Monday, April 16, 2012

TAHNIAH ! DAP Boss PAS Kuli ! DENGAN satu tumbukan padu di bawah perut menyebabkan Pas rebah dalam melaksanakan undang-undang Islam untuk menutup pusat-pusat hiburan yang berada di negeri Kedah Darulaman. Kononnya penarikan balik keputusan itu dibuat atas budi bicara kerajaan negeri adalah satu pembohongan bertujuan menutup malu kerajaan Pas di atas kelemahannya untuk melaksanakan hukum Islam. Pas gagal di Selangor untuk memberhentikan konsert yang di adakan di Selangor. Suara bantahan Pas tidak dipedulikan oleh PKR dan DAP. Begitu juga dengan rampasan arak yang dilakukan. Pas terpaksa akur dengan bantahan DAP. Kita geli hati apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata yang PAS berjaya mentarbiah DAP mengenai Islam. Kononnya DAP sekarang telah faham dengan kehendak Pas mengenai perlaksanaan undang-undang Islam sejak parti itu bekerjasama dengan DAP, sebuah parti yang terang-terang menentang hukum Islam, apatah lagi dengan idaman Pas untuk menubuhkan kerajaan Islam ala Pas di Malaysia. Walau pun kini Karpal Singh sudah lupa kata-kata 'langkah mayat saya dulu' ini tidak bermakna parti DAP akur dengan Pas. Sebenarnya sampai bila pun Pas tidak akan berjaya menubuhkan negara Islam ala Pas di Malaysia. Pas memerlukan sokongan orang Melayu yang taksub dengan perjuangannya tetapi dengan perpecahan orang Melayu kini cita-cita Pas itu akan berkubur bersama parti itu tidak lama lagi. Pas akan tersungkur sekali lagi pada PRU 13, insya-Allah. Kepada penyokong Pas sedarlah parti Pas kini bukan lagi sebuah parti yang memperjuangkan Islam seperti dulu. Negara Islam telah digantikan dengan Negara Kebajikan kerana telah hilang kepercayaan terhadap slogan negara Islam. Ini semua hanya untuk memuaskan hati rakan kongsi DAP dan PKR yang bercita-cita untuk menawan Putrajaya pada PRU 13. Semoga cita-cita gabungan ini tidak direstui Allah. Kita percaya BN-UMNO akan terus melakukan perubahan untuk menawan hati rakyat. Rakyat memerlukan pemimpin yang benar-benar ikhlas berkhidmat untuk rakyat. Pemimpin yang selalu turun padang menyelesaikan masalah rakyat akan dipilih rakyat. Kita tidak mahu lagi pemimpin yang hanya turun padang lima tahun sekali untuk meraih undi simpati rakyat bagi mengekalkan kuasa dan kedudukan mereka - UM. Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook from..http://novandri.blogspot.com/2011/07/tahniah-dap-boss-pas-kuli.html

No comments:

Post a Comment