PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Tuesday, December 27, 2011
Bila Lagi Hendak Menguatkuasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan?
27 02 2011
Dari Cikgu Taufiq – BAHASA ITU INDAH, pautnya DI SINI. Artikel ini sudah diterbitkan sejak penghujung tahu lepas. Hari ini, apa tindakan yang sedang diambil oleh kerajaan dalam usaha untuk memperkasakan Bahasa Kebangsaan?
ISU BAHASA : PLM sokong denda jika perlekehkan bahasa Melayu
Jumaat, 2010 Disember 31
PERSATUAN Linguistik Malaysia (PLM) menyokong penguatkuasaan denda jika tidak menggunakan atau memperlekeh bahasa kebangsaan dengan mengabaikan bahasa Melayu bagi semua sektor awam dan swasta mulai tahun depan seperti dinyatakan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Ahmad Termuzi, baru-baru ini.
PLM berharap usaha memartabatkan bahasa kebangsaan benar-benar dilakukan dengan memastikan apa saja bahan cetakan sama ada papan iklan, gegantung, pengumuman, brosur, manual penggunaan barangan seperti mesin bukan saja ada versi bahasa Melayunya tetapi diletakkan pada bahagian atas sekali atau halaman pertama sebagai tanda keutamaan bahasa rasmi negara ini.
Semua barangan untuk eksport juga tidak patut dikecualikan di samping bahasa Inggeris atau bahasa negara sasaran yang sememangnya patut digunakan. Bagi barangan import, syarat yang sama perlu dikenakan dan hal ini tidak menjadi masalah bagi negara pengeksport dalam dunia berteknologi canggih sekarang.Terjemahan hanya sekadar di hujung jari. Contohnya, komputer yang dieksport ke Thailand atau negara Timur Tengah lengkap tersedia dengan perisian berbahasa Thai atau Arab yang disediakan pengeluarnya di samping bahasa Inggeris.
Justeru, bukanlah suatu yang sukar bagi pengeluar untuk diminta berbuat perkara sama bagi barangan import ke negara ini. Justeru, industri terjemahan bahasa asing ke bahasa Melayu dan dari bahasa Melayu ke bahasa asing dapat digiatkan secara lebih agresif.
Secara langsung dan tidak langsung, bahasa Melayu dapat menjadi komoditi bagi tujuan eksport dan import serta dapat menerobos ke pelbagai negara di seluruh dunia.
KAMAL SHUKRI ABDULLAH SANI,
Timbalan Presiden,
Persatuan Linguistik Malaysia.
Sumber : http : //www.bharian.com.my/
Comments : 1 Comment »
Tags: Penguatkuasaan
Categories : Bahasa Kebangsaan
Multiculturism – Malaysia ketinggalan zaman?
25 02 2011
Mampukan penyatuan dicapai melalui perbezaan, “Unity in Diversity” sedangkan rata-rata negara di dunia ini mengamalkan konsep “SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA” sejak dari dahulu lagi? Malah negara-negara yang cuba “eksperimen” dengan konsep “multicuturism” seperti Jerman dan United Kingdon telahpun kini mengaku bahawa konsep ” multiculturism” ini telah gagal untuk membina negara yang bersatu padu di atas landasan yang sama. Paling senang ialah dengan melihat bahasa yang pelbagai yang akan membuatkan rakyat tidak memahami di antara satu sama lain.
Sebuah tulisan yang menarik kami paparkan semula disini yang ditulis oleh DR. RIDHUAN TEE, pautan artikel beliau DI SINI.
Jangan menang sorak
Mingguan Malaysia 13 Feb 2011
Unity in diversity memang sedap disebut dan asyik didengar. Bagi yang berkepentingan, kata-kata ini dijaja merata-rata. Namun, bagi yang mengkaji, pahit untuk dibicara, jika fakta akademik terus disembunyikan demi kepentingan politik.
Lihatlah keberanian Perdana Menteri Britain, David Cameron minggu lalu, kenyataannya mengenai “multi-culturalism” yang selama ini menjadi polisi negara itu telah gagal dalam pembinaan negara bangsa. Katanya, kebebasan keterlaluan mengikut budaya dan cara hidup masing-masing secara berasingan tidak berjaya membentuk rakyat Britain yang diidamkan. Budaya yang dimaksudkan itu termasuk undang-undang dan peraturan peraturan yang sedia ada.
Kini, mereka yang ingin tinggal di Britian didesak supaya menghormati budaya British (majoriti), yang dikenali dalam sejarah sebagai “luas pemandangan” atau liberal. Kerajaan Britain bertindak mengejar mereka yang tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan kerana menimbulkan banyak masalah.
Walaupun ucapan tersebut dirujuk kepada orang Islam, tetapi implementasinya adalah untuk semua yang ingin mendiami di sana. Dalam kata lain, gesaan Cameron itu tidak banyak bezanya dengan kenyataan Tun Mahathir baru-baru ini yang berbunyi “Tanah Melayu adalah milik orang Melayu”. “Negara British adalah untuk orang British”. Justeru, budaya dan bahasa majoriti mesti didaulatkan dan diterima bagi mereka yang ingin hidup bersama dalam sebuah negara.
Secara kebetulan pula, saya baru sahaja menonton cerita Shaolin yang sedang hangat ditayangkan di pawagam. Kata-kata “negara China milik orang Cina” begitu jelas sekali diungkapkan oleh hero filem Shaolin, Andy Lau. Babak tersebut langsung tidak dipotong oleh Lembaga Penapis Filem, walaupun dari sudut pembinaan jati diri, babak tersebut sepatutnya boleh dipotong. Begitulah liberalnya kita hidup dalam negara berbilang kaum. Saling hormat-menghormati.
Justeru, apakah salah jika Tun Dr Mahathir berkata “Tanah Melayu adalah milik orang Melayu” dari segi fakta akademik? Sama ada Mahathir Melayu tulin atau tidak, serangan peribadi yang selalu dilakukan, itu bukanlah persoalan utama. Sejarah memang tidak boleh dipadamkan, walaupun diungkap oleh sesiapapun. Ia mesti diperakui seperti kata Einstein. Itulah hakikat kejadian manusia yang dijadikan oleh Allah SWT.
Setiap negara ada sejarahnya sendiri. Rakyat Malaysia mesti mengakui negara ini adalah asal usulnya milik orang Melayu, termasuk Singapura. Sepatutnya, kita hendaklah berlapang dada menerima budaya dan bahasa masyarakat yang mendominasi itu.
Berbilang bangsa bukan berlaku secara semulajadi atau telah wujud berbilang bangsa sejak dunia ini diciptakan. Kajilah negara mana sekalipun yang berbilang bangsa, semuanya berlaku disebabkan oleh migrasi. Dengan makna, setiap negara atau sesebuah kepulauan, ada ‘penunggu’nya. Persoalannya, kenapa setiap kenyataan atau ungkapan hendak dipolitikkan?
Saya berada begitu mual apabila pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menggesa Perdana Menteri agar respons kepada kenyataan Mahathir mendakwa Malaysia hanya milik orang Melayu dan kaum-kaum lain perlu menghormati kedaulatan orang Melayu negara ini. Pendapat David Cameron pun hampir sama dengan Mahathir. Kenapa Cameron tidak dipertikaikan oleh mereka yang tinggal di sana? Saya yakin, pemimpin Britain berjaya melahirkan rakyat yang bersyukur.
Perdana Menteri tidak perlu memberi respon, kerana itu bukan pendapatnya? Ia datang daripada bekas Perdana Menteri, pendapat peribadi seorang negarawan. Mahathir bebas memberikan pendapat dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, seperti mana pembangkang dan orang lain memberikan pendapat.
Bacalah pendapat dan komen-komen dalam laman web Malaysianinsider, Malaysiakini, Malaysiatoday, cpiasia dan sebagainya. Pendapat mereka langsung tidak bertamadun. Tetapi ia terus disiarkan dengan megah oleh laman web tersebut dan diberi markah yang tinggi. Tiada tindakan diambil. Saya yakin jika mereka berada di Singapura, sudah lama dihumbankan ke dalam penjara. Kenapa mereka bebas menulis, orang seperti Mahathir tidak boleh?
Inilah nasib yang menimpa penulis seperti kami. Setiap kali menulis, keturunan kami dihina dan diungkit. Cacian dan makian yang kotor dihemburkan tanpa meneliti fakta terlebih dahulu. Saya tidak hairan, sebab masyarakat kita telah ditanam dengan pemikiran etnosentrik, prejudis dan stereotaip, yakni memandang rendah kepada cara hidup atau budaya orang lain. Pada segelintir golongan ini, budaya mereka sahaja yang baik, orang lain tidak.
Yang lebih memelikkan, kenapa bila DAP (termasuk PAP) mempertikaikan tentang kedudukan Islam dan menghina Islam, pemimpin Pakatan Rakyat tidak ditanya supaya memberi respon akan pendapat sekutunya itu? Malah dipuji pula pendapatnya.
Lebih menjijikkan, bila ada sahaja pendapat yang agak kontroversi, gagasan 1Malaysia dijadikan batu loncatan untuk mematahkan apa juga perkara yang dikira bertentangan dengan pendirian ultra kiasu ini. Tidakkah gagasan 1Malaysia mesti difahami dalam konteks sejarah negara ini dan perlembagaan yang telah dipersetujui bersama?
Saya boleh bayangkan jika tiadalah idea gagasan 1Malaysia, mereka akan cari seribu satu alasan untuk menghalalkan tindakan mereka.
Bukankah lebih baik kata-kata Mahathir itu dikaji dan hujahkan dari sudut akademik daripada memaki dan mencaci? Sekurang-kurangnya berlaku percambahan ilmu. Ini tidak, mereka seolah-olah tiada kerja lain, hanya mencari kesalahan dan kelemahan orang lain.
