Saturday, April 21, 2012

Rumah Allah Dijadikan Medan Penyebaran Aktiviti Songsang Saturday, April 21, 2012 Risalah BERSIH yang diedarkan di sebuah Masjid di Selangor semalam. Gambar ini diemelkan kepada Gomo oleh seorang muslim yang bersolat Jumaat di Hulu Selangor. Kata beliau: "Sedang duduk mendengar Khutbah orang dibelakang saya mencuit bahu saya dan kemudiannya memberikan kertas yang dilipat. Saya mengambil kertas tersebut tampa rasa curiga dan apabila membukanya alangkah terkejut kerana mendapati kertas yang diberikan kepada saya itu adalah risalah BERSIH yang mengajak rakyat menyertai BERSIH" "Sungguh saya kecewa apabila ada yang begitu taksub sehinggakan rumah Allah dijadikan bahan kempen dengan tindakan sedemikian. Apakah sudah hilang kewarasaan mereka ini dalam melaksanakan kewajipan sebagai umat Islam sehingga lupa membezakan yang mana medan politik dan yang mana medan ugama?" Saya hanya mampu mengucap panjang dan dengan kejadian semalam. Semoga pekara sebegini tidak lagi berulang didalam rumah Allah dalam menyebarkan dakyat serta politik yang tidak ada kena mengena dengan Islam". Kiriman Emel Dari Hulu Selangor Psssttt... Apa nak jadi dengan mereka pelampau sebegini sampaikan Rumah Allah dijadikan tempat berkempen menentang Kerajaan Islam. from..http://www.papagomo.com/

No comments:

Post a Comment