PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Friday, May 4, 2012
Undurlah Wahai Nik Aziz
Posted on 08 February 2012 by BOS
KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Beliau memberi alasan bahawa perjuangannya untuk membersihkan air Kelantan masih belum tercapai.
Nik Abdul Aziz, 80, yang menjadi Menteri Besar Kelantan selepas pilihan raya umum 1990 menegaskan bahawa membekalkan air bersih kepada rakyat negeri ini merupakan janji pilihan rayanya yang pertama sebelum menjadi Menteri Besar. Sehingga kini beliau belum berjaya menunaikan janjinya walaupun telah melantik menantunya sendiri sebagai pegawai syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. Oleh kerana kegagalannya menunaikan janji bapa mertuanya, Ariffahmi telah dinaikkan pangkat menjadi CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Kenaikan tersebut dikatakan kerana Ariffahmi berjaya membahagiakan anak kesayangan Nik Aziz, Nik Amalina. Dicelup daripada Harakah
SUDAH 22 tahun Nik Aziz jadi Menteri Besar tapi masalah air di Kelantan tidak selesai juga. Yang merana rakyat Kelantan sendiri. Moto Kerajaan Kelantan pimpinan Nik Aziz ‘Membangun Bersama Islam’ seharusnya menitik beratkan kebajikan rakyat tetapi gigi rakyat ‘Jatuh di bawah Pimpinannya’.
Nasihat BO agar rakyat Kelantan buatlah pilihan yang betul agar gigi-gigi boleh dikekalkan dan jangan jadi tua sebelum masanya…..
Comments (0)
Negara Berkebajikan PAS adalah agenda DAP GANTI PAS!!!!
Tags: dap, negara berkebajikan, PAS
Negara Berkebajikan PAS adalah agenda DAP GANTI PAS!!!!
Posted on 07 February 2012 by KingKong
PAS mahu menjalankan Negara berkebajikan (Walfare State) seperti mana Negara berkebajikan dibarat,tetapi adakah PAS telah menkaji bagaimana perlaksaannya dapat menjaga rakyat, jangan hanya bercakap kerana negera berkebajikan yang di war-warkan PAS hanyalah kearah keruntuhan negera.
Kita boleh melihat sendiri sekarang ini, negara-negara barat sendiri seperti Greece, Italy, UK dan US telah mula menyedari kelemahan negara yang terlalu fokus kepada kebajikan melalui perbelanjaan peruntukan kerajaan. Krisis ekonomi yang melanda Greece, Italy, US dan UK masa kini antara lain berpunca daripada perbelanjaan kebajikan yang berlebihan. Nampaknya kepimpinan PAS tidak prihatin dan mengambil iktibar daripada perkembangan-perkembangan semasa mengenai negara-negara seperti Greece yang menuju kearah bankrapsi kerana terlalu fokus kepada kebajikan.
PAS telah terkebelakang apabila menolak ‘theocratic state’ iaitu ‘islamic state’ kepada ‘walfare states’ ini semua agenda DAP GANTI PAS buktinya lihat video ini.
Apabila Lim Guan Eng menolak ‘theocratic state’ dan Negara islam, kenyataan Lim Guan Eng ini selari dengan pembohongan Haji Hadi Awang dalam video berikut yang mengatakan “islamic state” tiada dalam Al-Quran.
Namun jika dikaji secara halus ia adalah konsep Malaysian Malaysia yang pernah diangkat oleh pemimpin PAP Singapura, Lee Kuan Yew – sehinggalah ia mendapat hak kemerdekaan memerintah negara pulau itu – hasil tekanannya yang mahu melaksanakan dasar itu ke atas Tanah Melayu. Kini Malaysian Malaysia, satu konsep yang mahu mengetepikan hak keistimewaan satu bangsa lain dan hak-haknya sedang dijana secara sistematik oleh DAP, parti serpihan PAP.
from..http://buletinonlines.net/category/berita/dalam-negeri/page/6
No comments:
Post a Comment