Saturday, March 3, 2012

Zul Kulim buktikan Nik Aziz Cakap Kosong Tentang Hudud Posted by The Unspinners at 9/29/2011 (Alamak Jah, jangan dema nak test hudud dengan kes Saiful-ChinaDOLL-Pluralisma sudah..mampos aku Jah..mampooss akuuuu!!!) Pagi ini satu Malaysia dah tahu PAS tak mampu laksanakan DAP kerana takut dengan DAPig. Unspinners juga tertarik dengan penerangan Zulkifli Nordin tentang hudud yang mana beliau betul-betul faham berbanding dengan orang yang menjadi ahli parti Islam tetapi menyokong filem nasi lemak 2.0 yang mana pengarahnya dulu pernah menghina azan seumpama kokokan Ayam. Zulkifli Nordin tulis, kita ringkaskan : 1. Islam ada banyak cabang antaranya jinayat dan lain-lain. Didalam bab jinayat pulak, dipecah kepada antaranya hudud, qisas & ta'zir. Sebab itu Haji Hadi pernah buat kenyataan perlaksanaan hudud tidak menjadi keutamaan Kerajaan PAS Terengganu kerana hudud hanyalah 0.0001% sahaja daripada Islam!!! Sepatutnya kita semua patut bercakap tentang perlaksanaan sistem jinayat Islam, bukan khusus hudud sahaja. Dan sistem ini merangkumi banyak cabang, undang-undangnya, kehakimannya, kepolisiannya, penguatkuasaan dan perlaksanaan hukumannya dan banyak lagi! 2. Kedua, kita perlu ingat didalam negara ini, berdasarkan Artikel 74 dan Jadual 9 Senarai II Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan pentadbiran dan pengurusan hal-ehwal Islam adalah bidangkuasa Kerajaan Negeri, bukan Kerajaan Persekutuan. Kalau pun Kerajaan Persekutuan hendak melaksanakan sistem perundangan jinayat Islam ia tidak boleh laksanakannya. 3. Berbalik kepada isu utama perlaksanaan undang-undang jinayat Islam, perlaksanaan undang-undang jinayat Islam di Kelantan adalah satu perubahan besar kepada sistem undang-undang negeri Kelantan.Satu pungutan suara perlu dibuat untuk isu ini. 4. Bagi maksud itu, teman cadangkan kepada Kerajaan PAS Kelantan supaya mengadakan tempoh moratorium dalam beberapa bulan untuk memberikan siri penerangan dan taklimat untuk meyakinkan rakyat Kelantan tentang perlaksanaan undang-undang jinayat Islam ini. Dan tanggungjawab memberikan penerangan dan penjelasan ini adalah tanggungjawab Kerajaan PAS Kelantan, bukannya Kerajaan Persekutuan. 5. Diwaktu yang sama, dan berdasarkan andaian rakyat Kelantan menerima cadangan perlaksanaan undang-undang jinayat Islam itu, maka Kerajaan PAS Kelantan bertanggungjawab untuk menyediakan prasarana perlaksanaannya. 6. Kerajaan PAS Kelantan juga bertanggungjawab menyediakan prasarana kepolisian syari'e bagi tujuan penyiasatan dan lain-lain, termasuk penyediaan badan saperti bahagian forensik, kimia, perubatan dan lain-lain. 7. Kerajaan PAS Kelantan juga bertanggungjawab menyediakan prasarana pendakwaan syari'e yang professional dan bersedia untuk melaksanakan sistem baru ini. 8. Kerajaan PAS Kelantan juga bertanggungjawab menyediakan prasarana perlaksanaan hukuman, saperti Jabatan Penjara Malaysia. Mampukah Kerajaan Kelantan yang sediakan semua prasarana ini? RUMUSAN Jadi yop, daripada kupasan diatas, jelaslah sebenarnya tanggungjawab kepada perlaksanaan sistem perundangan jinayat Islam ini terletak kepada bahu Kerajaan PAS Kelantan sendiri, bukannya Kerajaan Persekutuan. Dan daripada kupasan diatas, kita dapat melihat bahawa perlaksanaan sistem perundangan jinayat Islam ini bukan boleh main cakap kosogng sahaja, ianya datang dengan tanggungjawab. Dan ia memerlukan masa untuk membuat persediaan yang mencukupi. Cuma persoalan yang kita nak tanya yop, apa Kerajaan PAS Kelantan buat selama lebih 20 tahun memerintah Kelantan ni yop?. Dan setelah semua itu selesai, mungkin Kerajaan PAS Kelantan boleh menimbang untuk melaksanakan sistem perundangan dan kehakiman jinayat Islam ini dalam aduan kes liwat Anwar Ibrahim terhadap kakitangannya Saiful, dan aduan kes videoklip China-DOLL oleh Datuk Eskay, dan tak lupa kes fahaman pluralisma Anwar Ibrahim. Ini baru dikatakan ikhlas dan tegas, saperti sabda Nabi saw, "jika Fatimah yang mencuri, demi ALLAH akan kupotong tangannya!!!". Wallahua'lam & wassalam. Zulkifli Bin Noordin Isnin 28 Syawal 1432 26 Sept 2011 Boleh baca sepenuhnya di blog Zulkifli Nordin di sini. Baca juga artikel Taipingmali dan Pengundi Sungai Rapat di sini dan sini.

No comments:

Post a Comment