Monday, October 31, 2011

Tokoh Mukmin RSS Feed Ummu Sulaim binti Malhan June 23, 2011 in Tokoh Mukmin with 0 Comments Nama sebenar beliau Rumaisha’, Ummu Sulaim binti Malhan bin Khalid bin Zaid bin Haram bin Jundub bin Amir bin Ghanam bin ‘Ady bin Najjar al-Anshariyyah al-Khazrajiyyah. Beliau adalah seorang wanita yang memiliki sifat keibuan dan cantik, dirinya dihiasi pula dengan ketabahan, kebijaksanan, lurus pemikirannya, dan dihiasi pula dengan kecerdasan berfikir dan kefasihan serta berakhlak mulia, sehingga cerita yang baik ditujukan kepada beliau dan setiap lisan memuji atasnya. Kerana beliau memiliki sifat yang agung tersebut sehingga mendorong Malik bin Nadlar untuk mengahwininya. Dari hasil pernikahannya ini, lahirlah Anas bin Malik, salah seorang sahabat yang agung. Continue Reading… Penghulu Wanita Syurga – Sayidatina Fatimah February 23, 2011 in Tokoh Mukmin with 0 Comments Dia membesar dalam suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu, dialah yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci, mengemas rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya. Di sebalik kesibukan itu, dia juga adalah seorang yang paling kuat beribadah. Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang Sayidatina Fatimah daripada bermunajata dan beribadah kepada Allah SWT. Malam- malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan sembahyang, puasa, membaca Al Quran dan lain-lain. Setiap hari, suara halusnya mengalunkan irama Al Quran. Continue Reading… Ahmad Deedat : Tokoh Yang Sukar Dicari December 27, 2010 in Tokoh Mukmin with 0 Comments Ahmed Deedat dilahirkan di Surat, India pada tahun 1918 M. Ketika dilahirkan, ayahnya Hoosen, seorang tukang jahit telah pun berhijrah ke Afrika Selatan. Maka dengan sebab itu, Ahmed Deedat tidak mempunyai maklumat yang jelas tentang ayahnya. Ahmed Deedat sejak kecilnya hidup dalam suasana kegawatan, kepertitan, kemiskinan, tanpa pendidikan dan sebagainya yang akhirnya memaksa beliau untuk berhijrah ke negara lain. Continue Reading… Al Sayyid Quthub – Syahid Di Tali Gantung December 19, 2010 in Tokoh Mukmin with 0 Comments Tidak lama setelah pembunuhan terhadap Hasan Al-Bana, terjadilah penangkapan besar-besaran terhadap anggota Ihwanul Muslimin oleh regim Nasser, yang beliau waktu itu menjawat tugas Perdana Menteri dan Ketua Dewan Revolusi Mesir. Anggota Ikhwanul Muslimin yang ditangkap ketika itu sebanyak 10,000 (sepuluh ribu) anggota dan seluruhnya dimasukkan ke dalam penjara, termasuk mereka yang berjasa dalam perang melawan Inggeris di Suez. Baru 20 hari sejak penangkapan besar-besaran itu, terdapat 1,000 orang tahanan anggota Ikhwanul Muslimin yang mati akibat seksaan dan penganiayaan. Dan 6 (enam) orang yang dijatuhi hukuman mati. Di antara anggota-anggota Ikhwanul Muslimin yang ditahan dalam penjara itu adalah Hakim Dr. Abdul Qadir Audah, Muhammad Faraghali, dan Sayyid Quthub. Para tahanan itu tidak sedikit yang dijatuhi hukuman penjara antara 15 tahun sampai seumur hidup, dan juga hukuman mati, dan kerja paksa memotong dan memecah batu-batu di gunung-ganang. Continue Reading… Dr. Abdul Aziz Rantisi – Sang Doktor Pembawa Obor Jihad October 18, 2010 in Tokoh Mukmin with 0 Comments Pada 17 April 2004 pulanglah seorang syahid menemui Kekasih yang didambakan. Satu tribute untuk as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi Kita sering tercari-cari siapakah di kalangan manusia pada hari ini yang boleh dijadikan contoh ikutan dalam perjuangan menegakkan kalimah al-Haq. Kita mahu mencontohi beliau baik dari sisi istiqamahnya, baik dari segi tsabatnya, baik dari segi jihad, kesungguhan dan pengorbanannya. Continue Reading… Imam Ahmad Bin Hambal Diseksa Dan Dipenjarakan October 9, 2010 in Tokoh Mukmin with 0 Comments Imam Ahmad bin Muhammad bin Hambal. Beliau adalah Imam yang keempat dari fuqahak Islam. Beliau memiliki sifat-sifat yang luhur dan tinggi. Ahmad bin Hambal dilahirkan di Baghdad pada bulan Rabiul Awal tahun 164H. Beliau termasyhur dengan nama datuknya Hambal, kerana datuknya lebih masyhur dari ayahnya. Ibnu Hambal hidup dalam keadaan miskin, kerana ayahnya hanya meninggalkan sebuah rumah kecil dan tanah yang sempit. Beliau terpaksa melakukan berbagai pekerjaan. Beliau pernah bekerja di tempat tukang jahit, mengambil upah menulis, menenun kain dan kadangkala mengambil upah mengangkat barang-barang orang. Beliau lebih mementingkan makanan yang halal lagi baik dan beliau tidak senang menerima hadiah-hadiah. Continue Reading… Imam As-Syahid Hasan Al-Banna October 4, 2010 in Tokoh Mukmin with 0 Comments Hassan al Banna, Pengasas Ihkwan Muslim – Muslim Brotherhood Hassan al Banna (14 Oktober 1906 - pada petang 12 Febuari 1949) merupakan reformis sosial dan politik Mesir yang terkenal sebagai pengasas gerakan Jamiat Islam al- Muslimun. Hassan al Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah). Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati. Continue Reading… Ibnu Athiyyah October 3, 2010 in Tokoh Mukmin with 0 Comments Ibnu Athiyyah nama sebenarnya Abu Muhammad Ab Haq bin Ghalib bin ‘Athiyyah al-Andalusiy. Lahir pada 481 H- 541 H. Berasal dari keluarga Arab iaitu datuknya Athiyyah bin Khalid bin Khifaf al-Muharibiy yang terlibat dalam pembukaan Andalus ( Spain ). Bapanya adalah al-Hafiz Abu Bakar Ghalib bin Ab Rahman bin Ghalib al-Andalusiy al-Gharnatiy al-Maliky antara ulama Andalus terkemuka pada zamannya. Beliau disifatkan oleh Ibn Basykuwal dalam al-Silat dan al-Zahabiy dlm Siyar A’lam al-Nubala` merupakan seorang yang mempunyai daya ingatan yang cukup luarbiasa, mengetahui hadith, ilalnya dan asmak al-rijalnya. Beliau telah mengulang pembacaan al-Jamik al-sahih lil Bukhari sebanyak 700 kali. Ibn ‘Athiyyah lahir sejurus lepas kemenangan tentera al-Murabitin pimpinan Yusuf bin Tasyifin ke atas kristian, dan sekaligus ke atas pimpinan golongan Tawaif yang memerintah mengikut kepentingan masing – masing yang sebenarnya mempelawa Kristian membantu mereka untuk memerangi muslim yang lain. Beliau telah berguru dengan kebanyakan ulama Andalus terutamanya ayahnya sendiri, al-Hafiz al-Naqid Abu Ali al-Ghassaniy, al-Hafiz Abu Ali al-Sadafiyy, al-Imam al-Muqri’ Ibnul Bazisy dan al-Faqih Abu Muhammad Ab Rahman bin Muhammad bin Attab al-Qurtubiy. Beliau telah menulis al-Quran selepas memikirkan beberapa ketika tentang kemampuannya dalam ilmu lantas beliau mendapati kemahiran berbahasanya mendesak beliau agar menulis tafsirnya ini. Bapanya al-Hafiz Abu Ghalib Bin Ab Rahman turut menjadi pendorong utama beliau dalam penulisan di mana ayahnya yang tercinta ini sering menggerakkannya sehingga sehingga 2 kali pada waktu malam agar menyempurnakan tulisan tafsirnya. Akhirnya kitab tafsir tersebut telah diterbitkan penuh dengan fakta daripada ayat-ayat yang mempunyai kesalingan yang rapat dengan ayat itu di samping hadis – hadis yang menyokongnya. Beliau kemudiannya akan memberikan pandangannya terhadap sesuatu masalah itu yang menampakkan kemampuan ilmunya yang begitu tinggi. Kitab tafsir beliau itu dinamakan sebagai al-Muharrar al-Wajiez ( Karangan yang ringkas ). Al-Zahabiy menjelaskan dalam Siyar A’lam al-Nubala` bahawa Ibn Athiyyah telah dibenarkan berfatwa seawal usianya 13 tahun tetapi kerana sifatnya yang wara’ menyebabkan beliau masih lagi mengelilingi negara Andalus untuk berguru dan bermuzakarah dengan tuan – tuan guru yg masih ada pada zamannya. Pada usianya 20 tahun beliau telah mula menduduki tempat yang mulia di kalangan ahli Andalus. Pada tahun 529 beliau telah dipilih menjadi Qadhi di bandar al-Muryat iaitu pada akhir zaman al-Murabitin. Kata Ibn Furhun dalam al-Dibaj al-Muzhib beliau terkemuka sebagai seorang hakim yang adil, matang dalam keputusannya dan berhati – hati. Beliau memegang amanah jawatan ini selama melebihi 10 tahun. Beliau meninggal dunia pada usia 60 tahun pada pertengahan Ramadhan 541 H. Kebanyakan ulama dari Andalus yang datang selepasnya telah dipengaruhi oleh gaya penulisannya. Ini termasuk al-Qurtubiy, Ibn Juzay , Abi Hayyan dan al-Tha’alibiy. Semoga Allah merahmati Ibn Athiyyah dengan sumbangannya menerusi karya-karya beliau yg sering menjadi rujukan golongan terkemudian terutamanya dalam bidang tafsir. Hamka October 2, 2010 in Tokoh Mukmin with 0 Comments Permata Nusantara Haji Abdul Malik Bin Haji Abdul Karim Amarullah ( HAMKA). Nama sebenar beliau adalah Almarhum Haji Abdul Malik Bin Haji Abdul Karim Amarullah atau dikenali sebagai Prof. Dr Hamka adalah ulama besar Nusantara yang sangat terkenal. Lebih-lebih lagi beliau berasal dari tanah Minangkabau yang mempunyai pertalian rapat dengan masyarakat yang mengamalkan adat perpatih di Negeri Sembilan. Ramai orang di negara kita terutamanya yang berminata dengan pembacaan pasti mengenali tokoh ilmu ini menerusi karya-karya beliau yang paling tersohornya adalah Tafsir al-Azhar yang merupakan kefahaman beliau kepada ayat-ayat al-Quran serta pengalaman beliau menyampaikan Islam di seluruh dunia.Manakala generasi Islam yang terdahulu pernah menyaksikan penampilan beliau di televisyen dengan gaya dakwah yang cukup berhikmah lagi menyentuh hati dengan ulasan berpandukan ayat-ayat al-Quran dan Hadis-hadis Nabi saw yang disampaikan dengan tamsilan-tamsilan yang mudah difahami . Continue Readin

No comments:

Post a Comment