PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Monday, April 16, 2012
Lolo sudah tukar jadi Lalok !
Posted: 14 July 2010 in Pakatan Haram
9
Dr Lolo Ahli Parlimen PAS Titiwangsa memilih untuk menunjukkan kebodohan dirinya sendiri di khalayak ramai apabila bertindak menyalahkan Pasukan Gerakan Am (PGA) didalam kes kecurian pasir di Selangor.
Dr Lolo melalak di dalam Dewan Rakyat kononnya kerajaan pusat yang bersalah didalam isu panas penyelewengan pasir ini apabila kerajaan tidak bertindak mengerahkan PGA ini mengawal aktiviti curi pasir. Sebab itulah kecurian pasir di Selangor berleluasa katanya.
Tindakan wakil PAS ini jelas menunjukkan bahawa mereka selama ini hanya makan gaji buta dan duduk goyang kaki sahaja tanpa mengambil tahu struktur perjalanan pentadbiran negeri apabila mempertikaikan pengeluaran permit korek pasir di Selangor.
Apakah selama ini Dr Lolo tak mengetahui bahawa kerajaan negeri yang bertanggung jawab mengeluarkan permit untuk mengorek pasir di Selangor? Apakah Dr Lolo juga tak tahu bahawa pihak yang patut mengawal serta memantaunya juga adalah tugas kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Daerah?
Memang tindakan Dr Lolo ini membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin PAS yang dilantik menjadi wakil rakyat kebanyakannya adalah dari jenis yang bodoh sombong dan tak tahu apa satupun.
Dr Lolo juga telah memalukan seluruh pengundi yang menaikkan namanya di Titiwangsa. Inilah akibatnya apabila seorang yang hanya tahu tentang ubat batuk dan juga pil tidur diangkat menjadi wakil rakyat.
Dr Lolo ini dahlah bodoh, tetapi degil tak mahu belajar. Dia sendiri tak tahu tetapi sombong pula untuk bertanya. Akhirnya, termalu sendiri akibat bola tanggung yang dilemparkan di dalam Dewan Rakyat direjam kembali oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar iaitu DS Douglas Uggah Embas.
Sekarang ini siapa yang malu? Bukan hanya Dr Lolo seorang tetapi seluruh wakil-wakil PAS juga kemalu-maluan akibat dari kebaghalan mereka didedahkan oleh Dr Lolo yang telah lalok didalam Dewan Rakyat !
from..http://mediapermatangpauh.wordpress.com/2010/07/14/lolo-sudah-tukar-jadi-lalok/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment