Saturday, June 16, 2012

Islam Versi PAS Terjemahan Di Kelantan

Saturday, June 2, 2012

Islam cara PAS sangat jelas diterjemahkan di dalam pemerintahan mereka di Kelantan. Usia pemerintahan mereka bukan singkat, tetapi menjangkau usia 22 tahun. Satu usia yang bukan muda lagi tetapi matang untuk menjadi pemerintah yang lebih mantap dan sempurna. Rakyat Kelantan juga sepatutnya matang menilai kredibiliti dan ketelusan kerajaan PAS pada usia sebegini. 
 Apa yang diperjuangkan PAS kononnya mahu mendaulahkan sebuah negara Islam. Jadi di dalam konteks negeri Kelantan, mereka mahukan Kelantan menjadi sebuah negeri Islam yang di dalamnya mengunakan pemerintahan bercorak Islam. Tetapi selama 22 tahun, mungkin inilah hasil Islam yang mereka war-warkan dan perjuangkan. PAS Kelantan kerap menganjurkan solat hajat perdana dan berdoa agar negeri itu makmur dan sejahtera, tetapi sejauhmana mereka berusaha untuk memakmurkan negeri itu? 
Di dalam bidang ekonomi, PAS Kelantan GAGAL membawa agenda perubahan malah ekonomi negeri Kelantan paling mundur dan kurangnya peluang pekerjaan. Kadar pengangguran di Kelantan kalau diikutkan tinggi tetapi kerana rakyatnya bertindak untuk berhijrah ke negeri lain, jadi penganggur di negeri mereka berkurangan. Peluang-peluang ekonomi juga kurang melainkan kroni dan berkepentingan sahaja mampu untuk terus hidup di Kelantan. 
Gagalnya kerajaan PAS menjana pendapatan negeri menyebabkan mereka gagal membangunkan prasarana yang baik untuk rakyatnya. Walhal jika kita lihat ke atas struktur geografi di negeri itu, Kelantan amat berpotensi untuk ceburi hub industri berat, pelancongan dan agrotourism. Kelantan sepatutnya memiliki pelabuhan antarabangsa kelas dunia berikutan kedudukan mereka sebagai pintu masuk pedagang dari China. Tetapi apa yang kita boleh lihat di Kelantan ini amat menghairankan. PAS gagal merencana apa-apa peluang ekonomi. Apabila hampir sahaja pilihanraya, mereka buat macam-macam projek mimpi. Paling tidak releven, mereka minta rakyat Kelantan menangung kos 1.2 billion untuk membina lebuhraya Kota Bharu- Kuala Krai melalui derma. Sudahlah masalah air di negeri itu gagal diselesaikan, malah 50 peratus rumah di Kelantan tidak mendapat kemudahan air. Manakala 50 peratus lagi gagal mendapat kemudahan air bersih. Apa tindakan objektif PAS? Mereka hanya berpeluk tubuh dan mengharapkan ehsan kerajaan BN untuk menyelesaikan isu ini. Jadi apa relevennya mereka lagi sebagai kerajaan negeri? 
Dari segi sosialnya, suasana di Kelantan tidak kurang bezanya dengan negeri-negeri lain. PAS mudah menyalahkan Kerajaan BN di dalam isu ini kononnya gagal mengawal media. PAS sebenarnya lupa bahawa ombak globalisasi dan dunia tanpa sempadan lah punca kepada rempuhan minda generasi Y dan sukar dikawal oleh mana-mana kerajaan di dunia. Walaubagaimanapun Kerajaan BN sudah banyak melakukan benteng dengan menapis setiap hiburan di dalam media. Sumbangan dan kerjasama media swasta yang turut menyediakan saluran alternatif berbentuk keislaman seperti Astro Oasis dan Tv AlHijrah diharap mampu mengimbangi kemasukan anasir hiburan lain ini. Jadi mengapa Kerajaan juga disalahkan? 
Orang-orang Kelantan terkenal dengan sikap eksrimis. Di kala negara sedang menuju ke abab 22 yang kian mencabar, masih ada di kalangan orang Kelantan, bergaduh dengan berparang dan bertetak sesama sendiri di kalayak ramai. Dimana letaknya kematangan mereka? Sikap ini bukan dibentuk oleh UMNO tetapi PAS sendiri yang sentiasa menanam perasaan benci di dalam diri pengikutnya atas setiap kebaikan yang dilakukan oleh UMNO. Kejian, makian dan penghinaan yang diterjemahkan di dalam setiap siri ceramah mereka menyerapkan budaya negeatif di dalam diri orang Kelantan. Sudah 22 tahun, tetapi Kelantan GAGAL menterjemahkan Islam versi PAS. 
Kegagalan mereka itu bukan kerana silap orang lain tetapi silap PAS itu sendiri. Ideologi yang mereka bentuk bukan untuk orang Islam dan kepentingan Islam tetapi ia dibentuk untuk menipu orang Islam bagi memilih mereka sebagai pemerintah. Kuasa lebih penting dari segalanya dan ini dibuktikan dengan angkuhnya mereka menolak perpaduan sesama Islam iaitu dengan UMNO. Jelas lagi bersuluh takutnya mereka untuk bersama UMNO kerana mereka takut kuasa yang ada pada mereka hari ini hilang. Jika kuasa hilang, susahlah mereka untuk menghisap darah rakyat dan memerah kekayaan untuk kroni dan keluarga mereka. 
Wallahhu'alam. 
 Penulis,

No comments:

Post a Comment