PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Saturday, March 3, 2012
Mereka Berempat Simpan Rahsia Bersama- Ummi Hafilda
Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh
Temerloh, 3 Mac- “Nak kata bersama dalam istilah bersama macam orang lain, nak duduk berborak, duduk semeja, tak mungkin berlaku selagi Azmin tidak balik ke pangkal jalan. Bukan saya, siapalah saya untuk buang dia. Dia masih darah daging saya,” ujar Ummi Hafilda Ali, adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Ujarnya, apa salahnya kalau Azmin bertaubat, kembali ke pangkal jalan selain mengakui kesilapannya selama ini, banyak membuat fitnah bukan sahaja kepada Ummi, malah kepada Tun Mahathir dan ramai lagi.
Namun maklumnya kalau dia mengakui, meminta maaf kepadanya dan kepada seluruh rakyat Malaysia atas kesilapannya selama ini, maka tentunya Ummi tidak akan berceramah sehingga ke satu Malaysia untuk mendedahkan siapa Azmin, Anwar dan parti PKR sebenarnya.
“Ini kerana rahsia Azmin dan Anwar, mereka berempat bersama Shamsidar dan Wan Azizah. Banyak rahsia yang mereka kongsi bersama dan kalau salah satu berpecah, sukar. Jadi nak tak nak mereka kena bersatu dan tetap bersama, khususnya yang melibatkan skandal.
“Terus terang saya katakan, saya berani sebut, ia melibatkan skandal seks dan imbuhan duit jutaan tinggit,” ujarnya dalam sidang media di Pusat Operasi BN petang tadi.
Dalam masa yang sama, Ummi akan berceramah di Kampung Sekoh, Rumpun Makmur malam ini berhampiran dengan Ceramah Umum Pas yang bakal menyaksikan Anwar Ibrahim turun kali pertama di PRK Kerdau.
“Saya memang menanti, pucuk dicita ulam mendatang. Tapi jangan pula ada yang salah tafsir, ada pula kata-kata yang Ummi yang gila pada Anwar. Memang saya nantikan kerana dalam blog saya, saya dah lanyak dia secara maksimum, tapi saya hairan kenapa dia panggil saya nyamuk.
“Dalam mahkamah pun saya panggil dia ‘anjing Anwar Ibrahim’ depan hakim. Saya rasa dia gerun dengan saya sebab saya banyak simpan rahsia dia,” ujarnya mengulas ceramahnya malam ini yang berhadapan dengan ceramah Anwar di Rumpun Makmur. – MediaUMNO
Berita Bertarikh 3 March 2011 Pada 9:42 PM
Berita Keseluruhan Kategori Berita Pilihan »
Berita Terkini
Muhyiddin Gesa Rakyat Tolak Neo-Liberalisme Pembangkang
BN Masih Belum Putus Asa Dengan Pulau Pinang – Shahrizat
‘Parti Asyik Serabut’ Sering Menyusahkan Rakyat – Najib
Anggota Parti Politik Tidak Seharusnya Amalkan Perlakuan Samseng – Pemerhati Politik
Muhyiddin Sifatkan Pas Seperti Cacing Kepanasan
Jangan Gadaikan Prinsip Agama Dan Bangsa Demi Politik, Kata Ahmad Zahid
BN Akan Perbetulkan Kesilapan Sehingga Ditolak Rakyat Pada Pru Lepas – Najib
59,874 Unit Rumah PPR Sudah Disiapkan Di Seluruh Negara
Berita Bergambar :
Dengan Kanak-Kanak
Melawat Gerai Pameran
Mengibarkan Jalur Gemilang
Follow umnoonline on Twitter
Log in +
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU ATAU UMNO
59,848,343 Juta Hits Sejak 1 Jan 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment