Saturday, October 29, 2011

Perangi Sikap Malas inShare Malas…adakah kita seorang malas dan pemalas?. Malas adalah suatu sifat atau sikap yang bahaya kalau terlekat dalam diri kita. Nak buat kerja apa pon tak boleh sebab malas. Terlalu banyak alasan yang di berikan kalau dah jenis pemalas dan tak nak buat kerja nie. Kalau ibu kita suruh dan kalau kita kata malas…derhaka namanya..bahaya tu. Malas la hari nie…. Orang yang malas selalunya banyak ketinggalan kebelakang. Kecualilah orang yang malas tu dah banyak duit kan. Tapi walaupun dah banyak duit sifat yang negatif seperti malas wajib dikikis dan dibuang didalam diri kita. Syaitan memang suka manusia yang malas, tetapi dia pulak rajin dan tak putus asa menggoda kita. Bukti sikap malas memang tak berguna kepada manusia.. Malas membaca mesti tak tahu Malas belajar mesti tak pandai Malas cari duit mesti susah Malas cari makan mesti lapar Malas bercakap orang kata sombong Malas update blog takde orang datang tengok Malas bersiap nanti nampak selekeh dan hodoh Malas bertanya sesat jalan Malas mandi nanti busuk Malas solat tak masuk syurga Malas study fail exam dan 1000 macam lagi perkara jika dikaitkan dengan malas memnag hasilnya mesti negatif. Semuanya hasil yang tak baik apabila berkaitan dengan malas. Kadang-kadang datang juga rasa malas tu..tapi kena buat tak tau je la…buat macam malas nak layan. Kalau dalam sesuatu syarikat mempunyai pekerja yang malas amatlah malang. Sungguh malang nasib syarikat tersebut. Dapat pekerja suka makan gaji buta. Datang kerja pagi punch kad kemudian keluar minum berjam-jam, lepas tu masuk opis buat sembang pandai. Saya cukup meluat orang macam ni. Kalau saya bos dah lama pecat. Tak produktif langsung malah menambhakan beban kepada syarikat, dah la bayar duit tiap-tiap bulan, tapi kerja tak nak buat malah menyusahkan pekerja-pekerja yang lain. Kalau diri sendiri pula yang malas…bagaimana nak buat. Kalau macam tu keadannya, baik tak payah hidup…sebab akan menyusahkan orang lain. Jom buat Ops Sikap…

No comments:

Post a Comment