PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Wednesday, April 4, 2012
AMANAT HADI PETUALANG PERPECAHAN MELAYU
Posted on 03 April 2012 by BOS
Print Friendly
Pada hari ini, umat melayu di Malaysia berpecah belah kepada tiga pihak yang seterusnya memudahkan anasir-anasir yang sudah lama mengingini Malaysia dengan mudah mengambil kesempatan memerintah Malaysia.
Perpecahan ini terjadi kerana Amanat Hadi di kampung banggol peradong, manir pada tahun 1981. Perkara ini diakui sendiri oleh bekas mujahid pas, Haji Mokhtar yang ketika itu begitu taksub dengan pas dan sanggup melakukan apa sahaja yang disuruh oleh pemimpin mereka.
Beliau yang juga bertanggungjawab mengutip derma ketika amanat itu dikeluarkan mengesahkan memang benar Hadi Awang mengeluarkan kenyataan mengkafirkan UMNO sehingga terjadinya sembahyang dua iman.
Beliau yang kini telah menyedari penyelewengan yang dilakukan pas tidak seperti matlamat perjuangan asal mengambil tindakan drastik tanpa memikirkan maruah terus keluar daipada pas kerana merasakan pas sudah tidak relevan.
Menurut Haji Mokhtar lagi beliau memamng daripada remaja menjadi pengikut setia Pas hingga sanggup menuruti segala arahan yang dikeluarkan pimpinan Pas. Beliau juga mendedahkan Pas yang mengakibatkan terjadinya sembahyang dua imam, kejadian kanak-kanak tadika dihalau ketika era pemerintahan Pas 1999-2004, tidak boleh mengimamkan orang UMNO dan bermacam-macam lagi.
Namun apabila Pas berjaya menakluk Terengganu tahun 1999-2004 semua perkara yang dulu diharamkan telah dihalalkan. Setelah tiga hari memerintah, Pas Pusat telah mengeluarkan arahan meminta semua ahli Pas sembahyang di kariah masing-masing.
Perkara ini mengejutakan penyokong Pas sendiri yang seterusnya mengelirukan umat Islam. Ini bermakna selama ini Pas hanya bertopengkan agama semata-mata untuk meraih undi bagi mendapatkan kuasa. Setelah berkuasa segalanya berubah……………………………………
Comments (0)
Kebajikan Nelayan
Terengganu Negeri Berkebajikan
Posted on 03 April 2012 by FAUZI MOHD
Print Friendly
Apa yang ‘sangat istimewa’ dengan konsep negara berkebajikan yang ditawarkan oleh Pas kerana hampir keseluruhannya telah, sedang dan terus dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di Terengganu.
Jika hari ini, pemimpin Pas ‘berkokok’ di pentas ceramah mengajak rakyat menyokong parti itu kerana janji baru mahu gagaskan negara berkebajikan, rakyat pasti senyum kelat melihat telatah mereka yang cuba mengajar kerajaan BN menjaga kebajikan rakyat.
Tidak salah Pas mahu memperjuangkan kebajikan rakyat, tetapi jangan sampai kera di hutan pun mengerih, melompat dek kelucuan apabila mendengar pemimpin parti itu menuduh kerajaan BN kabur mengenai agenda kebajikan untuk rakyat.
Bercakap mengenai perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Dato’ Yahya Khatib Mohamad tegas berkata, pemimpin Pas perlu belajar daripada kerajaan BN tentang sebuah negara berkebajikan.
Menurutnya, BN yang terbukti berpengalaman memaju pembangunan negeri mempunyai ramuan menarik untuk disajikan kepada rakyat khususnya dalam aspek kebajikan, jauh lebih baik dari Pas yang bersifat retorik politik dan bermusim.
Kata beliau, pelan Hala Tuju Pembangunan Negeri Terengganu tahun 2009-2013, Kerajaan negeri mensasarkan sifar miskin tegar dan turunkan kadar kemiskinan kepada 1 peratus pada tahun ini melalui dua strategi iaitu pembangunan fizikal dan perubahan minda.
“Melalui Program Bantuan Rumah, sepanjang tempoh 2008 hingga 2011, Kerajaan Terengganu membelanjakan RM44.68 juta bagi pembinaan 1,354 unit rumah, RM16.66 juta bagi baik pulih 1,794 unit rumah dan RM38.4 juta bagi menukar atap 8,916 unit rumah atau program ‘Atap Biru’.
“Peruntukkan yang besar itu bagi memastikan golongan miskin dan berpendapatan rendah memiliki rumah yang selesa. Pada tahun ini, sejumlah RM32 juta diperuntukkan iaitu RM1 juta bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk program sama,” katanya kepada Teganukita baru-baru ini.
Menerusi Program Jaya Diri (PJD) yang dikelolakan Yayasan Pembangunan Keluarga tambah Dato’ Yahya, sejumlah RM4 juta diperuntukkan tahun lalu bagi memberi pinjaman modal antara RM3,000 hingga RM10,000 kepada golongan miskin, ibu tunggal dan belia untuk menceburi bidang perniagaan.
“Memandangkan program itu cukup berkesan membasmi kemiskinan dengan hampir 100 peratus peserta membayar balik pinjaman mereka, Kerajaan negeri memperuntukkan RM8 juta pada tahun ini,” katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Marang.
Katanya, dalam tempoh 16 tahun sejak tahun 1995, sejumlah RM29.2 juta diperuntukkan kepada kira-kira 12,000 usahawan dan daripada jumlah itu sebanyak RM9.2 juta diberikan pada tahun 1995-2000, RM1.3 juta (2001-2004), RM18.7 juta (2005-2010).
Sehingga kini terdapat 487 pusat PJD di Terengganu dengan 4,479 peserta membabitkan projek pertanian (417), perniagaan (3,206), penternakan (53), perikanan (42), kraftangan (495), pertukangan/kemahiran (168), bengkel (66) dan 32 peserta dalam lain-lain bidang.
Sementara itu kata beliau, program Mikro Kredit Ar-Rahnu yang diuruskan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) juga antara instrumen bantuan modal perniagaan bagi membasmi kemiskinan.
“Sejak diperkenalkan tahun 1992, sejumlah RM34.9 juta dibelanjakan dengan memberi manafaat kepada lebih 300,000 orang dan tahun 2012, Kerajaan menyalurkan RM2 juta kepada Maidam bagi membantu rakyat melalui pembiayaan Ar-Rahnu,” ujarnya.
Kerajaan BN katanya, prihatin kepada golongan yang ditimpa musibah seperti bencana alam dan malapetaka menerusi bantuan melalui Tabung Darul Iman.
“Bagi tempoh 2009 hingga tahun lalu, seramai 7,579 orang telah mendapat manfaat daripada tabung itu melibatkan perbelanjaan RM6.37 juta,” jelasnya.
Bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara kata beliau, kerajaan mencarumkan RM5 juta lagi kepada tabung itu tahun ini di mana RM2 juta akan digunakan untuk bantuan kebajikan perubatan seperti membiayai kos rawatan pesakit dan peralatan perubatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment