Monday, January 23, 2012

Penyokong BN Di Khianati: Maki Hamun Najib Apahal? Rampas Tanah Dan Hak Melayu ? Filed Under ( berita pisau ) by pisau on 22.1.12 Isu ini harus diambil perhatian serius oleh Ds Najib,pengambilan tanah oleh pihak MRCB secara haram harus disiasat. Menteri Wilayah jangan menjadi barua kepada buaya buaya yang melahap setiap inci tanah milik orang melayu.Apabila bantahan sebegini berlaku apakah kita perlu marahkan orang lain sedangkan penyangak dan penyamun sibuk menjarah hak rakyat didalam kerajaan sendiri. Jangan rosakkan aspirasi perjuangan BN dan Umno membantu rakyat dengan ketamakan segelintir penyangak. Kepada blogger BN,isu ini jangan dipandang ringan,kita jangan berlaku hipokrit apabila menyalahkan DAP menghalau orang melayu dalam masa yang sama penyangak didalam kerajaan merampas setiap inci tanah melayu . Tuntutan geran oleh mereka ini sejak puluhan tahun diatas tanah lombong ditolak,kemudian tiba tiba MRCB menggunakan kabel orang dalam memohon geran terus dapat merampas tanah mereka. Jangan khianati penyokong sendiri! Tindakan harus diambil dengan segera! Update: Selanjutnya baca artikel Sanggah Tok Janggut : Tapak tanah HSD 118118,No Lot PT 9311 pada keluasan 33112 meter persegi yang menjadi rebutan pemaju dan telah pun diluluskan pembermilikan telah mengundang kemarahan yang bukan sedikit kepada pengusaha terbabit hingga mereka melancarkan tunjuk perasaan menentang pengambilalihan tanah tersebut untuk tujuan pembangunan, yang mereka sifatkan sebagai satu rompakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan didalangi oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Tapak tanah tersebut telah diluluskan Lesen Menduduki Sementara pada tahun 1995 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk tujuan tapak bengkel bagi menempatkan bengkel-bengkel yang terlibat dengan projek Transit Aliran Ringan sehingga tahun 2007 dan DBKL memberikan alasan bahawa beliau mereka tidak menerima sebarang permohonan daripada pengusaha bengkel selepas tahun itu sedangkan dalam memorandum yang dihantar kepada Perdana Menteri jelas menunjukkan bahawa mereka pernah memohon tetapi kerana tanah tersebut adalah tanah bekas tapak lombong,nombor-nombor lot gagal dikeluarkan tapi bila permohonan dibuat oleh syarikat,boleh pula dikeluarkan lot-lot dari tapak tanah itu. Tanah tersebut diluluskan permohonan yang tidak sampai setahun kepada pemohon iaitu syarikat 59iNC Sdn Bhd tanpa mengambil kira kepentingan pengusaha terbabit yang mengusahakan tanah itu daripada lombong terbiar kepada satu kawasan industri dan notis perpindahan yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat guaman mewakili syarikat ini sebagai satu tindakan ala gansterisme walaupun tercatat syarat bahawa pengusaha ini perlu diberikan kawasan baru dan ganjaran setimpal hasil usaha mereka membangunkan tanah tersebut setelah diberikan Lesen TOL oleh DBKL. Kemarahan pengusaha sukar dibendung Kita tidak tahu atas sifat dan mekanisme apa yang digunakan oleh JawatanKuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan yang diPengerusikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan,Raja Nong Chik semudah itu meluluskan permohonan pemberimilikan tanah kerajaan kepada syarikat ini dalam keadaan yang dilihat cukup tergesa-gesa dan boleh menimbulkan prasangka dan kita hairan dengan jawapan yang diberikan oleh pihak Menteri Wilayah Persekutuan bahawa mereka tidak boleh mencampuri urusan tanah tersebut kerana bukan berada di kawasan Parlimen mereka sedangkan kelulusan diberikan adalah pada zaman pemerintahan Raja Nong Chik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan?Jawapan yang cukup bodoh serta meloyakan!:Klik sini Pisau kata "gunakan kuasa sebaik mungkin,yang hak harus dipertahankan,Umno harus ambil perhatian serius dalam isu ni" Related Posts : berita pisau Saman Parking Paling Mahal Di Dunia Penyokong BN Di Khianati: Maki Hamun Najib Apahal? Rampas Tanah Dan Hak Melayu ? Read more: http://www.pisau.net/2012/01/penyokong-bn-di-khianatiayahanda-maki.html#ixzz1muREZZa1

No comments:

Post a Comment