Saya ingin mencadangkan, selain daripada mengkaji sejarah asal-usul Tanah Melayu, pada masa sama, perbandingan sejarah hendaklah juga dibuat dengan negara lain.
Jika tidak mahu lihat negara jiran yang berdekatan, cuba tinjau negara yang berjauhan seperti New Zealand, Fiji, Australia dan sebagainya. Adakah negara ini berbilang bangsa dari segi asal-usul. Saya tidak perlu ulang lagi akan sejarah asal-usul Tanah Melayu, kerana nanti pembaca akan mengatakan seolah-olah saya sudah tidak ada idea lagi untuk menulis.
Di New Zealand, pribumi Maori tidak memerintah, tetapi diperintah oleh Pakeha, imigran kulit putih. Begitu juga di Fiji. Pribumi Fijian diperintah oleh imigran India. Namun, hak-hak pribumi tetap dijaga dan dipelihara, supaya tidak timbul konflik.
Malangnya, Maori dan Fijian telah terlambat, kerana mereka tidak memerintah tetapi telah diperintah. Apalah erti hak terjaga, jika kampung telah tergadai. Iktibar di dua negara ini perlu dijadikan teladan. Inilah yang menjadi ketakutan orang Melayu, setelah terlepasnya Singapura.
Saya yakin selepas ini, pihak ultra kiasu akan berhujah, pribumi Tanah Melayu adalah orang Asli, sama seperti Maori di New Zealand. Jika itulah hujahnya, maka saya berani mengatakan semua negara ada orang Asli.
Mahathir berkata lagi, nenek moyang negara ini memberikan orang Cina dan India taraf kewarganegaraan sebab mereka mengharapkan kedua-dua komuniti itu akan menghormati kedaulatan orang Melayu.
Kenyataan tersebut adalah benar berasaskan fakta sejarah. Ia tidak boleh diubah. Mahathir juga menekankan, bukan Melayu mesti menerima konsep Bangsa Malaysia untuk membantu memperkukuhkan perpaduan nasional. Jika orang Cina dan India terus melihat diri mereka berdasarkan negara asal mereka, maka ia bermakna mereka adalah imigran ke negara ini.
Dalam konteks politik, kenyataan ini memang tidak boleh dinafikan. Kiblat kita mesti Malaysia, bukan lagi negara lain jika benar-benar gagasan 1Malaysia hendaklah direalisasikan dengan jayanya. Pengorbanan setiap bangsa mesti dihargai, terutama pengorbanan orang Melayu.
Pengorbanan paling besar saya lihat apabila orang Melayu memberi laluan kepada bukan Melayu untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu, terutama kepada orang India (juga orang Cina). Mereka (India) langsung tidak ada kawasan majoriti, tetapi tetap diberi laluan untuk bertanding. Inilah toleransi yang tidak ada tolok bandingnya. Begitu juga pengorbanan bangsa lain dalam membangunkan bumi tercinta ini.
Malangnya toleransi sebegini tidak dihargai. Misalnya, ugutan dan desakan terus menerus dibuat. Kes novel Interlok adalah contoh jelas. Novel tersebut tidak kurangnya mengkritik orang Melayu yang dikatakan sebagai bangsa yang malas. Orang Melayu menerima seadanya. Tidak ada protes yang dibuat. Saya yakin kalau stereotaip ini dirujuk kepada bangsa lain, sudah tentu mereka akan lagi melompat.
Tindakan orang India menentang novel Interlok yang telah berusia 40 tahun, tanpa hujah kukuh, telah mengundang ketidakselesaan orang Melayu. Akibatnya, gabungan 138 NGO Melayu yang bernaung di bawah Majlis Perundingan Melayu (MPM) baru-baru ini, berikrar tidak akan memberikan sokongan kepada pemimpin India daripada pelbagai parti dalam mana-mana pilihan raya selepas ini.
MPM berpendapat, pemimpin dan aktivis kaum India telah memutarbelit dan berjaya mempengaruhi kerajaan untuk tunduk kepada ugutan dan tekanan dalam menangani kontroversi novel Interlok.
Inilah yang dikatakan menang pada sebelah pihak. Walaupun tuntutan ekstrim itu tidak terima sepenuhnya, yakni supaya novel Interlok diharamkan sebagai teks rujukan sekolah, tetapi mereka tetap menang. Kerana strategi mereka amat jelas iaitu buat tuntutan seekstrim-ekstrimnya, mereka tahu kerajaan tidak akan menerima semua yang diminta atau bersetuju sepenuhnya. Tetapi, kerajaan akan memberi sedikit atau bersetuju sebahagian. Pemberian sedikit atau sebahagian itu sebenarnya adalah kemenangan mutlak mereka.
Ini menunjukkan betapa lemahnya kita dalam menangani isu-isu etnik yang terlalu berkompromi dengan mereka ini sehingga sanggup mengenepikan apa jua analisis rasional dan akademik yang dihasilkan, bagi menangkis ugutan dan tuntutan mereka itu. Kita sanggup menggadaikan prinsip untuk meraikan orang lain. Tindakan ini seolah-olah menampakkan orang lain yang membuat kajian itu salah, orang politik yang bertindak betul.
Saya fikir tindakan MPM wajar difikirkan. Tidak timbul soal mereka mahu menimbulkan sentimen hasutan untuk membenci kaum India tetapi bagi menyatakan kekesalan terhadap kelemahan kerajaan yang tunduk dengan mudah kepada ugutan dan tekanan. Malah, tiada sebarang tindakan diambil terhadap kumpulan yang membakar novel Interlok dan gambar poster penulis novel tersebut, yang berbau hasutan. Bayangkan jika orang Melayu yang melakukannya.
Inilah yang dikatakan, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan. Menang sorak kampung tergadai.
Semua orang tahu, baik macam mana sesuatu perkara itu, sekiranya ada campur tangan politik, bagi memenuhi kepentingan sesetengah pihak, dengan mudahnya perkara tersebut akan berubah. Pihak yang mempolitikkan isu ini adalah satu hal. Pihak yang berpolitik satu hal yang lain. Sebenarnya, perkara inilah yang mencemar perpaduan negara yang telah terbina sekian lama.
Novel ini bukan satu ancaman kepada perpaduan negara, tetapi manusia yang cetek akal inilah ancaman sebenar. Sayangnya ilmu yang mereka miliki tidak mampu untuk melihat keindahan yang cuba dibawa oleh penulis novel ini. Jika kelemahan yang dicari, maka kelemahanlah yang dijumpai. Sebaliknya, jika kebaikan yang menjadi kunci, maka kemuliaanlah akan ditemui.
Posted by RIDHUAN TEE at 8:47 AM
Comments : Leave a Comment »
Tags: Multiculturism
Categories : Demi Negara, Nation Building
Identiti Malaysia – Di sana Malaysia, di sini China?
23 02 2011
Dari DIN TURTLE – Blogger Parti Melayu.
Orang Cina Mengiktiraf Budaya Melayu Sebagai Mewakili Malaysia ?
Dari Blog JMD artikel Arguments ans Excuses Over Bahasa Malaysia ada seorang pembaca memberi komen yang amat menarik perhatian saya. Bukan niat saya nak ciplak idea orang tapi saya dah 2 malam tak boleh tidur memikirkan apa yang beliau tulis. Panjang komen Economist Kampong ( Feb 11,2011 at 2:21 am ) mengenai Budaya Malaysia dan Satu Sekolah tapi yang saya tertarik cuma bahagian kecil je -
I have observed when Malaysian Chinese students participated in an International Students Conference in Taiwan with students from Taiwan, HK, Singapore, Thailand and indonesia, they readily performed the joget and wear traditional baju Melayu!! There Malaysian students delegation happened to be 100% Chinese. Not a single Malay student was there. At that time i thought this was most strange!!
The chinese students did what they did it to show that they have a country — Malaysia. They needed to display some degree of Malaysianess that to the audience.
If they had performed some traditional chinese dance or songs, it would have demonstrated that they are as Chinese as the audience, but it would not have demonstrated that they have a country — their country was Malaysia
( Saya cuma menggunakan keratan diatas sebagai contoh, jadi mungkin apa yang cuba ditekankan oleh penulis asal berlainan dengan apa yang saya cuba sampaikan. )
Secara ringkas saya terjemahkan – saya pernah lihat pelajar cina Malaysia yang menghadiri Perjumpaan Pelajar Antarabangsa di Taiwan yang turut disertai pelajar dari Taiwan, HongKong, Singapura, Thailand dan Indonesia , mereka dengan senang hati mempersembahkan tarian joget dan memakai baju Melayu. Kesemua mereka adalah berbangsa cina tanpa seorangpun pelajar Melayu.
Mereka mahu menunjukkan bahawa mereka juga punya negara -Malaysia. Mereka merasakan perlu mempersembahkan sesuatu yang punya nilai Malaysia kepada hadirin. Sekiranya mereka persembahkan tarian tradisional kaum cina, mereka hanya tunjukkan mereka juga sama cinanya dengan penonton tanpa sebarang kelainan untuk menunjukkan mereka juga punya negara mereka sendiri – Malaysia.
Saya percaya perkara diatas pernah berlaku kalau tidak diTaiwan pun, mungkin dinegara2 lain. Saya tidak mahu memandai2 membuat kenyataan bagi pihak kaum lain makanya saya akan tulis dalam bentuk pertanyaan.
Dinegara sendiri kita dapat lihat betapa tingginya taraf budaya yang diletakkan oleh kaum cina. Mati pun mereka sanggup demi mempertahankan budaya mereka. Cuba satu kali kerajaan melarang tarian singa dipersembahkan, agak2 meletup tak cina ? Tak pun… cuba kerajaan haramkan main mercun sempena Raya Cina ni, budaya tuh ! Rasanya suara melalak mereka lagi kuat dari mercun. Asap pun boleh keluar dari telinga LKS gua cakap lu ….
Nak ikut peraturan memakai songkok pun boleh dijadikan isu … biasa tengok orang cina pakai baju Melayu ? sekali dua tu jaraaaang-jaraaaaang bukan Biasa. Pendekkata, dinegara sendiri budaya kaum cina yang mereka pertahankan adalah budaya yang berasal dari Tanah Besar China. Orang lain tak boleh sentuh. Nak minta diorang ikut budaya lain …minta maaf la, gua ada bulaya gua sendiri. Apahat mau ikut lu punya bulaya ?
Budaya adalah jatidiri anak bangsa. Kita kena pertahankan… biar mati anak jangan mati bulaya !
Tapi bila pergi negara luar dan diminta persembahkan satu bentuk budaya Malaysia, pandailah pulak diorang berjoget…. ! Masa bila pulak diorang berlatih ? Ke kat dalam dewan dongzong apakenamanya tu, ada ke bilik rahsia dimana mereka diajar budaya Melayu ? Pandailah pula pakai baju Melayu …. ! Pinjam ? Ke memang dah bawa dari kampung ?
Ke malu nak tunjukkan budaya mereka sama ngan budaya negara China ? Atau malu kalau orang luar tahu mereka jenis bodoh sombong bila dah jadi rakyat negara Malaysia tapi masih mahu mengekalkan budaya Negara Lain ? Ke malu takut budaya yang mereka banggakan selama mereka kat kampung tak se ori budaya asal yang mereka bawa dari Negara Lain ?
Ke mereka sedar budaya Luar mereka tidak mempunyai nilai2 melambangkan Malaysia ? Ke mereka juga sedar budaya Melayulah yang sebenarnya mempunyai ciri2 Malaysia ? Ke mereka takut tak reti nak jawap jika orang luar tanya kenapa budaya yang mereka amalkan selama ini seperti budaya Negara Luar ?
Senang cerita, apakah dalam hati orang cina mereka tidak yakin budaya yang mereka pegang kuat selama ini mempunyai identiti Malaysia ? Lagi senang cerita, apakah mereka ( pelajar2 cina itu ) mengakui budaya Melayu adalah lambang budaya Malaysia ?
Baguslah kalau mereka semua sanggup bertolak ansur dan menerima hakikat itu. Masalahnya kenapa sikap tolak ansur itu hanya timbul bila berada diluar negara tapi bila balik negara Malaysia mereka Transform menjadi cina yang begitu tebal sifat perkauman, bodoh sombong, takmahu mengalah, babir, kiasu, mengasingkan diri dan langsung tidak boleh menerima apasaja yang ada kaitan Melayu ???
Ke sememangnya mereka sedar akan hakikat sebenar tapi sengaja menidakkannya atau dalam kata lain – Hipokrit ? Dalam fikiran saya terbayang Lim Kit Siang, Guan Eng, Tony Pua berpakaian lengkap baju Melayu siap bersamping ngan tanjak sedang berjoget zapin di Beijing didepan pemimpin2 China kerana mahu mempersembahkan tarian yang mempunyai ciri Malaysia ……
Sekarang cuba ulang balik semua diatas tapi tukarkan tarian budaya Melayu itu kepada Bahasa Kebangsaan kita Bahasa Melayu.
Comments : 4 Comments »
Tags: Budaya
Categories : Bahasa Kebangsaan, Nation Building
Adakah Anda Seorang Rakyat Patriotik?
21 02 2011
Petikan sebuah artikel dari Berita Harian yang dipetik dari SINI.
Rakyat patriotik patut bangga bertutur guna bahasa Melayu
RAKYAT bukan Melayu negara ini, khususnya yang berketurunan Cina begitu sensitif apabila ada pihak yang mempersoalkan semangat patriotisme mereka atau kesediaan mereka menjadi rakyat yang memiliki jati diri terhadap negara ini.
Lantaran itu, pernahkah mereka bertanya pada diri sendiri kenapa masih ada orang Melayu yang sangsi terhadap pendirian sesetengah daripada mereka. Saya hanya mahu ajukan satu persoalan saja.
Apakah semua mereka yang mengakui sebagai warga negara ini tahu apa itu jati diri sebagai rakyat Malaysia? Bolehkah sesetengah daripada mereka menunjukkan sikap bahawa mereka menerima sepenuhnya jati diri itu yang antaranya menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini dan menghayatinya?
Kenapakah sehingga kini pun masih terdapat pelbagai puak yang sengaja memperlekehkan penggunaan bahasa Melayu hingga ada yang tidak langsung menunjukkan rasa menghormati kepada bahasa kebangsaan negara yang mereka sendiri akui sebagai tanah tumpah darah mereka?
Persoalannya ialah kenapa selepas 53 tahun merdeka pun masih ramai tidak mengambil kisah penggunaan bahasa kebangsaan negara ini? Sebagai warga negara yang taat setia, mereka sepatutnya berbangga dengan bahasa kebangsaan negara mereka sendiri.
Apa kesetiaannya kalau bahasa kebangsaan negara sendiri pun mereka tidak berusaha mempelajari dan menggunakannya. Bahasa Melayu yang mereka pelajari di sekolah Cina pun hanyalah untuk lulus peperiksaan saja. Selepas menduduki peperiksaan, mereka terus melupakannya dan langsung tidak bertutur dalam bahasa Melayu.
Maka itu, Kementerian Pelajaran patut mulai tahun ini menetapkan semua pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu diwajibkan lulus ujian lisan seperti ditetapkan untuk Bahasa Inggeris. Kalau mahu lulus Bahasa Inggeris, pelajar dikehendaki juga lulus ujian lisan bahasa Inggeris, kenapa ujian demikian tidak boleh diadakan untuk bahasa Melayu juga?
Kini ramai di antara mereka memberi alasan usaha kerajaan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris untuk terus mengabaikan bahasa Melayu. Kenapa demikian? Penguasaan bahasa Inggeris tiada kena mengena dengan pengabaian bahasa Melayu.
Seperti yang pernah dinyatakan Prof Dr Teo Kok Seong dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM, bahawa bahasa adalah medium untuk meningkatkan perpaduan dan semangat nasionalisme.
“Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan kita dan diperkenalkan demikian ke persada dunia. Walaupun dalam masa sama kita pelajari bahasa Inggeris, ia bukanlah bertujuan mengetepikan bahasa Malaysia,” katanya.
Apakah keadaan ini yang menyebabkan akhbar Melayu hanya dibaca oleh orang Melayu saja? Edaran akhbar Melayu kepada orang bukan Melayu tidak sampai lima peratus pun dari jumlah keseluruhan edarannya dengan hanya dua peratus dibaca orang Cina dan tiga peratus orang India.
Apakah kesimpulan yang kita boleh buat dari perkembangan akhir-akhir ini hinggakan risalah iklan pelbagai barangan dan pembinaan rumah hanya diadakan dalam bahasa Inggeris dan Mandarin. Seperti juga sesetengah kopitiam yang dilanggan orang Melayu pun tidak menghormati bahasa Melayu dengan menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin saja di kedai-kedai itu. Apakah mereka bukan beroperasi di Malaysia?
Apakah jati diri mereka sebagai rakyat negara ini? Salahkah kalau orang Melayu beranggapan bahawa ada orang Cina sememangnya tidak mahu mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini.
Kita tidak pula persoalkan malah jauh sekali mahu menyekat mereka mempelajari dan menggunakan bahasa ibunda mereka. Tetapi dalam mereka berterusan menggunakan bahasa ibunda tidakkah mereka boleh berusaha dan menunjukkan kesungguhan mahu mendaulatkan juga bahasa kebangsaan negara ini?
Apakah ini pun suatu kehendak yang melampau? Mereka ini begitu sensitif apabila semangat patriotisme mereka disangsikan tetapi sedikit pun tidak mahu berusaha mengguna dan faham bahasa Melayu?
Bilakah agaknya kita boleh mengharapkan keseluruhan rakyat keturunan Cina dan India akan bertutur dalam bahasa kebangsaan negara ini dalam perbualan harian mereka. Perkara ini adalah suatu kebiasaan di Indonesia yang mana rakyat berketurunan Cina akan bertutur bahasa Indonesia walaupun sesama orang Cina?
Kita sudah merdeka lebih 53 tahun. Apakah kita perlu menunggu 50 tahun lagi baru dapat mengharapkan hal ini akan berlaku? Tetapi kalau kita lihat dari pelbagai tindak tanduk sesetengah mereka, lagi 100 tahun pun tentunya akan ada rakyat negara ini yang masih tidak mahu mengiktiraf bahasa Melayu.
Mereka memberi alasan kononnya orang Melayu sendiri pun tidak bertutur bahasa Melayu. Ini sebenarnya tidak harus dijadikan alasan kerana sememangnya orang Melayu akan dapat bertutur bahasa Melayu pada bila-bila masa. Usaha kerajaan hendak menggalakkan bahasa Inggeris tidak seharusnya dijadikan alasan kenapa mereka tidak mahu mendaulatkan bahasa Melayu.
Buat masa ini pembelajaran bahasa Melayu sebagai subjek di sekolah Cina tidak diberikan penekanan. Mereka sebenarnya lebih mengutamakan bahasa Inggeris selain Mandarin. Sebab itulah guru yang mengajar bahasa Melayu dikehendaki juga tahu bertutur Mandarin. Anehnya syarat ini tidak pula dikenakan ke atas guru yang mengajar bahasa Inggeris. Mereka tidak perlu tahu berbahasa Mandarin. Kenapa guru bahasa Melayu didiskriminasikan demikian?
Inilah yang patut direnungi kalau mereka benar-benar cintakan negara ini sebagai tanah tumpah darah sendiri.
Penulis adalah Felo Kanan di UKM
Comments : Leave a Comment »
Tags: Bahasa Melayu
Categories : Bahasa Kebangsaan, Patriotik
Of Mallot, Vernacular School & Racism
19 02 2011
Baru-baru ini ramai yang menulis mengenai John Mallot, bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia yang nampaknya mencampuri hal ehwal dalaman negara ini. Bukan sahaja ianya merupakan suatu tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh seorang bekas duta, malahan John Mallot telah memberikan pandangan yang berat sebelah, terang-terangan menyebelahi sebelah pihak, sekaligus mencemari kredibiliti beliau sebagai sebagai seorang diplomat negara Amerika Syarikat.
Kami paparkan dibawah ini sebuah komentari dari Saudara Umar Mukhtar yang kami petik dari SINI.
JOHN MALLOT’S WSJ ARTICLE: A RESPONSE
John Mallot has waded into the debate on Malaysian race relations with half an analysis when obviously a fuller one would have been of greater service to the discourse. Granted, his piece was intended more than anything else to be a critique of Prime Minister Najib Tun Razak’s handling of the current situation in the country. However, in doing so, he has highlighted only the non-Malay responses to what is described as Malay racism. This is very misleading and the reason for my saying that he had written only half an analysis of the situation.
A more robust and honest assessment of race relations in Malaysia would take into account the fact that what appears to be Malay racism is in itself a response to non-Malay racism against Malays. Yes, two wrongs do not make a right. But as the Malay saying goes, “It takes both hands to clap”. That is to say, Mallot’s article runs the risk of completely absolving non-Malays from any responsibility in the racial predicament that the country is in. That is nothing less than avoiding reality and counter-productive to any effort to improve race relations in Malaysia. Malays have their grievances too against the Chinese. The fact that they seldom get aired does not make those grievances any less legitimate or valid.
Education for the very young is one obvious area where racist attitudes can be nipped in the bud. The importance for racial integration to begin at a young age is recognised, so much so that in the 1960s and 70s, the U.S. supreme court sanctioned the forced busing of students in order to break down the racial segregation between white and African-American schools. That was in America. In Malaysia, a different approach towards early education was adopted. In concession to the non-Malays, especially the Chinese, vernacular education was retained as part of the national school system. The liberalism was well-intentioned and in line with the spirit of Malaysia’s constitution whereby minority communities are given the right to use and develop their own languages.
In practice, and perhaps this was unforeseen by Malaysia’s founding fathers, the national-vernacular dichotomy in the school system has resulted in precisely the kind of early-age racial segregation that the busing laws, upheld by the U.S. supreme court justices, sought to eradicate in America. While desegregation of schools may or may not result in greater racial integration, segregation virtually guarantees that there will be no racial integration.
The racial polarization that we see so shamelessly capitalized on by politicians in Malaysia today is partly, if not wholly, attributable to that segregation in the school system. When you see not a few non-Malays unashamedly, even proudly, declaring that they cannot properly speak Malay, the national language, you can bet your life that these are the ones who graduated from the vernacular schools. This is forty-four years after Malay was declared the national language.
The Chinese community jealously guards the existence of the vernacular schools, implicitly reinforcing the message of their racial and cultural separateness and exclusivity but yet insist that they should not be looked at as the ‘other’ by Malays. For many Malays, including this writer, that smacks of having your cake and eating it too.
Often the excuse given by the Chinese for insisting that their children go to vernacular schools and for more such schools to be built is the poor quality of national schools. Surely the solution is not to build more racially-segregated schools but to join hands with Malays and Indians in insisting and ensuring that the quality of national schools be improved for the benefit of children of all ethnicities. Perhaps that is considered such an outlandishly ‘out-of-the-racial box’ thinking that I have never heard any Chinese make that call.
Any sincere and honest effort to improve race relations has to take cognizance of the fact that racism exists in and racial discrimination is practised, to one extend or another, by all the races in Malaysia.
However, my own honest observation is that the Chinese never want to admit or acknowledge their own racism against Malays or other races.
Official and overt discriminatory policies can easily be criticized as institutionalized racism but covert racial discriminations by their very nature are harder to pinpoint. That does not mean they don’t exist or any less invidious than the former.
When a “Mandarin speakers only” requirement is stated in job advertisements, even for jobs which do not conceivably require much language skills, that surely is equivalent to saying “Chinese only”. But you will be hard put to find any Chinese who would admit that the practice is racially discriminatory.
When Malaysia’s most famous blogger, Raja Petra Kamaruddin, related some years ago in his blog how Chinese businesses ganged up to ensure the failure of his motorcycle dealership, none of his Chinese readers cared to acknowledge that he was the victim of racism. His was probably just the tip of the iceberg of similar cases.
And it’s always with a mixture of amusement and sadness when I read the many comments in the internet from non-Malays complaining about the racial policies of the Malaysian government which scarcely conceal their own racism towards Malays in general. If Mr Mallot doubts the truth of what I am saying, he should read the comments that followed the publication of his recent article in Malaysian news portals.
To many Malays, given the refusal of non-Malays to even acknowledge their own racism, the prospect of a rollback in whatever few affirmative action policies left on the plate appears to be concessions which are unlikely to be matched in a similar spirit by the Chinese in the spheres that they predominate, namely the commercial and economic.
If Najib can be accused of pandering to militant Malay groups, Chinese political leaders in the government and opposition too can be accused of pandering to their racial constituency.
In my lifetime, I have yet to hear of any Chinese leader asking that the Chinese to join in and contribute towards the betterment of national schools. I have yet to hear of one calling for Chinese businesses to assist or at least not to gang up against their fellow non-Chinese businesses or to not practice discrimination in their employment policies.
Mallot failed to take into account one side of the equation in his brief exposition of the race relations situation in Malaysia. Hopefully, I have managed to redress that and allow a better understanding of why things are the way they are in Malaysia.
It would have been more gracious of Mallot if he had used his relationship with Malaysians during his tenure as a diplomat to impart his country’s experience and firm action with regard to vigilance against the emergence of the evil that is racism, than to make things worse by dogmatically adopting the attitude that sympathizing with the minority makes one righteous.
UMAR MUKHTAR
February 10, 2011
Comments : Leave a Comment »
Tags: Chinese, Mallot
Categories : Racism, Vernakular
Score “A” – Tuhan Pendidikan Kini
17 02 2011
VOICES AROUND dalam artikelnya yang bertajuk “Mengejar tuhan ‘A’” telah menyentuh soal dasar/sistem pendidikan negara ini dan menyokong suspaya Dasar Pelajaran yang ada sekarang diulangkaji serta diubah-baiki semula.
Pagi ini (10/02/2011), seperti kebiasaannya, semasa menghantar anak-anak ke sekolah, saya mendengar perbualan di radio stesen FlyFM.
Topik perbincangan ringkas adalah mengenai seorang pelajar yang mati, jatuh dari tingkat 2 bangunan sekolah (Berita Kosmo DI SINI).
Salah seorang dari DJ stesen radio mencerita bahawa BEFRIENDER telah menerima beratus-ratus email setiap hari, yang kebanyakannya dari golongan muda (teenagers) yang menyatakan masalah “kemurungan” (depression). Lebihkurang 30% dari ini adalah berkaitan dengan tekanan yang dihadapi dalam pembelajaran (education stress).
Sistem Pendidikan kita telah menjadi begitu “ultra-kiasu” di mana tuhan pendidikan yang begitu disembah adalah untuk “Mendapat A”. Sekiranya boleh, “A” dalam semua matapelajaran dan sebanyak mana matapelajaran yang mungkin. Tidak ada bezanya dengan penyembahan tuhan yang satu lagi, iaitu “tuhan duit”. Segala-gala mengenai “duit”, negara berpendapatan tinggi, kejar wang semuanya, tidak kiranya kalaupun nilai wang itu menjunam, asalkan dapat kaut wang dengan begitu banyak.
Di manakah telah kita lemparkan adab sopan, budaya murni? Ada sesiapa tahu tak makna “spirituality” dewasa ini? Sesuatu yang menarik, saya petik dari laman BEHIND THE VEIL:-
Someone says,
“I can’t help feeding my family.
I have to work so hard to earn a living.“
He can do without God,
but not without food;
he can do without Religion,
but not without idols.
Where is one who’ll say,
“If I eat bread without awareness of God,
I will choke.“
(Baca artikel sepenuhnya DI SINI)
Berbalik kepada sistem atau dasar pelajaran kita yang ada pada hari ini. Saya rasa dalam keghairahan mengejar “A”, keadaan telah menjadi tunggang terbalik. Saya pernah mendengar aduan-aduan guru-guru sekolah yang mengatakan sekarang ini prestasi sekolah diukur dengan pencapaian akademik. Masing-masing akan membuat apa saja untuk mencapai 100% “A” dalam semua matapelajaran sesebuah peperiksaan utama. Kalau zaman saya dahulu, kita cuba mencapai 100% “lulus” dan hanya ada sebilangan saja, (best student) satu atau dua pelajar sahaja yang mencapai 100% “A” dalam semua matapelajaran.
Keadaan menjadi semakin “teruk” apabila insentif (selalunya berbentuk kewangan) diberikan bagi sekolah-sekolah/pengetua yang berjaya mencapai pencapaian yang “tinggi” ini sehingga ada insiden di mana murid-murid “dibantu” supaya dapat menjawab dengan betul semasa peperiksaan. Cara “bantuan” adalah cara yang tidak jujur seperti “soalan bocor”, “memberi jawapan semasa pelajar sedang menjawap soalan peperiksaan” dan lain-lain lagi. Betul atau tidak, anda selidiki sendiri sekiranya berminat.
Tetapi pokoknya, sistem pendidikan telah menjadi bercelaru akibat ketaksuban mengejar “A”, sepertimana “kualiti” masyarakat yang menjadi semakin gelojoh, tamak, tidak mengenal erti adab sopan dalam mengejar wang ringgit.
Memang betul pencapaian akademik yang tinggi itu adalah menjadi harapan ramai (seperti juga mengaut wang dengan banyak). Tetapi setinggi mana, sesuci mana “kualiti” pencapaian itu? Adakah kita bangga dengan mempunyai seorang yang kaya wang ringgit, tetapi diperolehi dengan hasil menjual dadah? memperdagangkan tubuh batang manusia? Adakah kita bangga mempunyai seorang pelajar yang dikatakan cerdik kerana mendapat 20 As, tetapi hendak masak mee maggi pun tak pandai nak nyalakan api dapur?
Kalau dahulu, pelajar-pelajar yang agak lemah akan mengikuti kelas tambahan apabila waktu peperiksaan menghampiri, kini kita dapati pelajar-pelajar yang cerdik pula menghadiri tuition after tuition, siang malam, langsung kesuntukan masa untuk bermain dan bergaul sesama rakan. Manakala yang agak lemah pula tidak berapa dipedulikan sangat. Hopeless untuk dapat “A”, mungkin.
Cerita orang terjun bangunan kerana “masalah” kewangan telah kerap kita dengar, apalagi dengan budaya “ah long” yang ada kini. Kini kematian kerana “tekanan pelajaran” semakin meningkat, nampaknya.
Adalah amat wajar sekali bagi pihak kerajaan (terutama DS Najib) dan kementerian pendidikan untuk membuka sedikit kelopak mata masing-masing terhadap saranan KEMPEN SSS yang mahukan dasar pendidikan dikaji dan digubal semula. Sefahaman saya, mereka-mereka di KEMPEN SSS tersebut mahukan sebuah dasar/akta pendidikan yang:-
Dapat memperbetulkan semula pelanggaran yang jelas terhadap Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan yang membabitkan institusi-institusi pendidikan yang menggunakan bahasa pengantar asing yang juga bertentangan dengan Akta Bahasa Kebangsaan
Hasil kerajaan (melalui pembayaran cukai) adalah salah untuk digunakan bagi membiayai institusi-institusi yang lebih bersifat “persendirian (private)” dari bersifat “kebangsaan”. Ini adalah penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin-pemimpin. Hasil ini patut digunakan memperelokkan/menambah baik lagi sekolah-sekolah kebangsaan yang kini nampaknya lebih dianaktirikan, bukannya ditabur kepada sekolah-sekolah “anti-nasional” bagi memancing undi.
Suatu sistem pendidikan yang lebih “holistik”, “bermoral”, beradab”, “berjiwa kebangsaan”, “patriotik” patut diwujudkan bagi mengganti sistem pendidikan mengejar tuhan “A” serta langsung tidak membina identiti negara dan tidak bersatu memupuk perpaduan dan pergaulan di antara masyarakat. Bak kata Tagore, “To build a nation, build a school“
Sila layari laman KEMPEN SSS dan baca memorandum mereka kepada Menteri Pelajaran mengenai saranan kajian semula sistem pendidikan. Saya rasa saranan ini adalah amat wajar dan telah sampai masanya untuk diteliti dengan serius apabila sistem pendidikan yang ada kini telah menjadi semakin tunggang langgang, lebih-lebih lagi dengan DS Najib sendiri begitu tegar membela kewujudan sekolah-sekolah vernakular yang terang-terangan melanggar Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa. Pendek kata, sekolah-sekolah ini adalah SEKOLAH-SEKOLAH HARAM.
Marilah kita bersama-sama menyuburkan semangat kebangsaan kita, semangat patriotik kita terhadap negara kita, bangsa kita dan bahasa kita. Ini negara MALAYSIA. “Satu Bangsa, Satu Negara, Satu Bahasa“, mana mungkin “Unity in diversity“. Kita suburkan semangat ini dengan menandatangi petisyen ini. SILA KLIK DI SINI.
Comments : Leave a Comment »
Tags: Education system
Categories : Demi Negara, Nation Building, Sistem Pendidikan
Rakyat Sejati bukan Sekadar Kata Mulut Tanpa Hati, Jiwa & Raga
15 02 2011
Sebuah artikel yangmenarik dari JEBAT MUST DIE yang memaparkan “perdebatan” di antara seorang rakyat Malaysia dengan seorang yang diragui status kenegaraannya walaupun memegang myKAD.
Arguments and excuses over Bahasa Malaysia
Posted on February 10, 2011 by jebatmustdie
I am very much amused with the slightly acrimonious exchange between Khoo Kay Peng and Datuk Ahmad Rejal Arbee over the issue of national language.
It started off when Ahmad Rejal wrote about the inability of some citizens in this country who cannot speak or do not understand Bahasa Malaysia. He then summarised this observation by saying that the ability to converse in the national language is part of the national identity of every Malaysian. Lack of national identity equals lack of patriotism. In other words, those who love this country must also be proud of the national language. Simple as that.
Khoo Kay Peng retorted with a some personal attack towards Ahmad Rejal (calling him mediocre, silly and ignorant) in his own blog which was picked up by The Malaysian Insider as well.
Naturally, the aggrieved Ahmad Rejal felt slighted and posted a comment in Kay Peng’s blog. The younger man was magnanimous enough to publish that comment and made a rebuttal of his own.
And today, the veteran editor made his final say on the matter which was shown once again in The Malaysian Insider.
My own opinion is simple. In order to cultivate a strong national identity and to foster better understanding and empathy between Malaysians, we must streamline our education system into ONE NATIONAL SCHOOL SYSTEM. The proponents for this policy calls it Satu Sekolah Untuk Semua.
We must do this so that we can prove to John Mallot that we can lessen the purported racism in Malaysia.
Below are the exchange between the two people I mentioned above.
_________________________________
In Berita Harian:
Rakyat patriotik patut bangga bertutur guna bahasa Melayu
2011/02/03
RAKYAT bukan Melayu negara ini, khususnya yang berketurunan Cina begitu sensitif apabila ada pihak yang mempersoalkan semangat patriotisme mereka atau kesediaan mereka menjadi rakyat yang memiliki jati diri terhadap negara ini.
Lantaran itu, pernahkah mereka bertanya pada diri sendiri kenapa masih ada orang Melayu yang sangsi terhadap pendirian sesetengah daripada mereka. Saya hanya mahu ajukan satu persoalan saja.
Apakah semua mereka yang mengakui sebagai warga negara ini tahu apa itu jati diri sebagai rakyat Malaysia? Bolehkah sesetengah daripada mereka menunjukkan sikap bahawa mereka menerima sepenuhnya jati diri itu yang antaranya menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini dan menghayatinya?
Kenapakah sehingga kini pun masih terdapat pelbagai puak yang sengaja memperlekehkan penggunaan bahasa Melayu hingga ada yang tidak langsung menunjukkan rasa menghormati kepada bahasa kebangsaan negara yang mereka sendiri akui sebagai tanah tumpah darah mereka?
Persoalannya ialah kenapa selepas 53 tahun merdeka pun masih ramai tidak mengambil kisah penggunaan bahasa kebangsaan negara ini? Sebagai warga negara yang taat setia, mereka sepatutnya berbangga dengan bahasa kebangsaan negara mereka sendiri.
Apa kesetiaannya kalau bahasa kebangsaan negara sendiri pun mereka tidak berusaha mempelajari dan menggunakannya. Bahasa Melayu yang mereka pelajari di sekolah Cina pun hanyalah untuk lulus peperiksaan saja. Selepas menduduki peperiksaan, mereka terus melupakannya dan langsung tidak bertutur dalam bahasa Melayu.
Maka itu, Kementerian Pelajaran patut mulai tahun ini menetapkan semua pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu diwajibkan lulus ujian lisan seperti ditetapkan untuk Bahasa Inggeris. Kalau mahu lulus Bahasa Inggeris, pelajar dikehendaki juga lulus ujian lisan bahasa Inggeris, kenapa ujian demikian tidak boleh diadakan untuk bahasa Melayu juga?
Kini ramai di antara mereka memberi alasan usaha kerajaan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris untuk terus mengabaikan bahasa Melayu. Kenapa demikian? Penguasaan bahasa Inggeris tiada kena mengena dengan pengabaian bahasa Melayu.
Seperti yang pernah dinyatakan Prof Dr Teo Kok Seong dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM, bahawa bahasa adalah medium untuk meningkatkan perpaduan dan semangat nasionalisme.
“Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan kita dan diperkenalkan demikian ke persada dunia. Walaupun dalam masa sama kita pelajari bahasa Inggeris, ia bukanlah bertujuan mengetepikan bahasa Malaysia,” katanya.
Apakah keadaan ini yang menyebabkan akhbar Melayu hanya dibaca oleh orang Melayu saja? Edaran akhbar Melayu kepada orang bukan Melayu tidak sampai lima peratus pun dari jumlah keseluruhan edarannya dengan hanya dua peratus dibaca orang Cina dan tiga peratus orang India.
Apakah kesimpulan yang kita boleh buat dari perkembangan akhir-akhir ini hinggakan risalah iklan pelbagai barangan dan pembinaan rumah hanya diadakan dalam bahasa Inggeris dan Mandarin. Seperti juga sesetengah kopitiam yang dilanggan orang Melayu pun tidak menghormati bahasa Melayu dengan menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin saja di kedai-kedai itu. Apakah mereka bukan beroperasi di Malaysia?
Apakah jati diri mereka sebagai rakyat negara ini? Salahkah kalau orang Melayu beranggapan bahawa ada orang Cina sememangnya tidak mahu mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini.
Kita tidak pula persoalkan malah jauh sekali mahu menyekat mereka mempelajari dan menggunakan bahasa ibunda mereka. Tetapi dalam mereka berterusan menggunakan bahasa ibunda tidakkah mereka boleh berusaha dan menunjukkan kesungguhan mahu mendaulatkan juga bahasa kebangsaan negara ini?
Apakah ini pun suatu kehendak yang melampau? Mereka ini begitu sensitif apabila semangat patriotisme mereka disangsikan tetapi sedikit pun tidak mahu berusaha mengguna dan faham bahasa Melayu?
Bilakah agaknya kita boleh mengharapkan keseluruhan rakyat keturunan Cina dan India akan bertutur dalam bahasa kebangsaan negara ini dalam perbualan harian mereka. Perkara ini adalah suatu kebiasaan di Indonesia yang mana rakyat berketurunan Cina akan bertutur bahasa Indonesia walaupun sesama orang Cina?
Kita sudah merdeka lebih 53 tahun. Apakah kita perlu menunggu 50 tahun lagi baru dapat mengharapkan hal ini akan berlaku? Tetapi kalau kita lihat dari pelbagai tindak tanduk sesetengah mereka, lagi 100 tahun pun tentunya akan ada rakyat negara ini yang masih tidak mahu mengiktiraf bahasa Melayu.
Mereka memberi alasan kononnya orang Melayu sendiri pun tidak bertutur bahasa Melayu. Ini sebenarnya tidak harus dijadikan alasan kerana sememangnya orang Melayu akan dapat bertutur bahasa Melayu pada bila-bila masa. Usaha kerajaan hendak menggalakkan bahasa Inggeris tidak seharusnya dijadikan alasan kenapa mereka tidak mahu mendaulatkan bahasa Melayu.
Buat masa ini pembelajaran bahasa Melayu sebagai subjek di sekolah Cina tidak diberikan penekanan. Mereka sebenarnya lebih mengutamakan bahasa Inggeris selain Mandarin. Sebab itulah guru yang mengajar bahasa Melayu dikehendaki juga tahu bertutur Mandarin. Anehnya syarat ini tidak pula dikenakan ke atas guru yang mengajar bahasa Inggeris. Mereka tidak perlu tahu berbahasa Mandarin. Kenapa guru bahasa Melayu didiskriminasikan demikian?
Inilah yang patut direnungi kalau mereka benar-benar cintakan negara ini sebagai tanah tumpah darah sendiri.
Rejal Arbee adalah Felo Kanan di UKM
Khoo Kay Peng’s remarked:
Ahmad Rejal Arbee and shallow thinking — Khoo Kay Peng
February 10, 2011
FEB 10 — Ex-editor Ahmad Rejal Arbee wrote in Umno-controlled Berita Harian on Friday that, after 53 years of independence, non-Malays should be proud of the national language if they were loyal citizens.
“They get so sensitive when their patriotism is doubted but make no effort to use and understand Malay,” the former Berita Harian group editor said.
“What loyalty is there if they do not try to learn and use their own national language?” he wrote, adding that what was learnt in Chinese vernacular schools was only to pass exams.
Ahmad Rejal said that there were non-Malays that did not care about and deliberately “belittled Malay” despite calling Malaysia their country.
Ahmad Rejal is naive to suggest that non-Malays are not patriotic because they do not use the Malay language in their daily conversation. For the record, Ahmad should refrain from making a sweeping statement.
Many non-Malays do speak fluently in the Malay language and take great interest in understanding the Malay culture. In fact, some Chinese dialects such as the Penang Hokkien had incorporated many Malay words; for example, tuala, batu, kuih, etc.
I studied both Malay literature and Malay language at the pre-university level and did remarkably well in both subjects. Will I be regarded as being more patriotic and enjoy better privileges from the Umno-led government?
To people like Ahmad Rejal, I am still a Chinese and a non-Bumiputera. It is also a fact that not many Malays speak the Chinese language or understand our culture. To forge a better cultural understanding, the effort must be reciprocated. How much does Ahmad understand the non-Malay culture?
It is also the duty of the Dewan Bahasa dan Pustaka to expand the use of the Malay language. The language must be developed to facilitate acquisition of knowledge and skills. How many educational books are being written or translated into Malay?
The Malay language too had evolved and is still evolving. It has absorbed many English words into the language, such as diskusi, institusi, kasyer, polis, eksploitasi, ekspres and thousands of other words and terms.
Ahmad should take note of this phenomenon we call “pencemaran bahasa”, or language pollution. Replacing the original Malay words with these English terms will ultimately spell an end of the language and create a “rojak” language.
Why blame the non-Malays when there are far greater threats to the Malay language? Are the Malays faring any better in the language in exams since Ahmad said that non-Malays are only interested in passing exams.
You cannot deny that it takes a certain level of proficiency in the language to pass exams and it is the only formal yardstick to measure mastery of a language.
If Ahmad wants us to be proud of this country, he should advise the government to respect all Malaysians as equals. He should give a leader such as Dr Mahathir Mohamad an earful for suggesting that this country belonged to only the Malays.
He should advise the government to curb corruption, abuse of power, disrespect for the federal constitution, protect the democratic system and focus on addressing real socio-economic issues.
The fact that Ahmad sounds so ignorant and silly in his accusation that non-Malays are not patriotic enough just because they use their mother tongue does not give me much hope that he understands the real issues.
He was just probably a mediocre editor who was more interested in form rather than substance
Ahmad Rejal gave his reply and Kay Peng’s answers to it:
Ahmad Rejal Arbee Responds
Ahmad Rejal or a reader who claims to be him responded to my post on his statement about loyalty and the use of Malay language:
A friend e-mailed me your half cock shoot from the hip comment about what I wrote.
Please read the whole article properly and not just bit and pieces of it. And don’t be crude about it. We can discuss this gentlemanly without bringing in unrelated things.
So what was the crux of what I wrote?
I questioned why is it that even after 53 years of independence there are still citizens of this country who can’t understand and speak the national language, the language of this country?
I am not questioning the whole of the Chinese who are citizens of this country. Only those who still can’t understand or converse in the language of the country which they call home.
Is that being an extremist?
I also questioned the propensity of some housing developers and products being advertised through flyers sent to homes including Malays homes and especially in Shah Alam where I reside and where the majority are Malays, only in English and Mandarin. What happened to Bahasa? Why such disrespect? Aren’t these companies operating in Malaysia where the language of the country is Bahasa? Is that asking too much?
So don’t cloud it with fact that Hokkien having some Malay words. So what about it? I am not questioning Hokkien but only question why can’t the language of the country be given the proper respect it deserves.
And don’t go about the Malays not knowing Mandarin either. Is Mandarin the National language of this country?
It is good for the Malays to also learn Mandarin but even if the majority of them do so, BM is still the language of this country and should be accorded the respect it deserves where every citizens can understand and be able to converse in the language. Is that too much to ask?
Can we go to France, Germany, Japan or Korea and not see the languages of those countries not used at all – not even a word – in the menus of their restaurants.
But this is going on in this country. Go the White House coffee in section 13 Shah Alam and look up its menu. Its only in English and Mandarin. Why this disrespect for BM. Yet most of the clientele of the shop are Malays.
These people have scant respect for the language of their own country. If you are loyal to this country then you should also be loyal to the language of the country.
I am not questioning those who know the language and are able to use it and understand it. But knowing alone is also not enough, but you must also be proud to use it.
And don’t cloud it with encouragement being made to learn English. Yes we should learn and be proficient in English. But does it mean that we don’t need to use BM or know and be able to speak it.
That is all what I wrote about my friend. Is that being extreme? And what has that got to do with Umno?
And try not to be insulting. It doesn’t show good breeding.
rejal arbee
If Ahmad Rejal is trying to be constructive, he should not use any race label indiscriminately. He claimed that there are citizens who can’t speak or understand the Malay language. The national secondary school system which adopted the Malay language as the sole medium of instruction was implemented in 1974. It is granted that those who finished their secondary school prior to 1974 may not be conversant in the Malay language.
Today, it is not possible for any Malaysian who has completed his/her six years of primary education, in both national or vernacular school, not to be able to understand or converse in the Malay language.
However, many of them (especially those above the age of 50) are able to converse and communicate in the language through socialisation with other Malays. In fact, it is not uncommon to find Malays being able to speak in Chinese dialects as a result of socialisation with their Chinese friends.
I would like to urge Ahmad to provide me with statistics of non-Malay citizens who are not able to speak or understand the language. I dare say that they belonged to the minority. If Ahmad hopes to see more people using the Malay language, he should sound more constructive and encouraging.
If Ahmad is trying to pick an issue with non-Malays not using the Malay language when socializing among themselves or with their family members, then I would say that he is just being discriminatory. Using one’s own mother tongue when conversing with family members and friends of the same ethnic origin does not mean that he/she is unpatriotic or disloyal to the nation.
Is it trendy for editors or columnists of Malay mainstream newspapers to use the non-Malays especially the Chinese as punching bags? Is Ahmad hoping to make an editorial comeback with his unwarranted and unfair criticism of non-Malays or Chinese?
If Ahmad is not pleased with some property developers, retailers or restaurants not using the Malay language, he should just limit his criticism to these companies or persons. By using the race label, he not only being racist but also an opportunist.
I pray that he does not turn into a race extremist. I hope his statement is made out of ignorance and a lack of understanding of non-Malay Malaysians.
Rejal made his final say with this:
Apabila usaha martabat bahasa Melayu dipersoal — Ahmad Rejal Arbee
February 10, 2011
10 FEB — Nampaknya apa yang saya bangkitkan minggu lalu mengenai ada sesetengah rakyat negara ini yang masih tidak boleh bertutur bahasa Melayu dan terus memperlekehkannya sudah menyentuh saraf otak seorang blogger dan membuatkannya begitu marah hingga menghina saya secara peribadi.
Blogger ini bernama Khoo Kay Peng, memetik sesetengah daripada apa yang saya tulis itu ke dalam bahasa Inggeris dan membuat perhitungannya sendiri kononnya saya sudah persoalkan patriotisme semua bukan Melayu kerana tidak berusaha untuk menggunakan dan memahami serta boleh bertutur bahasa Melayu.
Dia juga sengaja tidak hiraukan apa yang menjadi pokok persoalan saya, iaitu kenapa ada sesetengah pihak dalam negara ini tidak langsung menghormati bahasa Malaysia dengan menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin saja dalam iklan dan risalah yang mereka edarkan kepada orang ramai.
Persoalan yang saya bangkitkan kenapa tuan punya atau pengurusan syarikat itu sengaja tidak menghormati langsung bahasa negara mereka dengan mengabaikan penggunaannya tidak pula dinyatakannya.
Dia sedikit pun tidak menyentuh persoalan pokok yang saya timbulkan itu seperti juga kenapa masih ada warga negara ini yang beria-ia kononnya mereka menyanjungi negara ini, tetapi tidak berusaha untuk memahami bahasa Melayu, apa lagi menggunakannya.
Baik juga jawapan saya kepada tulisannya itu sudah dimuatkan dalam blognya, walaupun ditohmahkan pula kesangsian apakah saya sendiri yang memberikan jawapan itu. Kenapa hal ini pun mahu diragui? Siapa pula yang hendak menulis kepada blognya menyamar sebagai saya?
Mengulas jawapan saya itu, dia minta pula saya nyatakan statistik warga negara ini yang tidak faham atau boleh bertutur bahasa itu. Sememangnya statistik demikian ini tidak ada sebab kaji selidik mengenainya tidak pernah dijalankan.
Bagaimanapun, seorang rakan berbangsa Cina pernah menyatakan kepada saya bahawa ramai juga lulusan sekolah Cina yang tidak boleh bertutur bahasa Melayu, walaupun selepas menjalani peperiksaan mendapatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Rakan saya itu menyatakan bahawa ada murid sekolah menengah Jenis Kebangsaan Cina mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu pun hanyalah kerana mahu lulus SPM saja.
Selesai persekolahan ada antara mereka tidak berusaha menggunakannya pun. Ini juga mungkin kerana tidak perlu kerana mereka hanya bergaul dengan sebangsa saja tidak dengan orang Melayu.
Apa pun lulus mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat SPM pun tidak semestinya membuktikan mereka boleh bertutur bahasa Melayu. Maka saya mengesyorkan Kementerian Pelajaran mensyaratkan semua murid perlu lulus lisan Bahasa Melayu untuk lulus mata pelajaran Bahasa Melayu.
Bagaimanapun, Khoo mendakwa kononnya semua murid sekolah rendah baik dari sekolah kebangsaan mahu pun sekolah jenis kebangsaan sudah belajar bahasa Melayu selama enam tahun dan tentunya boleh faham dan boleh bertutur bahasa Melayu.
Katanya, hari ini tidak mungkin ada rakyat Malaysia yang sudah menghabiskan pelajaran rendahnya selama enam tahun baik di sekolah kebangsaan mahu pun sekolah jenis kebangsaan yang tidak boleh memahami atau tidak boleh bertutur bahasa Melayu.
Tentunya kenyataannya itu juga tidak disandarkan kepada statistik. Ada baiknya Kementerian Pelajaran mengadakan satu kaji selidik untuk mengetahui jumlah atau kadar peratusan warga negara ini yang tidak faham atau boleh bertutur bahasa Melayu.
Tanpa statistik itu pun, kita tahu masih ada dalam kalangan rakyat negara ini yang tidak faham atau boleh bertutur bahasa Melayu. Itulah sebabnya hingga sekarang ini pun jurubahasa Cina dan Tamil masih diperlukan di mahkamah dalam negara ini kerana masih ada rakyat negara ini yang tidak faham pertuduhan terhadap mereka yang dibuat dalam bahasa Melayu apabila dihadapkan ke mahkamah.
Jika benar semua rakyat negara ini tahu bahasa Melayu kenapa perlu diadakan jurubahasa di mahkamah? Mungkin mahkamah perlu mengkaji semula kenapa perlu diadakan jurubahasa Cina dan Tamil untuk warga negara sendiri.
Tetapi ini pun mungkin boleh diterima jika tidak wujud puak ekstrem dalam kalangan sesetengah daripada mereka yang berterusan memperlekehkan bahasa Melayu. Kenapa hingga hari ini ada kopitiam tidak mahu langsung menggunakan bahasa Melayu dalam kedainya baik dalam menu mahupun di papan tanda terpampang dalam kedai memberikan harga hidangan yang disediakannya? Lihat saja dua kedainya di Seksyen 13 dan Seksyen 7 di Shah Alam.
Ada yang cuba mempertahankan kopitiam ini kononnya tidak dikunjungi orang Melayu kerana tidak mempunyai sijil halal. Sama ada kedai itu mempunyai sijil halal yang diiktiraf atau tidak bukanlah persoalannya.
Jika tidak dikunjungi Melayu, apakah mereka bukan beroperasi dalam negara ini? Bagaimana pun kopitiam itu sememangnya mempunyai ramai pelanggan Melayu. Ini boleh dilihat sendiri.
Dalam hal ini apakah yang dilakukan Majlis Bandar Raya Shah Alam? Tidakkah pihak berkuasa boleh membuat tinjauan dan bertindak terhadap pengurusan yang bersikap begini biadap?
Khoo ini juga menimbulkan suatu perkara yang saya tidak sentuh pun, iaitu perbualan bukan Melayu sesama sanak saudara mereka sendiri dalam bahasa ibunda. Siapa pula hendak menyekat mereka menggunakan bahasa ibunda sendiri bila bertutur sesama adik-beradik? Jadi kenapa hal ini mahu ditimbulkan? Inilah apabila ada pihak yang cuba mahu menegakkan benang basah dan tidak mahu menerima kenyataan.
Selagi bahasa Melayu ini tidak diberikan tempat sewajarnya dan masih ada pihak yang berterusan memperlekehkannya, selagi itulah akan wujud kesangsian oleh sesetengah pihak terhadap sanjungan mereka itu kepada negara mereka sendiri. — Berita Harian
______________________________
What are we waiting for?
Comments : Leave a Comment »
Tags: Fake Citizen
Categories : Bahasa Kebangsaan, Demi Negara, Nation Building, Patriotik, Satu Sekolah
Tanah Pusaka & 1-Malaysia
13 02 2011
Kami terbitkan semula artikel yang dicatatkan oleh A KADIR JASIN yang bertajuk “Malaysia Tanah Pusaka Orang Melayu“, kerana adalah penting bagi rakyat Malaysia mengetahui asal usul tanah Semenanjung. Lagipun, matapelajaran sejarah telahpun menjadi satu matapelajaran wajib lulus. Pemaparan artikel ini juga bertujuan untuk menarik perhatian pemimpin negara sekarang ini, tentang konsep 1-Malaysia dan sekolah vernakular yang membuat ramai tertanya-tanya apakah sebenarnya konsep 1-Malaysia DS Najib yang nampaknya bertentangan malahan melanggari Perlembagaan Persekutuan serta Akta Bahasa yang sedia ada apabila beliau begitu tegar sekali membela kewujudan sekolah-sekolah vernakular di negara ini. Kementerian Pendidikan pula semakin hari nampaknya semakin tunduk kepada desakan-desakan kaum bukan Melayu mengakibatkan dasar-dasar pelajaran yang dilaksanakan kini semakin TUNGGANG LANGGANG, sehinggakan ianya digelarkan Dasar Pelajaran Tahi Kucing oleh pemilik blog VOICES AROUND.
Wednesday, February 02, 2011
Malaysia Tanah Pusaka Orang Melayu
A Kadir Jasin
[MUKHADIMAH] — DEFINISI Melayu mengikut Artikel 160(2) iaitu “Orang Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan :-
(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau (b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian.
MENGIKUT semantik semasa di kalangan sesetengah orang bukan Melayu dan segelintir orang Melayu sesat, tajuk di atas adalah rasis kerana sesiapa pun yang bercakap mempertahankan bangsa Melayu adalah seorang yang rasis.
Sebaliknya mempertahankan hak bangsa-bangsa lain di bumi yang sama adalah “hak”. Natijahnya, orang Melayu mempertahankan haknya dia dianggap rasis, tetapi apabila orang bukan Melayu melakukan yang sama ia dikatakan hak mereka.
Sentimen ini diulang sebut oleh bekas Perdana Menteri (Tun) Dr Mahathir Mohamad ketika berucap di wacana ilmu anjuran bersama Mubarak, Yayasan Perikatan dan Arkib Negara di ibu negara semalam.
Tetapi Dr Mahathir “memberanikan” diri mengulangi bahawa bumi ini adalah bumi Melayu. Melayu adalah tuan rumah. Melayu menentang Malayan Union. Melayu menuntut kemerdekaan dan Melayu bersetuju menerima kewarganegaraan kaum pendatang dari China dan India.
Menggunakan landasan jus soli, British berjaya memujuk orang Melayu menerima kewarganegaraan satu juta orang keturunan imigran yang lahir di Tanah Melayu apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957.
Tuan Rumah Terpaksa Berkongsi Rumah
Sekali gus mereka mendapat hak sebagai warganegara dan bagi orang Melayu, daripada “tuan rumah” di Tanah Melayu mereka terpaksa berkongsi rumah itu dengan orang Cina dan India.
Saya hadir wacana ilmu itu, tetapi ingin merujuk kepada laporan portal berita Malaysian Insider yang memetik Dr Mahathir sebagai berkata, pemimpin negara yang terdahulu memberikan kewarganegaraan kepada orang Cina dan India kerana mereka menjangka orang Cina dan India akan menghormati kedaulatan Melayu.
Jadi adakah Dr Mahathir rasis dan sesiapa yang sependapat dengan beliau rasis apabila beliau mengulang tegas bahawa Malaysia dimiliki oleh orang Melayu dan sesiapa yang menjadi rakyat negara ini wajiblah menerima budaya dan bahasa Melayu sebagai budaya dan bahasa dominan?
Seperti saya tulis berulang kali, orang yang menafikan Melayu sebagai tuan rumah bumi Malaysia ini atau segelintir orang Melayu sendiri yang berkata mereka juga pendatang adalah buta sejarah atau hidup dalam penafian.
