Sunday, July 25, 2010

HafizahUmairoh:
Sayangi Anak Anda..

Assalammualaikum & salam sejahtera

Tahukah anda? Anak anda tidak akan menganggap anda menyayangi
mereka selagi anda tidak memuji atau menunjukkan rasa kasih sayang
kepada mereka.

Marahkan anak bukan jalan terbaik untuk anda ajar anak anda sesuatu.
Walaupun keluarga anda mendidik anda dengan teknik sebegitu iaitu
menggunakan kekerasan dan selalu marah, ia berbeza dengan keadaan
anda sekarang kerana anda sekarang ada ilmu.



Ibu bapa anda dahulu telah melakukan apa yang terbaik untuk anda.
Sekarang giliran anda pula untuk melakukan apa yang terbaik untuk
anak anda. Manusia memang akan lakukan kesilapan dan anda perlu
bersedia dengan kesilapan yang bakal anak anda lakukan.

Cari penyelesaian, bukan melepaskan geram.

Puji anak anda jika mereka lakukan perbuatan yang terpuji.
Tunjukkan kasih sayang jika anak anda gagal melakukan sesuatu.
Anda perlu maafkan mereka kerana kesilapan akan membina peribadi
anak anda untuk menjadi lebih baik.

Sekian, tips ringkas untuk kali ini.

No comments:

Post a Comment