PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Monday, October 31, 2011
Perang Nafsu Menawan Kota Safetula
December 7, 2010 in Kisah Mukmin with 0 Comments
Dengan keberanian dan kepandaiannya, pasukan Islam di bawah pimpinan Abdullah bin Sarrah dapat menawan semula Bandar Tripoli dari tentera Rum setelah bertempur dari bandar ke bandar. Pasukan besar Rum di bawah pimpinan Patrick Gregorius berundur dan dikejar terus oleh pasukan Islam hingga akhirnya masuk ke dalam kota benteng Safetula yang terkenal sangat kekukuhannya.
Pasukan Islam tidak dapat menembusi benteng pertahanan itu, sebaliknya hanya dapat mengepung benteng itu sambil menunggu datangnya bantuan dari Madinah. Selama pengepungan, kedua-dua belah pihak hanya saling serang menyerang dengan panah sahaja.
Khalifah Usman bin Affan menghantar bantuan tentera dari Madinah dengan dipimpin oleh panglima muda Abdullah bin Zubair putera Zubair bin Awwam. Sebaik saja pasukan bantuan itu tiba di Tripoli, mereka disambut dengan laungan takbir ‘Allahu Akbar’ yang membuat pasukan Rum bimbang. Mereka menjangka pasukan Islam telah bertambah berkali ganda.
Pihak musuh merasa takut, kerana tanpa bantuan tentera Islam berjaya mengundurkan tentera Rum. Apa akan jadi kalau tentera tambahan datang.
Panglima Patrick Gregorius sangat panik memikirkan apa yang akan terjadi pada diri dan tenteranya. Kini ia cuba menggunakan taktik kotor apacara sekalipun untuk menghancurkan pasukan Islam, sekalipun cara itu sebagai pengecut dan licik.
Gregorius mengeluarkan maklumat kepada orang ramai: “Barangsiapa yang dapat membunuh Abdullah bin Sarrah Panglima perang pasukan Islam akan diberi ganjaran 100,000 dinar dan akan dikahwinkan dengan anak perempuan Gregorius yang terkenal dengan kecantikannya.”
Iklan ini bukan sahaja membuat setiap pasukan Rum menjadi ghairah dan bersemangat tinggi, tapi juga telah menjalar kepada pasukan Islam yang menjadi bingung kerananya. Akibat daripada tersiarnya berita ini, panglima Abdullah bin Sarrah khuatir dan jarang keluar dari perkhemahannya untuk memimpin terus pasukannya.
Abdullah bin Sarrah khuatir akan keselamatan dirinya. Seolah-olah ia kurang percaya kepada pasukannya sendiri.
Dalam keadaan menggelisahkan ini, panglima Abdullah bin Zubair mendapat akal untuk menandingi taktik Gregorius itu. Cadangan itu disampaikannya kepada panglima Abdullah bin Sarrah. Cadangan itu ialah “Barangsiapa yang dapat membunuh Panglima Patrick Gregorius akan mendapat ganjaran 100,000 dinar dan akan dikahwinkan dengan puterinya yang cantik jelita.”
Cadangan ini dipersetujui oleh panglima Abdullah bin Sarrah. Walaupun sebenarnya pasukan Islam tidak mempunyai wang sebanyak itu. Memang perang adalah strategi. Kalau tidak pandai membuat tipu helah, tentu akan musnah kena perangkap musuh. Pengumuman itu diseludupkan masuk ke dalam benteng Sufetula oleh pasukan-pasukan pemanah dan tersebar luas di kalangan pasukan Rum.
Perang nafsu wang ini telah membuat Gregorius runsing dan khuatir akan keselamatan dirinya. Ia sentiasa menyembunyikan diri dari memberi arahan terus kepada perajuritnya. Seluruh benteng hangat dengan isu maklumat dan janji dari panglima Abdullah bin Sarrah. Ramai pasukan yang gelisah dan khuatir panglimanya akan mati oleh tindakan orang yang khianat.
Dalam suasana runcing, di dalam saat itulah Panglima Perang Abdullah bin Sarrah mengerahkan pasukan Islam untuk mengadakan serangan besar-besaran dari semua penjuru. Tentera-tentera berani mati menyerbu dengan disertai pekikan ‘Allahu Akbar’. Mereka menggunakan alat penebuk, pelontar dan pemanjat untuk membuka pintu benteng. Beberapa pasukan berjaya memanjat dinding benteng dan membuka pintunya. Di antaranya ialah Abdullah bin Zubair. Apabila pintu dapat dibuka, pasukan Islam masuk mencurah-curah sambil melaungkan takbir.
Kuda-kuda Arab yang ditunggangi oleh pahlawan-pahlawan handal melompat ke merata-rata tempat sambil memijak tubuh-tubuh musuh yang rebah. Panglima pasukan Rum Patrick Gregorius bertempur dengan semangat tinggi di atas kudanya yang didampingi oleh puterinya yang cantik jelita. Puterinya juga handal bermain pedang dan menunggang kuda. Ia menarik tali kekang kudanya sambil menetak setiap musuh yang cuba menyerang ayahnya. Panglima Abdullah bin Zubair mengejar Gregorius dan terjadilah permainan pedang yang seru antara dua panglima itu. Namun kehandalan panglima muda Abdullah bin Zubair itu tidak dapat dikalahkan dan Gregorius jatuh tersungkur dengan bermandikan darah.
Puterinya yang terkenal cantik jelita yang dijadikan pertaruhan oleh Gregorius tidak berhasil menyelamatkan nyawa ayahnya walaupun ia telah bertempur mati-matian. Akhirnya puteri jelita itu dapat ditawan oleh Abdullah bin Zubair.
Dengan tewasnya panglima Patrick Gregorius, maka bandar Sufetula yang terkenal makmur dan indah itu jatuh ke tangan umat Islam. Umat Islam memperolehi harta rampasan yang sangat banyak dalam peperangan ini setelah melakukan pengepungan selama 15 bulan.
Dipetik Dari Buku: 1001 Durjana – Himpunan Kisah Insan Derhaka
Pengarang: Muhammad Isa Selamat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment