PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Saturday, January 28, 2012
Sedang sibuk umat Islam membicarakan isu pemurtadan yang berlangsung di DUMC, PAS nampaknya lebih gemar berpolitik. Ini berikutan undi adalah segala-galanya, dan perjuangan Islam bukanlah paksi perjuangan mereka, seperti yang dimeterai selepas muktamar mereka baru-baru ini.
Di seluruh pelusuk dan ceruk, isu ini menjadi topik utama rakyat, terutamanya umat Islam yang dilihat semakin faham dan mengerti nasib untung agama Allah ini apabila DAP memegang tampuk kuasa. Dan ancaman ini bukan lagi rahsia, dibantu dengan penipuan status bangunan gereja yang didedahkan baru-baru ini.
Malangnya PAS lebih gemar menyerang si pelaksana amar makruf nahi mungkar, slogan yang cukup dipegang erat oleh PAS, sehingga membawa kepada penubuhan unit itu yang bertujuan untuk menghalang kemungkaran dari berlaku di bumi ini.
Satu persatu kenyataan yang diberikan lebih kepada serangan teknikal, tentang peruntukan kuasa, kewajaran, dan sebagainya.
Tanpa disedari, tiada satu pun kenyataan dari pemimpin PAS yang membantu usaha menghalang pemurtadan itu. Amar makruf nahi mungkar yang dilaungkan rupanya hanya untuk orang-orang kampung, yang kebanyakkannya lebih percaya apa yang keluar dari mulut ostat yang berkopiah, sambil hujahnya diselangselikan dengan ayat-ayat Al Quran yang dimanipulasi untuk menghalalkan kerja jahat DAP.
Ini semua kerana undi!
Keadaan ini cukup berbeza sebelum ini. PAS dilihat sebagai benteng yang bersikap tanpa kompromi dalam soal mempermainkan kesucian Islam. Lebih tepat, PAS dilihat sebagai “tukang tegur” kepada UMNO dalam soal memartabatkan roh Islam apatah lagi dalam isu murtad, sekalipun berdepan dengan pelbagai percanggahan pendapat oleh kedua-dua pihak.
Keadaan ini mewujudkan “check and balance” dan sekaligus menguntungkan orang Melayu dan Islam. Secara tidak langsung, tujuan penubuhan PAS yang asalnya bernaung di bawah UMNO untuk perkembangan syiar Islam sedikit sebanyak terlaksana, walaupun tidak lagi bernaung di bawah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu itu.
Dek kerana kerakusan kuasa, PAS sanggup menjadi kuda tunggangan DAP. Amat mendukacitakan, pemimpin PAS paling kanan di Selangor, iaitu Hasan Ali pula menjadi modal serangan bertalu dari dalam PAS sendiri. Umum sedia maklum, bahawasanya Hasan Ali adalah saki baki pro ulama yang masih berpegang utuh kepada daulah islamiyah yang merupakan menjadi dasar perjuangan PAS selama penubuhannya.
Hasan Ali telah melaksanakan tugasnya, yang juga merangkap dari sebahagian janji-janjinya sebelum ini untuk mempertahankan Islam di bumi bertuah ini. Dan pastinya, ia diwarisi oleh pejuang PAS terdahulu seperti Arwah Ustaz Fadhil Nor, Arwah Ibrahim Libya dan ramai lagi.
Hari ini PAS sedang mengkafirkan diri sendiri. Ini diambil dari qias, tentang apa yang mereka lakukan terhadap UMNO suatu ketika dulu akibat dari tuduhan dari PAS sendiri bahawa UMNO itu kafir. Islam semakin diancam bahaya oleh DAP, dan lebih bahaya apabila terdapat golongan mengaku Islam seperti PAS yang menghalalkan segala kerja pemurtadan yang ditunjangi oleh DAP!
PAS ejen pemurtadan???
Tags: PAS, Selangor Berduka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment