Monday, October 31, 2011

10 Penipuan Terbesar Israel July 16, 2011 in Fakta Mukmin with 2 Comments Wartawan Belgium, Michel Collon, menggunakan bukunya, ‘Israel, let’s talk about it’ (Israel, mari kita berbicara mengenainya) untuk mendedahkan bagaimana laporan media Eropah melakukan penipuan berdekad-dekad dalam usaha mereka menyokong kewujudan negara haram Israel. Dalam buku itu, Collon menyenaraikan 10 penipuan besar disebarkan media Barat bagi menjustifikasi penubuhan negara Israel serta menghalalkan tindakan negara Zionis itu. Continue Reading… Tidur Cara Nabi July 11, 2011 in Fakta Mukmin with 2 Comments Orang dewasa memerlukan masa tidur selama enam hingga lapan jam sehari. Bagi kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang. Lain pula bagi golongan veteran yang mencapai usia emas, pola tidur mereka adalah antara empat hingga lima jam sehari. Amalan tidur membantu untuk memberi keselesaan. Sebelum tidur pastikan diri dalam keadaan bersih dan disarankan mengambil wuduk supaya diri berasa semangat mahu tidur dan keadaan yang bersih disukai Allah. Continue Reading… Minum Berdiri Memudaratkan? June 20, 2011 in Fakta Mukmin with 5 Comments Islam adalah sebuah agama yang lengkap memberi panduan dan adab, yang meliputi semua tatacara kehidupan manusia. Adab menuntut ilmu, adab terhadap ibubapa, perkahwinan dan begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum. Anda pernah minum berdiri? Minum berdiri ini agak biasa dalam masyarakat kita hari ini. Terdapat hadis yang menunjukkan tegahan minum berdiri ialah hadis yang diriwayat oleh muslim iaitu: Terjemahan: dari anas ra, sesungguhnya nabi Muhammad saw melarang minum berdiri. Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh muslim didalam kitab minuman, bab tegahan minum berdiri, hadis yang ke 3771 Dari Sudut Sains Continue Reading… Kenapa Kita Harus Mandi Setiap Hari? June 17, 2011 in Fakta Mukmin with 0 Comments Seperti yang kita semua maklum, bersuci adalah suatu perkara yang amat dititikberatkan didalam Islam. Kalau kita belajar kitab fekah, bab mula – mula sekali diajar adalah Taharah iaitu bersuci, menunjukkan betapa pentingnya ia dalam kehidupan kita. Sabda Nabi S.W.T : “Tidak diterima solat tanpa bersuci” (Riwayat Imam Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abdullah bin Umar ) Hadis ini menunjukkan bahawa bersuci adalah wajib sebelum menunaikan solat. Sekelian ulamak telah sepakat bahawa bersuci adalah salah satu syarat sahnya solat. Tidak sah solat tanpa bersuci. Ok, itu dari sudut agama. kali ini saya nak bawa anda dari sudut saintifik pula, iaitu mandi. Continue Reading… Peristiwa April’s Fool, Adakah Ia Benar Terjadi? April 14, 2011 in Fakta Mukmin with 2 Comments Sekali lagi umat Islam cuba diperbodohkan – saya menerima maklumat ini dari seorang pembaca blog Paradigma Mukmin. Marilah kita bersama – sama merenungi maklumat ini, supaya kita semua tidak terus tertipu lagi. Maklumat ini didapati di http://www.islamtomorrow.com/lies/fools.asp Berhubung dengan sejarah sambutan April’s Fool yang dikatakan untuk meraikan hari tentera Salib berjaya menakluki Sepanyol. Disini ada beberapa fakta yang perlu diperhalusi supaya Insyaallah kita akan nampak kebenarannya. Continue Reading… Cara Paling Malas dan Murah Untuk Kekal Kurus dan Sihat April 2, 2011 in Fakta Mukmin with 3 Comments Seperti semua tahu, semua orang mahu sihat. Tidak perlu berbelanja mahal beli alatan gim, buat kolam renang dan sebagainya. Apa yang perlu cuma mengenali kebiasaan kita dan sedikit kemahuan untuk kekal kurus dan sihat. Kali ini saya nak kongsi (saya jumpa tips ni dari sebuah blog) cara kekal kurus dan sihat dengan cara yang paling murah.. Continue Reading… Sejarah April’s Fool March 21, 2011 in Fakta Mukmin with 10 Comments Bulan April telah hampir tiba tidak lama lagi, ada suatu sambutan jahiliah yang patut kita waspada bersama sebagai seorang Muslim; 1 April sebagai hari April Fool. April Fool sendiri adalah hari di mana orang ramai diperbolehkan untuk menipu dan berbohong kepada orang lain. Tapi tahukah Anda apakah April Fool itu sebenarnya? Sebenarnya, April Fool adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas terbunuhnya ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan dengan cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara menghalalkan penipuan dan kebohongan walau dibungkus dengan dalih sekadar hiburan atau gurauan sahaja. Continue Reading… Mustafa Kamal Ataturk: Kematian Yang Menyeksakan March 20, 2011 in Fakta Mukmin with 13 Comments Tentu anda semua pernah mendengar nama dan kisah Mustafa Kamal Atatürk bukan? Bagi yang kurang mengetahui tentang kisah beliau, entri kali ini ingin menyelongkar kehidupan Mustafa Kamal Atatürk yang telah banyak merosakkan agama Islam. Mustafa Kamal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

No comments:

Post a Comment