Islam Versi PAS Terjemahan Di Kelantan
Saturday, June 2, 2012
Islam cara PAS sangat jelas diterjemahkan di dalam pemerintahan mereka
di Kelantan. Usia pemerintahan mereka bukan singkat, tetapi menjangkau
usia 22 tahun. Satu usia yang bukan muda lagi tetapi matang untuk
menjadi pemerintah yang lebih mantap dan sempurna. Rakyat Kelantan juga
sepatutnya matang menilai kredibiliti dan ketelusan kerajaan PAS pada
usia sebegini.
Apa yang diperjuangkan PAS kononnya mahu mendaulahkan sebuah negara
Islam. Jadi di dalam konteks negeri Kelantan, mereka mahukan Kelantan
menjadi sebuah negeri Islam yang di dalamnya mengunakan pemerintahan
bercorak Islam. Tetapi selama 22 tahun, mungkin inilah hasil Islam yang
mereka war-warkan dan perjuangkan.
PAS Kelantan kerap menganjurkan solat hajat perdana dan berdoa agar
negeri itu makmur dan sejahtera, tetapi sejauhmana mereka berusaha untuk
memakmurkan negeri itu?
Di dalam bidang ekonomi, PAS Kelantan GAGAL membawa agenda perubahan
malah ekonomi negeri Kelantan paling mundur dan kurangnya peluang
pekerjaan. Kadar pengangguran di Kelantan kalau diikutkan tinggi tetapi
kerana rakyatnya bertindak untuk berhijrah ke negeri lain, jadi
penganggur di negeri mereka berkurangan. Peluang-peluang ekonomi juga
kurang melainkan kroni dan berkepentingan sahaja mampu untuk terus hidup
di Kelantan.
Gagalnya kerajaan PAS menjana pendapatan negeri menyebabkan mereka gagal
membangunkan prasarana yang baik untuk rakyatnya. Walhal jika kita
lihat ke atas struktur geografi di negeri itu, Kelantan amat berpotensi
untuk ceburi hub industri berat, pelancongan dan agrotourism. Kelantan
sepatutnya memiliki pelabuhan antarabangsa kelas dunia berikutan
kedudukan mereka sebagai pintu masuk pedagang dari China.
Tetapi apa yang kita boleh lihat di Kelantan ini amat menghairankan. PAS
gagal merencana apa-apa peluang ekonomi. Apabila hampir sahaja
pilihanraya, mereka buat macam-macam projek mimpi. Paling tidak releven,
mereka minta rakyat Kelantan menangung kos 1.2 billion untuk membina
lebuhraya Kota Bharu- Kuala Krai melalui derma. Sudahlah masalah air di
negeri itu gagal diselesaikan, malah 50 peratus rumah di Kelantan tidak
mendapat kemudahan air. Manakala 50 peratus lagi gagal mendapat
kemudahan air bersih. Apa tindakan objektif PAS? Mereka hanya berpeluk
tubuh dan mengharapkan ehsan kerajaan BN untuk menyelesaikan isu ini.
Jadi apa relevennya mereka lagi sebagai kerajaan negeri?
Dari segi sosialnya, suasana di Kelantan tidak kurang bezanya dengan
negeri-negeri lain. PAS mudah menyalahkan Kerajaan BN di dalam isu ini
kononnya gagal mengawal media. PAS sebenarnya lupa bahawa ombak
globalisasi dan dunia tanpa sempadan lah punca kepada rempuhan minda
generasi Y dan sukar dikawal oleh mana-mana kerajaan di dunia.
Walaubagaimanapun Kerajaan BN sudah banyak melakukan benteng dengan
menapis setiap hiburan di dalam media. Sumbangan dan kerjasama media
swasta yang turut menyediakan saluran alternatif berbentuk keislaman
seperti Astro Oasis dan Tv AlHijrah diharap mampu mengimbangi kemasukan
anasir hiburan lain ini. Jadi mengapa Kerajaan juga disalahkan?
Orang-orang Kelantan terkenal dengan sikap eksrimis. Di kala negara
sedang menuju ke abab 22 yang kian mencabar, masih ada di kalangan orang
Kelantan, bergaduh dengan berparang dan bertetak sesama sendiri di
kalayak ramai. Dimana letaknya kematangan mereka? Sikap ini bukan
dibentuk oleh UMNO tetapi PAS sendiri yang sentiasa menanam perasaan
benci di dalam diri pengikutnya atas setiap kebaikan yang dilakukan oleh
UMNO. Kejian, makian dan penghinaan yang diterjemahkan di dalam setiap
siri ceramah mereka menyerapkan budaya negeatif di dalam diri orang
Kelantan.
Sudah 22 tahun, tetapi Kelantan GAGAL menterjemahkan Islam versi PAS.
Kegagalan mereka itu bukan kerana silap orang lain tetapi silap PAS itu
sendiri. Ideologi yang mereka bentuk bukan untuk orang Islam dan
kepentingan Islam tetapi ia dibentuk untuk menipu orang Islam bagi
memilih mereka sebagai pemerintah. Kuasa lebih penting dari segalanya
dan ini dibuktikan dengan angkuhnya mereka menolak perpaduan sesama
Islam iaitu dengan UMNO. Jelas lagi bersuluh takutnya mereka untuk
bersama UMNO kerana mereka takut kuasa yang ada pada mereka hari ini
hilang. Jika kuasa hilang, susahlah mereka untuk menghisap darah rakyat
dan memerah kekayaan untuk kroni dan keluarga mereka.
Wallahhu'alam.
Penulis,


No comments:
Post a Comment