PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Friday, May 4, 2012
Perjuangan PAS dulu dan kini?
Posted on 02 February 2012 by KingKong
Matlamat dan dasar perjuangan asal PAS adalah menegakkan hukum Allah di bumi Malaysia ini dan atas matlamat ini lah tertubuhnya Parti PAS tapi dah jadi sekarang? ramai penyokong PAS rasa tertipu dengan perjuangan mereka dan pelbagai “fatwa-fatwa” yang dikeluarkan PAS kini terkena ke muka mereka sendiri.
Apa yg terjadi sekarang, DAP dan PKR menekan dan memaksa PAS menerima nilai-nilai perjuangan mereka dan PAS dipaksa akur hingga sanggup porak perandakan rumah tangga mereka sendiri.
MB Kedah pun dah tidak tahan dgn karenah DAP dan PKR ni malahan Haji Hadi pun dh mula bosan dan sudah tawarkan diri untuk berundur. Pemimpin2 PAS yg dh jd MP dan ADUN tk berani bersuara sbb dh buat bai’ah yg boleh menyebabkan tertalak 3 dgn isteri mereka.
Yang belum jd MP dan ADUN pulak takut nk bersuara sbb takut tidak terpilih jd calon nanti. PAS nampaknya lebih bnyk menerima dan melaksanakan agenda DAP dan PKR dari melaksanakan agenda asal Parti PAS.
Hanya Hasan Ali yang begitu cekal dalam mengharungi puak-puak Pakatan Rakyat ini dan parasit-parasit dalam PAS ini bagi menegakkan kembali perjuangan PAS tetapi kerana kebangkitan Hasan Ali inilah, parasit-parasit PAS ini terpaksa memecat Hasan Ali atas kehendak PKR dan DAP.
Sebagai sekutu dalam PAKATAN RAKYAT, PAS sudah menerima dan melaksanakan dasar-dasar DAP dan PKR yg menjadi dasar PAKATAN RAKYAT, Tapi apa dasar PAS yang telah diterima dan dilaksanakan oleh PAKATAN RAKYATR???
Hendak masukkan agenda hudud dan perlaksanaan Islam ke dalam Buku Jingga pun tidak boleh, macam mana PAS nk bagi ahli-ahli DAP dan PKR dah faham?? Jangan menipu dan mendabik dada kata yg DAP dh faham dan Sudah terima Islam kalau tidak ada satu pun dasar PAS yg ada dalam buku Jingga.
Apa yang nampak, DAP semakin faham dan mahir macam mana hendak perkuda PAS bagi memecahbelahkan Melayu dan menipu Melayu dan Orang-orang Islam supaya menerima dasar-dasar DAP yang Anti Islam dan Anti Melayu.
No comments:
Post a Comment