Monday, March 5, 2012

DAP TERSENGIH PANJANG TENGOK MELAYU KENA SEMBUR! Saturday, July 09, 2011 Desperado Demontrasi jalanan Bersih menyaksikan Pas dan PKR terus menjadi kuda tunggangan DAP apabila pemimpin-pemimpin utama parti itu tidak kelihatan dalam perhimpunan haram itu. Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidahn Osman berkata apa yang berlaku itu bukan perkara baru, malah perkara sebegini telah lama dilakukan oleh DAP yang menggunakan Pas dan PKR untuk agenda politiknya. “Mana Lim Kit Siang dan anaknya (Lim Guan Eng) yang sebelum ini beria-ia menyokong Bersih, apa yang kita lihat hanya pemimpin Pas dan PKR yang berarak dalam perhimpunan itu, mana perginya mereka. “Saya juga musykil dengan kenyataan Ambiga sebelum ini yang menyatakan bahawa kira-kira 100 NGO akan bersama-sama dalam perhimpunan itu, tetapi dari apa yang kita lihat hanya Ambiga sahaja bersama dengan pemimpin pembangkangi,” katanya kepada UMNO-online. Beliau kesal dengan apa yang berlaku kerana sebelum ini penganjur Bersih menyatakan bahawa perhimpunan itu akan berjalan dengan aman dan tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada pihak berkuasa dan orang ramai. “Mana janji mereka, dulau kata untuk adakan perhimpunan secara aman, tetapi lain yang berlaku, mereka nampaknya dengan sengaja membiarkan pihak polis mengambil tindakan dengan melanggar arahan yang diberi, ini semua agenda mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan,” katanya. Hamidah berkata, pihak berkenaan pasti akan memutar belitkan fakta dengan melaporkan berita yang hanya berpihak kepada mereka melalui laman berita yang menyebelahi mereka dan tidak melaporkan secara telus. Beliau berharap rakyat negara ini tidak terpedaya dengan tipu helah yang dibuat pembangkang yang sememang sengaja untuk menimbulkan perasaan benci rakyat kepada kerajaan. umno-online

No comments:

Post a Comment