PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Wednesday, December 7, 2011
Nakba, Jangan Kita Lupa!
Mei 14, 2011 sebaikbaikcahaya Tinggalkan komen Go to comments
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, syukur kepada Allah diberi kesempatan kepada ana untuk update entri pada kali ini. Syukur kepada Allah masih dikurniai nikmat iman dan islam, dan semoga diberi hidayah untuk terus menerusi laluan mencari keredhaanNya yang penuh cabaran.
15 Mei 2011, 63 tahun peristiwa berdarah Nakba yang disambut golongan yahudi zionis sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ di mana tertubuhnya kerajaan haram Israhell, dan sekaligus menampakkan betapa 63 tahun sudah berlalu namun sel kanser yang merebak di timur tengah ini masih belum mampu disembuh atau dihapuskan oleh umat Islam. 63 tahun sangat lama, seorang rakyat Palestine yang lahir pada tahun pertama bergelut dengan peperangan berpanjangan hingga akhir hayatnya.
Namun sekarang the table is turning, the wheel is spinning dan propaganda Israhell masih semakin mudah terbocor. Operation Cast Lead menunjukkan kepada dunia yang selama ini terlalu sukar ‘melihat’ keganasan di mana Israel menyerang gudang-gudang dan hospital United Nation, dan serangan ke atas Freedom Flotilla 1 yang menyebabkan pembunuhan rakyat Turki menjadikan Israhell tertekan. Ditambah pula ancaman ke atas Freedom Flotilla 2 tidak diendahkan masyarakat yang ingin membantu rakyat Palestin.
Kerajaan sekutu Israhell yang sebelum ini dipegang oleh Hosni Mubarak telah digulingkan oleh parti bersekutu dan InsyaAllah pada bulan 6 ini akan dibuka sepenuhnya sempadan di antara Mesir dan sempadan Gaza supaya rakyat Mesir dapat melawat Baitulmaqdis. Strategi serampang dua mata ini sekaligus membantu rakyat Palestin untuk meningkatkan ekonomi, dan mungkin memudahkan penghantaran bekalan dan sebagainya.
Kebencian rakyat Turki ke atas Israel juga semakin memuncak sehinggakan diberitahu di dalam laman web IHH bahawa setiap ahli perniagaan dan rakyat Israel perlu menyamar sebagai warganegara lain ketika berada di Turki kerana sekiranya tidak, mereka akan dipandang dengan pandangan yang membencikan.
Semoga kapal bantuan Freedom Flotilla 2 dapat membantu Gaza dalam memecahkan embargo sempadan yang direka oleh Israel tersebut, dan Palestin kembali ke tangan umat Islam. Masanya hampir tiba, kiamat itu tersangatlah dekat, dan perbezaannya di manakah kita? Adakah sebagai orang yang berjuang, atau duduk goyang kaki, atau menentang perjuangan ini?
Umat Islam boleh berjuang dalam banyak cara bagi membebaskan Palestin. Antaranya menginfaq sebahagian dari harta hasil pendapatan bulanan, atau menjadi sukarelawan dan membantu pergerakan yang berkaitan, menyebarkan berita dan risalah, memberi didikan kepada generasi muda tentang kewajipan membebaskan Al-Aqsa dan tanah di sekelilingnya serta sentiasa berdoa untuk kepada Allah. Pembelaan Allah akan datang!
Semoga ana istiqamah dalam penulisan ana, wassalam.
Berkongsi :
Share
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment