PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Wednesday, March 7, 2012
Pada PAS Boleh, Pada UMNO haram
Apabila UMNO bersama MIC, MCA dan lain-lain parti membentuk satu barisan untuk memerintah dan membangunkan negara ini, PAS lantang menentang.
Malahan PAS menuduh dan melabelkan UMNO sebagai kafir. PAS mengajak penyokong dan pengikutnya memboikot apa saja program dan majlis ahli-ahli UMNO.
Kenduri, kematian, sembelihan semuanya menjadi kegilaan PAS untuk memboikot. Malah sembahyang jumaat pun sudah berpecah menjadi 2 imam.
PAS cuba membentuk imej yang menjadi penyokong atau ahli PAS, maka syurga adalah dijamin. Tidak menjadi ahli PAS dilihat seolah-olah tidak Islam atau jahil dalam agama.
Pembentukan barisan oleh UMNO, MIC, MCA dan lain-lain adalah kesinambungan dari perjuangan membebaskan negara ini dari penjajahan kuasa luar. Hasil kesepakatan ini, orang Islam dijadikan ketua negara dan sedikit kuasa dikongsikan dengan penduduk bukan Islam.
Hebatnya, Islam dijadikan agama rasmi negara dan Raja sebagai ketua utama Agama. MIC atau MCA dan lain-lain tidak memusuhi Islam dan pengikutnya. Kehidupan harmonis berlanjutan sehingga 50 tahun lebih dalam satu BARISAN.
Itupun PAS kata UMNO kafir.
Tetapi apabila PAS bersepakat dengan DAP kafir harbi yang terang-terangan menolak Islam dan Raja, mereka melabelkan diri mereka dalam kontack Tahaluf Siyasi.
Mereka membawa kefahaman bahawa bersepakat dengan DAP adalah dibolehkan kerana menentang kezaliman. Tapi apakah logiknya bersepakat dengan musuh Islam untuk menjatuhkan umat Islam juga?
Tahaluf Siyasi itu diterjemahkan supaya pengikutnya percaya bahawa DAP adalah rakan yang boleh berjuang bersama walhal DAP adalah musuh Islam. Bukan ini sesuatu yang amat kontradik?
Tetapi yang cuba nak ditekankan disini, jika UMNO menerimapakai konsep Tahaluf Siyasi, PAS kata UMNO kafir. Sebaliknya bila PAS bertahaluf Siyasi dengan DAP, PAS tidak pula menjadi seperti apa yang mereka katakan kepada UMNO.
Ianya halal untuk PAS! Dasar munafik!
Print
Posted by Syburi Times at 18:35
Reactions:
Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2012/01/pada-pas-boleh-pada-umno-haram.html#ixzz1r88hTTc0
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment