PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Sunday, February 26, 2012
Nurul Izzah: Bukti Pembangkang Tidak Menguntungkan Rakyat
Andai disebut namanya, pasti seluruh rakyat Malaysia secara automatiknya terbayang wajah papanya yang “hebat”. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.
Itulah yang berlaku kepada Nurul Izzah, puteri reformasi yang dimanipulasikan secara optimum oleh Anwar sehinggalah sekarang bagi keuntungan politiknya. Dari gambaran penderitaan, sehinggalah berjaya bergelar ahli parlimen, Anwar bijak menggunakan segala pakej yang ada pada anak perempuannya itu, terutamanya untuk menarik perhatian atau simpati rakyat.
Seperkara yang paling menonjol dalam diri Nurul Izzah ialah gaya politiknya persis papanya. Nurul Izzah, ahli Parlimen Lembah Pantai, terpaksa mencari dan mengkaji cara politik yang terbaik untuknya. Mengambil pendirian mudah, dia hanya meniru cara papanya, bulat-bulat.
Nurul Izzah dilihat cenderung menggunakan strategi yang sama dengan papanya, iaitu menyerang kepentingan Melayu bagi memuaskan hati DAP. Dari institusi yang memartabatkan Melayu, sehinggalah kepada usahawan Melayu yang berjaya seperti Syed Mokhtar Al Bukhari.
Terbaru, Nurul Izzah telah “menyerang” idea tabung untuk Projek Perumahan Rakyat, dan Perumahan Awam yang bakal membolehkan rakyat memberi rumah-rumah tersebut. Tabung ini sebenarnya salah satu cara untuk kerajaan melawan miskin tegar bandar, yang menyaksikan ramai rakyat yang tidak berkemampuan untuk memiliki kediaman sendiri.
Tabung ini bakal mengurangkan karenah birokrasi oleh bank-bank, seterusnya memudahkan rakyat, dari segi pembiayaan perumahan. Anehnya, Nurul seolah-olah menafikan kepentingan penduduk Lembah Pantai, kawasan yang banyak terdapatnya PPR dan PA! Di manakah tugas seorang ahli Parlimen terhadap penduduk atau pengundinya sendiri? Bukankah kediaman itu merupakan asas keperluan hidup manusia? Lebih malangnya, politik bangkangnya hanya merugikan majoriti yang layak, iaitu orang Melayu.
Itu hanya sebahagian dari apa yang dibuat oleh AHLI PARLIMEN Lembah Pantai. Terbawa-bawa gaya pembangkang, tanpa menyedari dia sudah diberi mandat untuk memperjuangkan hak rakyat. Apa yang diperjuangkan? Melainkan hanya bangkang, bangkang dan terus membangkang tanpa sempadan.
Isu Kedai 1 Malaysia, isu Pinjaman Perumahan oleh KWSP, isu-isu terutamanya di Lembah Pantai, dan pelbagai lagi isu yang dibangkitkan oleh Nurul Izzah tidak bersifat konstruktif, hanya semata bangkangan. Paling penting, apa jua yang menguntungkan rakyat, harus dibangkang. Amat menghairankan. Rupanya, apa yang berlaku di Lembah Pantai adalah hasil usaha keras Raja Nong Chik. Nurul Izzah berbuat demikian untuk tidak memberikan “political mileage” kepada Raja Nong Chik. Begitu jua apabila ia menyentuh kepentingan nasional, Nurul Izzah mengambil pendekatan yang serupa. Bangkang sebangkang-bangkangnya! Asalkan tidak memberi keuntungan kepada Barisan Nasional.
Nurul Izzah harus membezakan antara kepentingan rakyat, dengan kepentingan politik peribadi. Politik adalah mekanisma untuk membantu rakyat, bukan hanya untuk papanya sahaja.
Sudah sampai masanya Nurul Izzah belajar menjadi seorang wakil rakyat, seorang Ahli Parlimen, bukan hanya menjadi seorang ahli politik yang tidak tahu cara berkhidmat kepada masyarakat.
Mungkin sudah sampai masanya Nurul Izzah belajar dari M. Parthiban, bekas orang kanannya di Lembah Pantai, yang akhirnya membawa haluan keluar dari parti PKR dan berazam untuk bertemu dengan semua orang yang pernah ditemuinya sewaktu berkempen untuk anak si papa pada 2008 yang lalu.
M. Parthiban mahu menceritakan siapa sebenarnya NURUL IZZAH BINTI ANWAR!
Tags: Nurul Izzah, PKR
468x60 ad code [Article page - Between comment and article]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment