PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Tuesday, April 17, 2012
PETIKAN KATA NIK ABDUL AZIZ DAN TAHALLUF SIASI VERSI FIQH DEMOKRASI
BismiLlaahirRahmaanirRahiim
Dipetik kata-kata Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagaimana di sini; “Demi Allah yang merajai kerajaan Langit dan Bumi, telah terbukti di dalam lembaran sejarah, para ulama yang diberikan ilmu yang tinggi oleh Allah, akhirnya berpaling ke belakang menjadi duri dalam daging mengoyakkan helaian ilmu yang dimiliki dan menjual prinsip demi sedikit habuan. Ada juga golongan ulama yang kurang bijak dalam mengatur siasah, akhirnya tertipu dengan mainan politik murahan golongan sekular, lalu menjadi alat politik tanpa mereka sedari. Saya mengungkapkan pesanan ini agar saudara-saudari tidak terjerumus di dalam lembah yang penuh ranjau itu. Kerana sekali saudara-saudari terjebak ke dalam, sukar sekali untuk bangkit dan bangun kembali.”
Gerombolan Ulama’-Ulama’ Pembohong warisan perguruan Muhammad Abduh Al-Muktazili Al-Masuni dan JamaluDiin Al-Afghani As-Syi’i Al-Uzza Ibn Qattam kini sedang sibuk berwacana tahalluf siasi demokrasi, kata sesetengah dari mereka.
PAS; pelupur utama Tahalluf Siasi Demokrasi cepat melatah dan melenting bila rakan-rakan seperguruan dan semadrasah berhaluan kanan bertahalluf dengan sasaran lain dakwah madu’u Tahalluf selepas sidang syura tahalluf siyasi demokrasi undi wahhabi memfatwakannya sebagai harus berpandukan kepada keperluan Fiqh Logik Bilangan Undi Majoriti. "Sasaran membaja dan membajak tidak boleh semata-mata terhadap ladang-ladang komunis dan Melayu liberal", demikianlah antara petikan fatwa tahalluf undi tersebut.
Berdasarkan Fiqh Perbandingan Demokrasi, PAS yang pernah cedera parah dan hampir diistihar mati ketika terjelapuk ke dalam lubang jerlus sebelah kanan dan tak mahu lagi terlungkup ke dalam lubang najis yang sama di sebelah kanan untuk sekali lagi, kununnya, mempersoalkan ijtihad rakan seperguruan mereka sebagai ijtihad yang terlalu songsang dan tidak mengikut garispanduan ijtihad yang betul. Ijtihad yang menyongsangkan rakan seperguruan mereka ke arah kanan itu benar-benar merimaskan Mujtahid PAS yang sudah istiqamah dengan ijtihad mereka untuk menyongsang ke arah kiri.
Di petik dari sini kata-kata gersang kitab lusuh berkaitan dengan Fiqh Logik Demokrasi yang ditemui di lemari buruk yang pernah disebut Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang (yang dibukukan dalam: Islam – Fikrah, Harakah dan Daulah, terbitan DPF) lebih 30 tahun lalu sempena Sambutan Abad ke 15 Hijrah di Kuala Terengganu:
“Sebab Rasulullah saw menolak semua tawaran itu ialah yang pertama kerana golongan-golongan jahiliyah yang dipimpin oleh Abu Jahal itu mensyaratkan Rasulullah saw iaitu:
Wahai Muhammad awak boleh menerima jawatan menjadi raja. Awak boleh menerima harta. Awak boleh menerima pangkat. Syaratnya awak hendaklah mendiamkan diri terhadap kemungkaran, jahiliyah, kekufuran yang berlaku di Makkah ini. Awak nak sembahyang…..bersembahyanglah. Nak berpuasa………..puasalah. Nak tawaf di Kaabah…..tawaflah. Nak mengerjakan haji……..kerjakanlah haji. Tapi kami minum arak jangan ganggu. Kami berjudi jangan ganggu. Kami menyembah berhala jangan ganggu. Kami melakukan kufur dan jahiliyah jangan ganggu.”
PAS bertegas bahawa ijtihad tahalluf siyasi demokrasi rakannya itu bersalahan dan songsang berbanding dengan fiqh sirah di atas kerana banyak gangguan yang akan berlaku di sepanjang perjalanan dakwah untuk memancing undi jahiliyyah. Ijtihad yang sebetulnya sepatutnya menggunakan Peristiwa Hudaybiyyah di mana Nama RasuluLlah sallAllahu ‘alaihi wassalam dan Allah subhanahu wa ta’ala boleh digunakan oleh semua Agama Nabi Ibrahim ‘alaihissalam. Mujtahid PAS bertegas bahawa Penyembah-Penyembah Berhala Kristian dan Yahudi juga adalah penganut Agama Nabi Ibrahim 'alaihissalam.
Di ketika yang sama, PAS juga sekarang tidak lagi mahu mengganggu kaum kufur dan jahiliyyah sebelah kiri kerana PAS juga sedang mengalami gangguan kesongsangan yang berat dalam memahami perbezaan di antara peristiwa-peristiwa ini.
PAS walau bagaimanapun memberitahu bahawa, "PAS tidak akan sekali-kali gentar walaupun ramai orang Islam yang menyertai Islam untuk melawan Islam." Pandangan PAS ini nampak songsang tetapi kesongsangan ini adalah sebahagian dari kaedah utama Tahalluf Siyasi Demokrasi Fiqh Lojik Bilangan Undi. Ramai di kalangan PAS masih pening-pening dan belum dapat menangkap makna fatwa daging bertukar menjadi duri yang dikeluarkan oleh Dewan Syura Undi.
Cara pemahaman yang mudah tentang isu khilafiyyah Fiqh ini ialah tepuk dahi tanya nafsu syahwat masing-masing….
Firman Allah subhanahu wa ta’ala, maksudnya;
“ Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini [datangnya] dari sisi kamu [Muhammad]". Katakanlah: "Semuanya [datang] dari sisi Allah". Maka mengapa orang-orang itu [orang munafik] hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun? (78) Apa saja ni’mat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari [kesalahan] dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi. (79) Barangsiapa yang menta’ati Rasul itu, sesungguhnya ia telah menta’ati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling [dari keta’atan itu], maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka. (80) Dan mereka [orang-orang munafik] mengatakan: "[Kewajiban kami hanyalah] ta’at". Tetapi apabila mereka telah pergi dari sisimu, sebahagian dari mereka mengatur siasat di malam hari [mengambil keputusan] lain dari yang telah mereka katakan tadi. Allah menulis siasat yang mereka atur di malam hari itu, maka berpalinglah kamu dari mereka dan tawakkallah kepada Allah. Cukuplah Allah menjadi Pelindung. (81) Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Qur’an? Kalau kiranya Al Qur’an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya. (82) Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya [akan dapat] mengetahuinya dari mereka [Rasul dan Ulil Amri]. Kalau tidaklah karena karunia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja [di antaramu]. (83) Maka berjuanglah kamu pada jalan Allah, tidaklah kamu dibebani melainkan dengan kewajiban kamu sendiri. Kobarkanlah semangat para mu’min [untuk berjuang]. Mudah-mudahan Allah menolak serangan orang-orang yang kafir itu. Allah amat besar kekuatan dan amat keras siksaan [Nya]. (84) Barangsiapa yang memberikan syafa’at yang baik, niscaya ia akan memperoleh bahagian [pahala] daripadanya. Dan barangsiapa yang memberi syafa’at yang buruk, niscaya ia akan memikul bahagian [dosa] daripadanya. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (85) Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah [dengan yang serupa]. Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu. (86) Allah, tidak ada Tuhan [yang berhak disembah] selain Dia. Sesungguhnya Dia akan mengumpulkan kamu di hari kiamat, yang tidak ada keraguan terjadinya. Dan siapakah orang yang lebih benar perkataan [nya] daripada Allah. (87)”
[Surah An-Nisaa’]
SadaqAllahul-Maulanal-‘Adziim !
TokPakir
Posted by tokpakirkd at 6/28/2010 09:49:00 AM
Labels: Abduh, Abdul Hadi Awang, Afghani, DAP, Demokrasi, Nik Abdul Aziz, Sekular, Syi'ah, Tahalluf
from..http://korban-demokrasi.blogspot.com/2010/06/petikan-kata-nik-abdul-aziz-dan.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment