PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Saturday, October 29, 2011
Kenapa orang membeli di internet
inShare
Konsep perniagaan internet sebenarnya banyak membantu orang ramai menyelesaikan masalah kehidupan mereka. Walaupun bukan secara keseluruhan kehidupan kita, tetapi ianya masih memberi kita kemudahan dalam soal urusniaga. Selain daripada membeli barang, urusniaga seperti pembayaran bil dan pemindahan wang, ianya dapat dilakukan dengan mudah dan selamat melalui internet. Melalui post kali ini saya nak menceritakan serba sedikit sebab kenapa orang membeli di internet ataupun berurusan di internet.
1. Mudah
Tersangat mudah itu yang boleh saya katakan. Mungkin kalau pertama kali berurusan di internet memanglah agak nampak susah tapi lama kelamaan ia akan jadi lebih senang. Kita hanya perlukan talian internet dan komputer untuk melakukan urusniaga. Lebih maju sekarang access kemudahan internet boleh didapati di dalam telefon seperti iphone, maka segalanya akan jadi lebih mudah.
2. Tiada had masa
Membeli di internet tiada had masa yang ditentukan, tidak seperti waktu pejabat 9 hingga 5. Kita boleh membeli pada waktu mana sekali pun malam, petang atau pagi, boleh katakan hampir 24 jam. Kalau kita bekerja di siang hari, maka pada sebelah malamnya kita boleh gunakan masa kita untuk membuat pembelian.
3. Tidak perlu beratur
Ada sesetengah orang tidak mahu banyak masalah dalam kepala mereka. Sebenarnya kebanyakkan orang malas untuk beratur di tambah dengan masalah kesesakan kereta, parking dan macam-macam lagi. Oleh itu medium internet sebagai jalan penyelesaian kepada mereka yang fedup kepada masalah-masalah tersebut.
4. Malu
Perasaan malu juga antara faktor yang mendorong orang membeli di internet. Sebagai contoh, saya seorang yang gemuk dan berhasrat sangat untuk membeli produk yang dapat kuruskan badan saya. Walaupun ada di jual di kedai-kedai, tetapi perasaan malu saya lebih kuat daripada keinginan saya. Saya berasa malu untuk bertanya kepada penjual di kedai tersebut kerana takut diketawakan secara sinis. Penyelesaiannya saya beli sahaja di internet, siapa pun tak tahu keadaan saya yang gemuk ni. Sifat-sifat yang ada kepada manusia juga memberi kebaikan kepada perniagaan internet.
5. Tidak perlu jumpa orang
Kadang-kadang orang yang nak membeli juga malas nak berjumpa dengan penjual. Bukan sebab apa nanti penjual tu pasti akan cakap banyak dan melalut-lalut. Jadi untuk mengelakkan masalah tersebut membeli di internet sebagai jalan penyelesaiannya.
Itulah serba sedikit yang dapat saya senaraikan di sebab mengapa orang membeli di internet. Sebenarnya ada lagi sebab-sebabnya, tetapi di sini saya hanya pilih antara sebab-sebab utama sahaja mengikut pemerhatian saya. Oleh itu faktor-faktor yang saya senaraikan tadi adalah peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjalankan perniagaan internet.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment