PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Monday, December 12, 2011
GOMBAK, 19 Mei: Anggota Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin yang dijatuhkan hukuman sebulan penjara serta denda RM1,000 selepas bersalah berpoligami tanpa kebenaran kini menghadapi tekanan semakin hebat agar meletakkan jawatannya.
Ini kerana, masyarakat tidak boleh menerima ‘pembuat undang-undang’ adalah juga ‘pelanggar undang-undang’.
Bung Moktar hari ini dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran dan bersubahat atas kesalahan tersebut.
Beliau juga didenda RM1,000 bagi satu lagi tuduhan.
Bung Moktar berhadapan dengan satu lagi hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini.
Isteri keduanya, pelakon Zizie Izette Abd Samad pula didenda RM1,000 bagi setiap dua kesalahan.
Zizie juga menghadapi hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini.Hukuman dijatuhkan oleh hakim syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad.
Semasa dibicarakan semalam, sekumpulan NGO wanita, Kumpulan Bertindak untuk Kesetaraan Gender (JAG) mendesak supaya Bung mengosongkan kerusi parlimennya. Ini kerana, sebagai salah seorang pembuat undang-undang, adalah tidak wajar beliau sendiri yang melanggarnya.
Bung yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) BN, didakwa memberikan nama buruk kepada institusi itu dan juga BN.
Jurucakap JAG, Maria Chin Abdullah berkata, ahli parlimen Kinabatangan itu tidak sepatutnya melanggar undang-undang kerana ia memberi mesej yang tidak baik kepada masyarakat.
“Bung Moktar perlu meletak jawatan, dan tidak sepatutnya mewakili rakyat Malaysia lagi.
“Itu langkah terbaik,” katanya ketika bercakap kepada wartawan di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam.
Bagi beliau, poligami tanpa kebenaran juga merupakan satu bentuk penghinaan kepada golongan wanita.
Semasa sidang Dewan Rakyat, Bung Mokhtar dikira antara ahli yang bermulut lancang khasnya terhadap rakan anggota Parlimen dari kalangan wanita.
Sebelum ini, beliau menjadi sasaran anggota Parlimen wanita DAP apabila memainkan isu haid wanita.
Like
Be the first to like this post.
Tinggalkan Komen
Tinggalkan Komen »
Tiada komen.
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan Jawapan
Enter your comment here...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment