PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Saturday, October 29, 2011
Daftar Mengundi Dengan SPR Secara Online
inShare
Mulai sekarang rakyat malaysia boleh daftar mengundi dengan SPR secara online. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menyediakan kemudahan untuk download borang pendaftaran pemilih atau Borang A di website SPR iaitu www.spr.gov.my. Setelah anda download Borang A tersebut, isi dengan lengkap kemudian hantarkan borang tersebut ke Suruhanjaya Plihanraya (SPR) atau melalui Penolong Pendaftar SPR. Bersama sama dengan pendaftaran tersebut anda diminta sertakan bersama salinan Kad Pengenalan dan sila buat satu salinan Borang A yang yang telah di isi sebagai bukti yang anda telah mendaftar untuk mengundi dengan SPR.
Borang A
Borang A
Tujuan diberikan kemudahan ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas mendaftar sebagai pemilih. Namun ia bukanlah secara online sepenuhnya, tetapi yang onlinenya hanyalah kita boleh download borang sahaja. Tapi kalau nak mendaftar kena pergi kat SPR atau Penolong pendaftar juga. Cuma sebelum nie kena isi borang kat sana, tapi sekarang dah boleh isi terus kat rumah dan boleh hantar direct ke SPR. Kita kena sediakan printer dan kertas sahaja..huhuhu. Kalau anda malas nak daftar sendiri, boleh minta wakil parti untuk tolong daftar, senang citer.
Jadi kepada sesiapa yang ada ciri ciri di bawah:
1 – Warganegara Malaysia;
2 – Sudah Mencapai Umur 21 Tahun;
3 – Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia dan,
4 – Tidak hilang kelayakan
silalah mendaftar yer. Kerana pilihanraya dah nak dekat. Rugi kalau tak mengundi. Satu undi sangat beharga untuk majukan negara. Jom daftar mengundi.
No comments:
Post a Comment