ekonomi orang-orang melayu? Apa buktinya Azmin meroyan macam ni?
Semasa Azmin berceramah di majlis dialog di Kampong Pasir Hulu Kelang, dia mengatakan bahaya “Bila orang Melayu hanyut , jangan salahkan orang Cina dan DAP. Orang Melayu masih merempat sehingga kini sebab tangan pemimpin Melayu sendiri. Orang Melayu harus menyalahkan kepimpinan Umno dan bukan menunding jari kepada kaum lain di atas kuasa ekonomi Bumiputera yang merudum”.
Kalau betul lah kerajaan Pakatan ini memang terbukti berupaya memajukan ekonomi orang melayu, cuba Azmin senaraikan berapa banyak yang rakyat Selangor untung dan mewah dari usaha Khalid Ibrahim semenjak dia menjadi Menteri Besar? Berapa banyakkan melayu yang senang lenang dibawah polisi kerajaan Pakatan Selangor?
Dan bagi kawasan Azmin sendiri, berapa banyakkah orang melayu di kawasan Parlimen Gombak dan juga Bukit Antarabangsa yang meningkat ekonominya hasil dari usaha Azmin? Dan berapa banyakkah orang-orang melayu di kawasan tersebut yang berjaya diangkat taraf kehidupannya oleh Azmin melalui Pakatan Rakyat?
Kalau di negeri Selangor yang kaya raya itu pun kerajaan Pakatan masih tak mampu untuk martabatkan nasib bangsa melayu, tak perlulah Azmin nak tuduh UMNO sebagai punca ekonomi bangsa melayu merudum. UMNO melalui kerajaan persekutuan telah menyediakan pelbagai inisiatif kepada rakyat yang mahu meningkatkan taraf ekonomi mereka sendiri.
Dan usaha UMNO melalui kerajaan persekutuan ini bukan sahaja dinikmati oleh bangsa melayu sendiri, tetapi ianya juga diberikan kepada kaum bukan melayu didalam negara. Ini yang amat dicemburui oleh pemimpin Pakatan seperti Azmin kerana dia tahu mereka tak akan mampu meniru hasil usaha UMNO melalui kolobrasi parti-parti komponen didalam BN.
Oleh itu, tak payahlah Azmin berniat untuk meracuni pemikiran rakyat Selangor dengan dakyah-dakyah merapu kononnya UMNO akan meruntuhkan ekonomi bangsa melayu. Rakyat Selangor kini sudah mampu membezakan yang mana lebih baik diantara kerajaan Pakatan dan juga kerajaan UMNO/Barisan Nasional.
Pakatan sudah terbukti gagal membela nasib bangsa melayu di negeri-negeri yang mereka jajah selepas PRU12. Nasib orang-orang melayu kian tergugat di P.Pinang, Kedah, Selangor dan juga Kelantan. Rakyat Malaysia bukannya buta dengan apa yang terjadi. Rakyat juga bukan tuli untuk memekakkan telinga dengan segala karenah Pakatan.
Rakyat Malaysia kini hanya menunggu tarikh pilihanraya akan datang bagi menguburkan Pakatan khususnya di negeri-negeri yang mereka telah tawan sebelum ini. Pada masa itu, Azmin sendiri belum tentu selamat jika bertanding di kawasannya sekarang.
Share this:
Share
Email
Print
By Che_Wan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment