Wednesday, April 18, 2012

Pakatan Ahzab PAS dan DAP Nik Aziz sudah mula boleh menerima Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia sekiranya pakatan pembangkang memerintah. Nik Aziz berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada 12 Januari 2010 di Kelantan. Kemenangan kumpulan-kumpulan Erdogan dalam PAS akan memudahkan lagi cita-cita Kit Siang menjadi TPM. Mengapa Nik Aziz tidak sokong Hadi Awang jadi TPM? "Pengajian pendidikan Islam mestilah tinggi. Kepimpinan ini mestilah orang yang berakhlak mulia tetapi jawatan baru itu kita tidak mahu kata dia jahat cuma dari segi akhlak tidak berapa sangat". "Yang keduanya, pemimpin sepatutnya mempunyai nama baik tidaklah kurang akhlak seperti PKR. Oleh kerana Pas sekarang bekerjasama dengan PKR dan DAP bererti pakatan ini kalau dalam bahasa Quran dipanggil pakatan ahzab," kata bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris. PAS sudah terjerumus dalam pakatan Ahzab. Hadi Awang sedang dalam bahaya, bila-bila masa kedudukannya sebagai Presiden parti boleh dicantas. Muktamar sekali lagi, Hadi Awang akan dicabar kedudukannya. Posted by Azrinizam Ibrahim at 4:08 PM from..http://anginperubahan.blogspot.com/2011/06/pakatan-ahzab-pas-dan-dap.html

No comments:

Post a Comment