PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Saturday, May 19, 2012
Tun Mahathir : Muzakarah Umno-PAS Tidak Patut Dihalang
Published by AIDC on May 19, 2012 | 5 Comments
AIDCNews – 19/05/12 – Perbezaan pendapat di kalangan pimpinan PAS tentang saranan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang muzakarah dengan Umno tidak sepatutnya menghalang muzakarah diadakan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Nik Aziz boleh bagi pendapat dia dan pemimpin lain dalam PAS tidak patut halang,” kata Dr Mahathir kepada pemberita semasa diminta mengulas percanggahan pandangan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dengan Nik Aziz dalam isu itu.
Selain Mustafa, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut menolak cadangan mengadakan muzakarah itu.
Dr Mahathir membuat kenyataan itu ketika ditemui selepas merasmikan bangunan baru Tenaga Nasional Berhad (TNB)Langkawi di Langkawi hari ini.
“Setuju atau tidak adalah soal lain… bolehlah muzakarah apa salahnya,” katanya yang berpendapat muzakarah memberi peluang kepada kedua-dua parti mencari jalan menyatupadukan umat Islam yang berpecah akibat fahaman politik.
Kenyataan Nik Aziz itu mendapat maklum balas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Umno sedia menyahut seruan PAS untuk bermuzakarah asalkan tujuannya untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.
Sementara itu, Nik Aziz ketika bercakap kepada pemberita hari ini berkata beliau mahu muzakarah dengan Umno diadakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), namun meletakkan beberapa syarat tertentu.
“Kalau Umno nak bersatu (dengan PAS), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa Umno tukar dasar kebangsaan kepada Islam.
“Umno kena terima PAS sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila Umno dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-37 PAS Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah PAS di Kuala Ibai, Terengganu.
Share
13
Twitter
11
Email
Klik Untuk Cetak:
Print
Filed in: AIDCNews
About AIDC
View all posts by AIDC →
You might like:
Perkasa Mahu Anwar Kemuka Kabinet Bayangan Bulan Ini Perkasa Mahu Anwar Kemuka Kabinet Bayangan Bulan Ini
Tun Mahathir : Muzakarah Umno-PAS Tidak Patut Dihalang Tun Mahathir : Muzakarah Umno-PAS Tidak Patut Dihalang
Kita Nak Duduk Diam Sahaja Bila Orang Hina Islam? Kita Nak Duduk Diam Sahaja Bila Orang Hina Islam?
Irshad Manji – Event Hari Ni – Betul Tak Putus Asa Dia Ni .. Irshad Manji – Event Hari Ni – Betul Tak Putus Asa Dia Ni ..
from..http://www.anwaraidc.com/?p=24486
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment