Isu Hangat !! : Anwar Pula Diliwat Wikileaks
Sunday, December 12, 2010
Ketua pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim berdepan dengan gelora besar selepas satu kabel Jabatan
Negara Amerika yang bocor, muncul hari ini, mendakwa bahawa pegawai
perisikan Singapura dan Australia percaya beliau memang terlibat dengan
perilaku dalam tuduhan yang sedang dihadapinya.
Kabel itu adalah salah satu
daripada 250,000 kabel diplomatik di antara Jabatan Negara Amerika
dengan kedutaannya di seluruh dunia yang telah didedahkan Wikileaks di
Internet.
Menurut akhbar Australia, The
Sun-Herald, kabel tersebut mendedahkan bahawa pegawai perisikan
Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew telah memberitahu pejabat
Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua
pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang
dihadapinya'. "
Dokumen tersebut menyatakan
bahawa mereka memberitahu ONA bahawa mereka membuat penilaian ini
berdasarkan ''technical intelligence", yang menurut The Sun-Herald
berkemungkinan berkaitan dengan komunikasi yang dipintas.
ONA juga mencatatkan sebagai berkata bahawa musuh-musuh politik Anwar merekayasa keadaan dari mana dakwaan liwat muncul.
"'ONA menilai, dan rakan
sejawatan mereka di Singapura setuju, bahawa 'itu adalah rekayasa dan
beliau mungkin menyedarinya, tetapi masuk juga ke dalamnya'," lapor The
Sun-Herald yang memetik kabel tersebut.
Benarkah dakwaan si beruk ini dia diliwat Anwar?
Anwar, 63, sedang dibicarakan
atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di
sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.
Anwar telah menafikan tuduhan
itu dan menyifatkannya sebagai usaha kedua kerajaan BN untuk menjejaskan
karier politiknya. Beliau telah dipenjarakan pada 1999 atas tuduhan
yang sama.
Sumber : Portal Peliwat
Taming Sari : Biasa le Anwar dah nafipun laporan di atas ini. Baca sini.
Sehingga Saiful sudah bersumpah, Anwar masih mempertahankan benang yang
basah. Allah itu maha mengetahui wahai Anwar Ibrahim. Sepandai-pandai
tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Hari ini satu lagi gelombang
sudah muncul yang bakal menenggelamkan kau dan menelanjangkan kejahatan
kau Anwar. Itupun kau masih nak mencari helah.
Yang sedapnya ....... kau, yang merananya orang lain. Maruah beb !! Adakah doa Saiful di Mekah sudah termakbul?
Wallahhualam.
Penulis,



No comments:
Post a Comment