PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Friday, February 3, 2012
Lupakah PAS akan kisah Al Maunah di Sauk Perak?
Posted by The Unspinners at 11:30 AM
Sememangnya menjadi pendirian Pakatan Khawarij sejak dari dahulu lagi tidak akan bersetuju dalam setiap tindakan awal oleh pihak pemerintah dalam isu yang melibatkan keselamatan negara.
Terbaru, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, mahukan pemerintah menunjukkan bukti kewujudan sentimen pengganas di dalam IPT. Malah tambahnya lagi, isu pengganas di IPT ini merupakan satu isu yang cuba diwujudkan oleh pemerintah bagi mengalihkan tumpuan orang ramai terhadap beberapa isu yang dikatakan 'hangat'.
Kenyataan yang sama dikeluarkan oleh seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar. Malah beliau mencabar pemerintah untuk mendedahkan butir-butir keterlibatan pengganas di dalam IPT. Malah kenyataan kedua-dua tokoh ini turut disokong oleh ahli-ahli Parlimen PAS yang lain.
Pas...Pas.....
Kalau ikutkan, ini sudah kali kedua kalian membuat satu kenyataan tanpa menilai kesilapan yang pernah kamu lakukan pada waktu dahulu. Ingatkah kalian tatkala Malaysia masih lagi ditadbir oleh TUN DR. MAHATHIR, satu peristiwa keganasan telah berlaku di daerah SAUK, yang melibatkan Kumpulan Al-Maunah?
Mungkin kalian lupa dengan kumpulan ini. Tidak menjadi masalah. penulis akan ingatkan kembali mengenai kumpulan AL-MAUNAH yang satu ketika dahulu pernah menggegarkan MALAYSIA.
AL-MAUNAH
Al-Ma'unah adalah sebuah organisasi (pengganas) militan di Malaysia yang terkenal dengan keberaniannya melakukan pencerobohan nekad ke atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000 dan melarikan sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan. Kumpulan tersebut kemudiannya mendirikan pangkalan rahsianya di kawasan hutan berhampiran perkampungan di Sauk, Perak dan terlibat dalam pertempuran di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
ORGANISASI
Nama penuh organisasi tersebut dikenali sebagai Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Ma’unah. Laman web organisasi tersebut dikenali sebagai Al-Ma’unah dalam singkatan, sebuah pertubuhan yang terlibat dalam ilmu persilatan yang turut menggunakan tenaga dalaman dan mempelajari ilmu perubatan tradisional Islam". Menurut jangkawaktu kononnya "Ma’unah" bermaksud sesuatu yang amat luarbiasa akan berlaku pada golongan sederhana orang Islam (paranormal). Pertubuhan ini dikatakan mempunyai keahlian seramai 1000 ikhwan yang berpusat di Malaysia, Brunei, Singapura, Mesir dan Arab Saudi.
PENGEPUNGAN TENTERA DI SAUK
Mohamed Amin bin Mohamed Razali yang merupakan pemimpin kepada 29 ahli kumpulan Al-Ma'unah mengetuai misinya untuk menggulingkan kerajaan Malaysia. Kumpulan ini, termasuk seorang Mejar daripada Tentera Darat Malaysia. Mereka berpakaian pegawai kanan tentera dan berlagak melakukan pemeriksaan mengejut ke atas Kem Batalion 304 Rejimen Askar Wataniah di Empangan Temenggor, Gerik, Perak. Mereka berjaya memperdayakan anggota tentera disitu dan melarikan senjata-senjata dikem tersebu.
Mereka sebelum ini memperolehi maklumat kelemahan sistem keselamatan kem tentera melalui pelbagai jalan keluar dan melindungi tiga unit kenderaan pacuan empat roda Pajero. Kenderaan Pajero yang dikatakan sama digunakan oleh tentera diwarnakan dengan warna hijau dan menggunakan nombor pendaftaran palsu disebuah garaj rumah di Kati, untuk digunakan khas sebagai kenderaan masuk kumpulan tersebut.
Baca seterusnya di Pena Minang sini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment