Saturday, January 28, 2012

KOLUMNIS » Spy_Leman » Utama Video Anwar buat orang PAS tak khusyuk sembahyang.. June 9, 2011 · 81 Comments Dua tiga hari lepas masa Spy berjemaah di Masjid Batu Permatang Pauh, Spy terjumpa dengan sorang kawan lama Spy di kawasan situ.. Katanya, dia baru balik dari menyertai Muktamar PAS baru-baru ni. Jadi.., Spy dengan penuh bernafsu terus bertanya tentang pandangan dia terhadap kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru. Spy tau, sahabat Spy ni memang geng pro Erdogan sebab di ruang tamu rumah dulu dia ada dia lekat poster Anwar tengah angkat tangan.. Dan dia dulu pernah join PKR sebelum masuk PAS. Mungkin nak dapat tiket mudah ke syurga gamaknya kot.. Tapi itulah.., Spy tanya komen dia tentang macam mana penerimaan dia bila orang yang pernah panggil Anwar dengan gelaran ALJUBURI, tiba-tiba diangkat jadi Timbalan presiden parti bulan.. Sahabat Spy ni jawab.., dia puas hati bila Mat Sabu menang pasal UMNO takut dengan Mat Sabu. Lepas ni katanya, Mat Sabu akan menggegarkan jalan-jalan di Ibu negara dengan gelombang reformasi rakyat.. “Mat Sabu adalah Panglima PAS yang akan menumbangkan UMNO dan kroni yahudinya…” Bersembur-sembur air liur kawan Spy ni disebabkan punyalah semangat memuja Mat Sabu.. Berdiri bulu tengkuk Spy bila dengar dia punya kata-kata pasal “Panglima Sabu dari bilik 121″ tu… Dan apalagi…, Spy terus kasi baik punya racun supaya dia tenggelam dalam ketaksuban.. Spy tanya kat dia, “Ostad Sabu kita ni memang hebat.., anta agak-agaknya lah kan.., apa jawatan yang paling sesuai untuk “Panglima” kita ni kalau Pakatan mampu tawan Putrajaya selepas PRU13 nanti ?” Korang nak tau apa yang sahabat Spy ni jawab?? “PERDANA MENTERI”…. pendek je jawapan dia baii… Dan Spy rasa macam nak pelangkung je dia dengan selipar Croc yang baru Spy beli dari Pasar Malam Ampang Jajar malam sebelum tu.. Spy pun kata kat dia.., mana boleh kalau Ostad Sabu nak jadi PM.., habis tu Tuan Guru Hadi nak letak kat mana? Kawan Spy ni jawab sambil betulkan jubah labuh dia.., “Tak semestinya Presiden parti akan jadi Perdana Menteri ya syeikh (kawan-kawan dalam PAS panggil Spy ni Syeikh..)…, kat negara barat sana nu dah banyak timbalan presiden parti yang jadi Presiden negara. Contoh yang paling dekat adalah Amerika Syarikat..” “Syeikh tau tak.., di Amerika telah lama dilaksanakan. Barack Obama bukan Presiden parti Demokrat tetapi beliau adalah Presiden Amerika. Dalam istilah parti menguasai kerajaan, pemimpinnya tidak semestinya presiden parti. Presiden parti hanyalah orang yang dilantik oleh parti untuk menjalankan dasar-dasar parti dalam kerajaan yang dipimpinnya.” “Di Iran pun macam tu jugak syeikh… Presiden Mahmoud Ahmadinejad bukan pemimpin parti. Beliau adalah Gabenor Bandar Taheran yang telah berjaya menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya yang teruk di Teheran. Majlis ulamak Iran (Abadgaran) telah memilih beliau berdasarkan latarbelakang dan kecaknaan beliau dalam menyelesaikan masalah rakyat. Salah satu kempen beliau ialah menggunakan hasil kekayaan petrol untuk kebajikan rakyat Iran..” Fuhhh…, hebat kawan Spy ni berhujah.. “Jika Pakatan Rakyat berjaya mengalahkan BN dan menduduki Putrajaya. Tidak semestinya presiden salah satu dari tiga parti akan dilantik menjadi PM. Cuba Syeikh fikir, bila Pakatan menang dan tawan Putrajaya nanti.. takkanlah Kak Wan dari PKR kita nak angkat jadi PM walaupun dia presiden PKR.. Tak mau lah ana berPMkan orang dapur ni syeikh..” “Dan takkan Syeikh sanggup jadikan kafir dari DAP sebagai PM negara Malaysia ni.. Walaupun Tuan Lim Guan Eng memang memahami Islam lebih baik dari orang-orang UMNO yang islam celup tu, ana tak rasa jemaah kita sanggup terima untuk diketuai oleh pemimpin kafir.. Sebab itulah ana kata Abang Mat yang paling layak jadi Perdana Menteri.. Tuan Guru Hadi kurang sesuai lah syeikh…, kuat sungguh keinginan Tuan Guru Hadi dengan kerajaan perpaduan melayu tu sedangkan kita berjuang atas dasar Islam..” Sampai disini, Spy dah rasa macam nak terburai kain pelikat cap gajah duduk yang Spy pakai.. Spy dah tak tahan rasa nak terkencing menahan gelak bila layan hujah kawan Spy ni… Tapi dalam kepala Spy dah dapat satu soalan maut punya untuk dia… Spy tanya dia…, “kalau macam tu, macam mana dengan Pak Syeikh Anwar??? Takkan anta sanggup ketepikan orang yang selama ni kita war-warkan sebagai bakal Perdana Menteri dan penyelamat negara dari kezoliman penyangak-pengangak UMNO tu semua???” Haaaa…, jawapan kawan Spy ni mesti buat korang senyum sendiri… Dia kata…, “Ana tak nampak Anwar boleh jadi Perdana Menteri kalau kita menang nanti.., ana yakin Anwar akan didapati bersalah dalam kes fitnah liwatnya tak pun kes fitnah video seks tu.. Dan kalau Anwar terlepas pun.., susah untuk ana terima Anwar sebagai Perdana Menteri lah Syeikh..” Anwar banyak sangat kekhilafan dalam percakapan sampai ada yang susah ana nak percaya… Lagipun.., ana asyik terbayangkan aksi Anwar dalam video tu setiap kali ana tengok muka dia.. Ana tahulah video tu hasil rekaan UMNO, tapi susah nak cakap bila Anwar nampak macam tak serius nafi itu bukan dia… Daripada kita angkat bekas UMNO macam Anwar, baik kita sokong jemaah kita sendiri.., betul tak Syeikh?” Hahahahahahahaha…. gelak besar Spy bila dengar jawapan dari kawan Spy ni.. Terus Spy mintak diri pasal takut dia kecik hati…Tak sangka lah pulak kann…, dalam dorang sibuk kata video seks Anwar tu fitnah, rupanya dalam hati dorang percaya jugak sebenarnya… Yang sampai terbayang-bayang tu lah Spy tak boleh tahan.. Agaknya dalam sembahyang pun terbayang jugak aksi hebat Anwar tu… Hahahahahahahaha…. Anwar memang hebat laa bila boleh buat orang PAS angau tentang dia…

No comments:

Post a Comment