Tuesday, June 12, 2012

ZALIM! Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Terlalu Zalim!

Filed under: Masalah Rakyat |

Setelah genap 4 tahun memerintah Selangor, Kerajaan Pakatan Rakyat telah membelanjakan lebih RM1 juta semata-mata untuk meraikan ulangtahun ‘kejayaan’ mereka dengan menggunakan wang negeri dan wang rakyat Selangor.
Itu satu perkara…
Sedar atau tidak, ketika para penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat bergembira sakan kerana ulangtahun ke-4 itu, Kerajaan Khalid-Teresa telah mengarahkan Pegawai Daerah Hulu Langat MERAMPAS KEDIAMAN penduduk Taman Desa Mutiara Sungai Jelok dengan alasan penduduk gagal melunaskan cukai tanah.
Keputusan tersebut telah dibuat dalam mesyuarat Exco pada awal April dan notis untuk perampasan telah dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Hulu Langat. Kawasan Desa Mutiara itu mempunyai penduduk berjumlah hampir RM500 orang dan majoritinya adalah orang Melayu-Islam.
Berdasarkan semakan dan siasatan, beberapa orang kakitangan Pejabat Daerah Hulu Langat mengesahkan bahawa kegagalan membayar cukai tanah itu bukanlah di pihak penduduk tetapi pemaju yang gagal menjelaskan cukai tanah tersebut. Adalah tidak adil dan amat zalim jikalau penduduk yang telah mendiami kawasan perumahan itu hampir 10 tahun dihukum oleh Kerajaan Pakatan Rakyat, sedangkan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab adalah pemaju perumahan tersebut.
Apa yang berlaku kepada 500 orang penduduk ini jikalau tamat tarikh notis perampasan tanah tersebut?
Seperkara yagn menarik dan tidak pernah berani dibangkitkan oleh para penyokong Pakatan Rakyat ialah, di sebalik janji-janji Pakatan Rakyat untuk menurunkan cukai tanah, apa yang mereka lakukan sepanjang tempoh 4 tahun memerintah Selangor ialah menaikkan kadar cukai melebihi 40% di seluruh Selangor.
Nyata sekali, Kerajaan Selangor bukannya Pakatan Rakyat tetapi lebih sesuai digelar GEROMBOLAN PENZALIM!

FROM.. http://sel13.com/archives/2325






No comments:

Post a Comment