PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Tuesday, April 17, 2012
Kata-kata biadab Hasan Nasrullah [Ketua Syiah Lubnan yang sealiran dengan Syiah Iran] Terhadap Isu Syria
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=7Os1Iv-l8lI
Tiada dalam ucapan Hasan yang mengutuk kekejaman Bashar al-Assad. Tiada sekelumit rasa sesal.
Dia berkata, "usaha menjatuhkan Hafiz al-Assad sudah berakhir dan tidak akan berjaya". Lihat sokongan tidak berbelah bahagi kedua-dua syiah ini.
Jangan Tuan-Puan lupa, Ahmadineijad, Presiden Iran telah menyalurkan bantuan logistik berupa senjata bahkan TENTERA kepada tentera dajjal SYIAH NUSAIRIYAH Hafuz al-Assad!
Hasan Nasrullah juga mempersenda usaha Liga Arab “yang bisu” untuk menghantar bantuan ketenteraan di Syria. Sebagai merujuk usaha yang dijalankan oleh Liga Arab yang tidak habis-habis bermesyuarat tetapi satu penyelesaian proaktif pun tidak mampu dihasilkan.
Malah Hasan menyebut, jika mahu konflik ini berakhir Liga Arab "yang bisu" diberi 2 syarat :
1-Teruskan dialaog kerajaan dan pembangkang
2-Lakukan perubahan bersungguh-sungguh
Tiada langsung simpati Hasan Nasrullah terhadap apa yang dihadapi oleh penduduk Sunni Syria. Anak-anak mereka dibunuh dihadapan ibu bapa mereka sebelum ibunya dirogol. Bapa-bapa mereka dikerat-kerat. Anak-anak gadis di aib dan dirogol. Para alim ulama sunni dipenjara dan dibunuh.
Setiap hari umat Islam di Syria dibunuh oleh kekejaman syiah nusairiyah dibawah skongan padu Iran dan Hasan Nasrullah Lubnan. Bahkan ketika saat tulisan ini dikarang dan Tuan-Puan membacanya umat Islam terus dibunuh dan diperlakukan dengan kejam. Sehingga..... apa ada beza di antara pelakuan syiah dan yahudi zionis laknatullahi alaih...
Paling malang jika ada di kalagan umat Islam di Malaysia, Nusantara bahkan dunia masih merasakan syiah merupakan panutan agama muliah. Ditegaskan SYIAH BUKAN DARI AJARAN AGAMA ISLAM ! Usah tuan-puan terpedaya dengan Rukun Iman TAQIYYAH syiah.
Mereka pemuka syiah bersatu teguh sokong menyokong dalam hal memusnahkan kesatuan umat Islam Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Jangan ada lagi di kalangan umat Islam yang terpengaruh dengan gesaan-gesaan kafir-mengkafir, menghukum amalan-amalan khilafiyyah sebagai bid’ah, sesat dan masuk neraka sehingga menimbulkan kekacauan fitnah yang tidak sudah. Sebagaimana yang diusahakan pula oleh golongan wahhabiah.
Jangan sesekali tuan-puan terpedaya dengan ungkapan kepala-kepala syiah yang menyamar dibalik jubah, serban dan taqqiyyah. Bagaimana mahu kenal mereka? Jawabnya melalui jalan ilmu. Bukan melulul percaya melalui popularity tanpa tuan-puan tahu latarbelakang SANAD ilmu para alim ulama yang tuan-puan angkat. Ilmu bukan dari helaian kertas atau kekerapan timbulnya para Ustaz atau Ustazah di peti televisyen dan media maya internet.
Ayuh umat Islam, bersatulah. Bermujahadahlah mendalami ilmu secara bertalaqqi. Cukup-cukuplah kita disibukkan dengan kebahagiaan dunia yang entah bila kita akan pergi. Bantulah rakyat Syria, Palestin, Iraq dan seluruh Negara-negara Islam yang ketenatan diuji oleh pemuka-pemuka dajjal abad ini.
Al-faqir ilallah:
Al Mukminun
19 Jamadilawwal 1433H/11042012
http://almukminun.blogspot.com/2012/04/kata-kata-biadab-hasan-nasrullah-ketua.html
Posted by almukminun at 4:49:00 PTG
Labels: Syiah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment