PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Monday, January 30, 2012
Selepas Gay Anwar Kini Nak Pertahankan Israel
January 28, 2012 · 83 Comments
anwar_yahudi_amerika
HARAPNYA komitmen terbaru Anwar untuk melindungi keselamatan negara haram Israel tidak mendapat sokongan mana-mana pihak dalam negara ini. Sebab penulis rasa tidak ada rakyat Malaysia yang mahu bertoleransi dengan orang sedemikian yang mana hanya akan mencetuskan keadaan yang tidak baik sahaja nanti.
Memandangkan kenyataan itu disiarkan oleh The Wall Street Journal, penulis tidak rasa masalahnya tafsiran atau salah lapor kerana ia bukan akhbar Utusan Malaysia yang sekarang menjadi sasaran saman bertalu-talu dari pemimpin PKR diketuai Anwar.
Percayalah, dalam banyak-banyak isu berkaitan Israel yang pernah mencetus kekecohan di negara ini seperti kedatangan pasukan kriket, petinju Muay Thai dan sebagainya, tidak ada satu pun yang sama dengan kenyataan terbaru Anwar ini.
Komitmen Anwar ialah melindungi keselamatan Israel lebih serius. Itu boleh ditafsirkan, memberi bantuan kewangan untuk membantu Israel, menghantar pasukan keselamatan negara untuk melindungi Israel dari ancaman negara-negara Islam di sekelilingnya.
Sedangkan negara kita dan majoriti anggota keselamatan kita adalah Islam, justeru bagaimana komitmen Anwar itu boleh dilaksanakan?
Masa isu APCO itu hari, bukan main benci nampaknya Anwar dengan Israel, tapi sekarang dia sudah bagi komitmen untuk melindungi keselamatan negara itu pulak. Macam mana tu?
Satu persoalan lagi, apakah Israel sekarang kekurangan dari segi ketenteraan untuk melindungi negaranya sehingga memerlukan bantuan negara seperti Malaysia dibawah pimpinan Anwar (mintak dijauhkan)? Israel adalah negara terkuat dari segi ketenteraan di Asia Barat, dtambah dengan keupayaan senjata nuklear yang tidak pernah dinafikan ataupun diakui kewujudannya.
Itu belum lagi disebut bantuan daripada negara sekutunya, Amerika dan Britain yang bersedia pada bila-bila masa untuk melindungi negara tersebut dari sebarang ancaman seperti dibuktikan dalam Perang 6 Hari 1967.
Justeru, apa yang terdesak sangat untuk Anwar mengemukakan komitmen itu dikala Israel sendiri tidak ‘kebulur’ dengan bantuan dari Malaysia?
Pada penulis, kenyataan terbaru ini hanya mengesahkan banyak yang disebut sebelum ini bahawa Anwar sememangnya agen yahudi tapi berselindung disebalik imej Islam.
Jadi masih lagi nak tunggu orang ini berjaya jadi PM ke?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment