Lebuhraya Mimpi PAS Satu Agenda Penyamun
Sunday, June 3, 2012
KENAPA BOLEH JADI MACAM TU...?

Gimik
nak buat lebuhraya menjelang PRU 13.... atau mungkin sebenarnya Husam
Musa sudah kehabisan duit dalam akaunnya.... Mintak rakyat penuhkan
kantung akaunnya untuk selamatkan company dia...
Kata rakan BP : PAS,
PAS.......SAMPAI BILA ASYIK NAK BERBOHONG MENIPU RAKYAT. BILA
BERCERAMAH, HULUR GUNI TEPONG KUTIP DERMA KONONNYA ISI TABUNG
PERJUANGAN, TAPI BILA DISELIDIK, KUTIPAN DIBUAT UNTUK DIAGIHKAN KEPADA
PENCERAMAH MACAM MAT SABU UNTUK BELANJA TUKAR TAYAR BARU MERCEDESNYA.
SEKARANG
NAK KUTIP WANG RAKYAT LAGI KONONYA NAK BINA LEBUHRAYA. MASYAAALAH !
CUKUP CUKUPLAH TU MENIPU RAKYAT. SELAMA LEBIH DUA PULOH TAHUN PERINTAH
KELANTAN, NAK BINA SEBUAH MASJID PUN TERKIAL KIAL, INIKAN PULA NAK BINA
HIGHWAY ?
LEPAS ITU SALAHKAN KERAJAAN PUSAT KERANA TAK TAMBAH ROYALTI MINYAK.
DENGAN CARA PERTADBIRAN LINTANG PUKANG PAS DI KELANTAN, JANGANLAH
HENDAKNYA KERAJAAAN PUSAT IKUT KEHENDAK PAS.
BIARKAN LAH HASIL MINYAK ITU DIBAHAGIKAN SAMARATA KEPADA RAKYAT KELANTAN
TANPA MENGIRA IDEOLOGI POLITIK MEREKA. KALAU IKUT CARA PAS, NAK BAGI
GULA SATU KILO PUN , RAKYAT AKAN DITANYA SAMAADA MENYOKONG PAS ATAU
UNMO.
PAS, PAS.......SAMPAI BILA NAK BERUBAH.......?
Kita ikuti pula kupasan yang dibuat oleh rakan blogger dari Info4TT :
Kontroversi
Lebuh raya balak-satu lagi cubaan menarah balak balak Hutan Lipur Bukit
Barau setelah kes Timbermine Sdn Bhd (Syarikat Singapura) berjaya
menyaman Kerajaan Kelantan RM 800 juta.
Dalam
artikel kronologi yang seringkas mungkin ini, penulis hanya ingin
berkongsi latarbelakang serta hanya sedikit ulasan berkenaan projek
lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (KB-KK) yang sekarang sedang hangat
digebang merata alam oleh pemimpin dan penyokong PAS.
Umum
sedia maklum sejak seawal bulan Disember 2010, dunia politik tanahair
telah dihangatkan dengan desas desus dan khabar angin yang bertiup
kencang menjangkakan parlimen akan dibubarkan dan pilihanraya umum ke 13
bakal dilangsungkan dalam bulan Mac 2011.
Ramalan
tersebut kemudiannya tersasar lantaran itu ia dianjak pula dengan
jangkaan ianya akan diadakan pada akhir tahun yakni bulan November 2011.
Tidak
semena-mena pada tanggal 10 Ogos 2011 (Sinar Harian 11082011), Husam
Musa mengumumkan kerajaan PAS Kelantan akan membina lebuhraya KB-KK yang
panjangnya 63 km secara penswastaan dengan kos sekitar RM1.9 bilion dan
apabila ‘siap’ kelak mungkin pengguna akan dikenakan tol.
Info sampingan:
pada
18 Mei 2011 iaitu kira-kira tiga bulan sebelum Husam dan kerajaan PAS
Kelantan mengumumkan lebuhraya ‘syurga’, Kerajaan Pusat melalui
agensinya JKR ada menjawab persoalan seorang pembaca Berita Harian
berkaitan jalan baru Kota Bharu-Kuala Krai-Gua Musang-Simpang Pelangai
(Central Spin Road sebahagian dari Central Spin Expressway).
Pada
24 Ogos 2011 (Sinar Harian Online 24082011), Husam Musa mendakwa tiga
(3) syarikat kelas A berminat telah menghantar tawaran masing-masing
untuk membida projek lebuhraya sepanjang 63 kilometer itu.
Seterusnya
pada 15 September 2011 (Haprakdaily 15092011 & Sinar Harian
16092011), sekali lagi beliau mengulangi pengumuman bahawa kerajaan PAS
Kelantan telah tekad akan membina lebuhraya KB-KK itu secara penswastaan
dan diikuti dengan pengesahan kadar tol yang akan dikenakan adalah pada
tahap minima yang tidak membebankan pengguna.
Selanjutnya
kata Husam lagi, kutipan tol akan dibatalkan sebaik sahaja pakatan
pembangkang mengambil alih kerajaan pusat dan royalti minyak
dikembalikan. Dengan duit royalti itu, lebuhraya tersebut akan diambil
alih oleh kerajaan negeri.
Respon
terakhir bagi tahun 2011 berkaitan ura-ura lebuhraya tersebut datangnya
dari Nik Aziz melalui kenyataannya pada 18 Oktober 2011 semasa sidang
DUN Kelantan. Kata Nik Aziz, kerajaan Kelantan sedang meneliti cadangan
tersebut yang akan dibangunkan dengan kerjasama swasta.
Kelihatan
seakan bersungguh benar kerajaan PAS Kelantan tika itu mahu membina
lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai sekalipun kantung kewangannya tipis dan
belanjawan negeri acapkali mengalami defisit manakala di masa yang sama
hutangnya dengan kerajaan pusat terus meningkat kepada RM 1.12 billion
(sumber catatan kewangan Kelantan yg didedahkan Kickdefella).
Info selingan:
salah
satu sumber kewangan negeri ialah konsesi kayu balak. kebetulan tahun
1978 PAS jatuh di Kelantan selain kes tikam belakang kawan, juga turut
melibatkan skandal kawasan balak yg mana berjaya disaman RM 800 juta
oleh Syarikat Singapura Timbermine. Konsesi balak itu sebeasar 1/3
negeri Kelantan. Kebetulan juga, ladang rakyat di Gua Musang turut
dibangunkan di kawasan yang ada kayu balak.
Bagaimanapun
barangkali disebabkan ramai pihak telah tampil secara lantang
mempertikaikan kenapa perlunya diwujudkan kutipan tol sedangkan selama
ini pakatan pembangkang khususnya PAS dan PKR sering mendakwa kutipan
tol adalah bentuk penindasan kapitalis terhadap rakyat, maka untuk
seketika isu lebuhraya tidak lagi kedengaran.
Dan
tarikh 11.11.11 yang dikhabarkan parlimen akan bubar akhirnya berlalu
begitu sahaja, turut berlalu dan senyap sepi ialah perkhabaran berkenaan
lebuhraya ‘syurga’.
Tahun
baru 2012 kemudiannya menjelang tiba, tika itu hangat isu Anwar Ibrahim
dan pemecatan Hasan Ali dek angkara tangan ghaib dari PKR dan DAP. Saat
ini tidak kedengaran walau sebutir kata perkhabaran terkini perihal
lebuhraya yang gah diwar-warkan beberapa ketika sebelum ini.
Tika
ini juga kembali hangat desas desus dan ura-ura pilihanraya umum ke 13
kemungkinan akan berlangsung sekitar Jun 2012 selepas beberapa ramalan
sebelumnya tidak menepati sasaran.
Tiba-tiba
pada 12 Februari 2012 (Haprakdaily 12022012), Husam Musa kembali
membuka mulut katanya, kerajaan negeri telah menerima cadangan dari lima
(5) buah syarikat yang berminat dengan projek lebuhraya KB-KK sepanjang
73 kilometer itu sejak tawaran dibuka dari 2 Januari 2012 hinggalah
ditutup pada 9 Februari 2012.
Agak
menghairankan kerana sebelum ini dalam kenyataannya pada 24 Ogos 2011,
Husam mendakwa telah menerima cadangan dari tiga syarikat kelas A.
Kenapa pula sekali lagi tawaran dibuka pada 2 Januari hinggalah tawaran
ditutup pada 9 Februari 2012 yang menyaksikan lima syarikat dikatakan
telah menghantar cadangan projek?
Pada
3 April 2012, semasa berucap di majlis Makan Malam Dana Piliharaya PAS
Kawasan Kota Bharu, Husam mendakwa “tiga dari tujuh tender syarikat yang
memohon tender untuk mengambil bahagian dalam pembinaan Lebuhraya Kota
Bharu-Kuala Krai, akan dibawa ke mesyuarat exco pertengahan April”.
Sekali
lagi timbul persoalan dalam benak penulis, kenapa angka syarikat yang
memohon boleh berubah-ubah. Dari tiga menjadi lima dan sekalipun tawaran
telah lama ditutup, tiba-tiba sekarang menjadi tujuh pula? Ada sesiapa
yang mahu memberi penjelasan?
Kemudian
pada 10 Mei 2012 (Haprakdaily 10052012), Husam mengumumkan pembinaan
lebuhraya akan dimulakan pada akhir bulan ini disamping itu katanya lagi
konsep lebuhraya tersebut adalah bebas tol kerana ditanggung sepenuhnya
oleh kerajaan negeri.
Bagaimanapun
pada 16 Mei 2012, konsep bebas tol dengan tanggungan sepenuhnya oleh
kerajaan negeri telah ditukar menjadi konsep gotong royong dengan
mengharapkan derma dari rakyat serta pihak lain bagi menjayakan projek
berkenaan.
Menurut
Husam, konsep tersebut diperkenalkan bukan kerana ketidakmampuan
kerajaan negeri sebaliknya untuk menanam semangat kerjasama dikalangan
rakyat yang sebelum ini hanya pernah terdedah terlibat langsung menderma
dalam pembinaan masjid dan surau sahaja.
Jelasnya
lagi, jajaran pertama lebuhraya tersebut akan melalui kawasan Hutan
Lipur Bukit Bakau. Untuk makluman, Hutan Lipur Bukit Bakau juga adalah
antara hutan simpan yang digazetkan oleh Jabatan Perhutanan. Boleh tahan
banyaknya kayu balak di sana.
Akhirnya
pada 28 Mei 2012, Nik Aziz menyempurnakan majlis pecah tanah untuk
permulaan projek tersebut di Kampung Berangan Mek Nab, Machang,
Kelantan.
Juak-juak
PAS bersorak sakan bangga seolah-olah sebaik sahaja majlis pecah tanah
selesai, lebuhraya ‘syurga’ juga sudah terbentang siap untuk diguna.
Tiada terdetik walau sekelumit persoalan, semuanya angguk dan gembira.
Ada
penyokong PAS yang sudah tidak sabar menderma wang ringgit sebagai
jaminan penghubung menuju ‘syurga’ dek kerana kata Nik Aziz adanya
pahala untuk sesiapa menderma menjayakan projek lebuhraya tersebut tanpa
terfikir risiko tragedi tabung memali mungkin berulang kembali.
Agaknya,
jika mereka mengikuti kronologi dan percanggahan demi percanggahan
dengan banyak persoalan bermain di minda sejak awal cetusan idea Husam
Musa, adakah mereka berani menyatakan lebuhraya KB-KK tidak akan
menerima nasib sama seperti projek kambing jamnapari?
Pesan
penulis cuma satu, bila dekat pilihanraya pandai-pandailah jaga duit
dan harta benda kalian semua, bukan apa menjelang pilihanraya akan
banyak tabung dan kutipan derma datang dan pergi. Banyak wayang dan
banyak temberang, gitulah selalunya "
FROM.. http://blogtamingsari.blogspot.com/2012/06/kenapa-boleh-jadi-macam-tu.html
No comments:
Post a Comment