Lama sebelum kelompok cauvinis dan penentang sejarah ini mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu (termasuk Bumiputera lain) serta kedudukan mereka sebagai tuan rumah, para sejarawan, pengembara dan pelukis peta Barat sudah mengakui kewujudan Dunia Melayu dalam wilayah geografi (geographical area) yang mereka panggil “Malay Archipelago” (Kepulauan Melayu).
Lama sebelum itu, ahli geografi Greek, Claudius Ptolemy (c.90-168) memberi nama Golden Chersonese atau dalam bahasa Greek, Chersonesus Aurea, kepada Semenanjung Tanah Melayu. Dia memberi label itu kerana Semenanjung Tanah Melayu mempunyai reputasi sebagai sumber penting emas dunia.
Hakikatnya, emas (dan kemudian bijih timah) lah yang membawa ramai perantau Cina ke Tanah Melayu pada kurun ke-19 hingga pertengahan kurun ke-20. Emas masih dilombong di negara kita hingga ke hari ini.
Manakala orang India umumnya datang ke Tanah Melayu atas tajaan British dan agen-agennya untuk bekerja sebagai “coolie” di ladang-ladang kelapa, getah dan teh, orang Cina dibawa masuk oleh tauke-tauke lombong Cina atau datang sendiri untuk menanam gambir, lada dan sayur-sayuran serta berniaga kecil-kecilan.
(Demi mengelak daripada dituduh rasis dan tidak sensitif, saya ingin menjelaskan yang istilah coolie atau disebut juga cooley, kuli, quli dan koelie berasal daripada perkataan Urdu quli yang bererti pekerja harian atau pekerja bergaji hari.)
Yang dibawa oleh Inggeris adalah candu kerana mereka memonopoli perniagaan candu dan ramai imigran dari China menagih candu. British berperang dua kali dengan China untuk menguasai perdagangan candu (1839-42 dan 1856-60).
Antara bekas penagih candu terkenal dan berjaya di Tanah Melayu adalah Kuok Keng Kang, bapa kepada Raja Gula Robert Kuok Hock Nien. Keng Kang mengatasi penagihan candu apabila “dibawa” melancong ke Eropah oleh kawan-kawan Melayunya pada tahun 1928. Keng Kang menjadi lebih berjaya apabila diberikan kontrak oleh Inggeris untuk membekalkan makanan kepada 50,000 tawanan perang Jepun selepas Perang Dunia Kedua.
Kedai candu (opium den) dan kedai todi adalah antara perniagaan yang paling awal dilesenkan oleh British. Kedai candu dan penagihan candu sudah lama diharamkan, tetapi kedai todi ada lagi.
Saya membaca dalam akhbar bahawa kedai todi terakhir di Kuala Lumpur yang terletak di Brickfields akan ditutup kerana kehadirannya tidak cocok lagi dengan imej moden Brickfields sebagai “Little India” hasil ledakan minda Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak.
Kesan Buruk Ekonomi Penjajah
Oleh kerana minat Inggeris di Tanah Melayu adalah ke atas kekayaan bumi dan bukan penaklukan mutakhir maka mereka memberikan “kebebasan” kepada orang Melayu untuk terus miskin dan pada masa yang sama membenarkan kaum imigran mengamalkan cara hidup mereka.
Selain candu dan todi, turut datang dengan kaum-kaum imigran adalah agama dan budaya mereka, termasuklah kasta bagi orang Hindu dan kongsi gelap bagi orang Cina.
Ekonomi dipecah-pecahkan. Melayu dikekalkan di luar bandar dengan ekonomi kais pagi makan pagi, kais petang makan petang (subsistence economy), Cina dalam sektor perlombongan dan perniagaan manakala India perladangan dan perburuhan.
Sebahagian besar kesan pemisahan ekonomi dan sosial oleh penjajahan Inggeris, seperti Dr Mahathir tegaskan, masih wujud dan inilah yang perlu diatasi sebelum bangsa Malaysia yang sejati boleh diwujudkan.
Katanya, walaupun orang Melayu telah mencatat banyak kejayaan, namun jurang yang memisahkan mereka dengan orang keturunan imigran masih luas dan mungkin menjadi lebih luas jika dasar pembahagian kekayaan negara seperti yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru dihapuskan.
Dr Mahathir tidak melihat tindakan mewujudkan label akan membawa kebaikan kepada negara sekiranya tidak dijelaskan dan dibentuk dengan cara yang boleh difahami umum.
Menjawab pertanyaan mengenai 1Malaysia, Dr Mahathir berkata tinjauan rambang memberi gambaran bahawa kepada orang Melayu 1Malaysia bererti satu aliran sekolah. Jadi mereka mahu sekolah Cina dan Tamil dihapuskan. Kepada orang Cina dan India pula, kekalkan sekolah Cina dan Tamil, tapi hapuskan hak dan keistimewaan orang Melayu.
Dr Mahathir berkata beliau pernah mengemukakan konsep dan aspirasi Bangsa Malaysia sewaktu memperkenalkan Wawasan 2020 pada tahun 1991 di mana semua kaum meletakkan kepentingan negara di atas kepentingan kaum masing-masing.
Dr Mahathir berkata, kalau kaum-kaum di Malaysia terus memperjuangkan hak masing-masing berdasarkan negara asal mereka, maka ini jelas membuktikan bahawa mereka mengaku mereka adalah pendatang.
Sekarang Adalah “Masa Depan”
Beliau mengingatkan orang Melayu, apa yang mereka lalui hari ini adalah “masa depan” yang diperjuangkan oleh orang Melayu sebelum merdeka.
Sama ada “masa depan” yang akan mendatang yang sedang dibahaskan sekarang akan lebih baik dari yang ada pada hari ini atau sebaliknya bergantung kepada kesepakatan orang Melayu dan pemimpin mereka.
Dr Mahathir membuat kesimpulan semasa orang Melayu lemah di segi politik dan ekonomi, mereka menjadi kuat hingga mampu melawan Malayan Union dan akhirnya mencapai kemerdekaan kerana mereka bersatu padu.
Hari ini, orang Melayu mungkin lebih kuat sedikit di segi ekonomi, tetapi mereka lemah di segi politik sehingga terpaksa bergantung kepada kaum-kaum minoriti kerana Melayu berpecah-belah, korup dan mudah diperkotak-katikkan. Penawar kepada maladi (penyakit) bangsa ini, kata Dr Mahathir, adalah perpaduan.
Comments : 1 Comment »
Tags: Tanah Pusaka
Categories : 1-Malaysia, Demi Negara, Sejarah
Kerajaan Yang Melanggari Undang-Undang Persekutuan
11 02 2011
Kami paparkan sebahagian dari artikel PANEH MIANG yang menyentuh tentang isu kedudukan bahasa kebangsaan negara ini dan juga isu kewujudan sekolah-sekolah vernakular. Sila baca artikel penuh DI SINI.
3. Cina di Indonesia dan Thailand diharamkan menggunakan nama Cina, serta tidak diberi peluang langsung untuk membina sekolah Cina, apatah lagi untuk belajar menggunakan bahasa ibunda mereka.
4. Berbeza dengan Malaysia, apa saja yang diminta mahupun didesak oleh kaum Cina, maka pasti kerajaan (Najib) akan tunaikan. Apa yang sekolah kebangsaan dapat daripada kerajaan, maka semua sekolah Cina pun akan dapat benda yang sama.
5. Namun yang gagal difahami oleh kebanyakan Menteri Kabinet berbangsa Melayu (Najib) di negara ini ialah penekanan istilah atau aspek teknikal perkataan dan ayat dalam Perlembagaan Persekutuan adalah amat penting sebelum Menteri (Najib) merangka dasar atau memberi wang dengan sewenang-wenangnya kepada sekolah vernakular. Perkataan-perkataan dalam Perkara 152 (a) dan 152 (b) seperti “menggunakan”, “mengajar”, “belajar”, “penggunaan” serta “pengajian” adalah perkataan-perkataan untuk membezakan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan bahasa-bahasa lain yang terdapat di Malaysia (sila rujuk Perlembagaan Persekutuan).
6. Berdasarkan Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan, sekolah vernakular (SJKC & SJKT) sepatutnya dikategorikan sebagai sekolah swasta sebagaimana Sekolah Jepun atau sekolah antarabangsa yang lain terdapat di Malaysia. Kerajaan tidak bertanggungjawab untuk memberi kemudahan serta bantuan kewangan daripada dana negara atau negeri kepada SJKC dan SJKT, apatah lagi melambakkan berjuta ringgit kepada sekolah vernakular ini di setiap PRK. Kerajaan hanya dibolehkan memberi bantuan kewangan hanya dengan tujuan untuk memelihara “penggunaan dan pengajian” bahasa kaum lain tetapi bukannya untuk “belajar dan mengajar” bahasa-bahasa kaum lain iaitu mandarin dan tamil.
7. Mengutamakan bahasa mandarin dan tamil adalah bertentangan dengan hak kesemarataan dan hak pendidikan di Malaysia.
8. Kerajaan kini melalui Kementerian Pelajaran sebenarnya telah melanggari undang-undang Persekutuan apabila memberikan bantuan dan kemudahan kepada SJKC dan SJKT kerana secara tidak langsung kementerian telah cuba menyamaratakan sekolah kebangsaan dengan dua aliran sekolah tersebut.
9. Ini jelas merupakan satu bentuk diskriminasi kepada sekolah Kebangsaan yang memperolehi dana hanya daripada kerajaan sedangkan SJKC dan SJKT memperolehi dua saluran dana iaitu daripada kerajaan serta bantuan orang perseorangan serta entiti perniagaan kaum masing-masing.
Sila layari artikel sepenuhnya DI SINI.
Comments : Leave a Comment »
Tags: Perlembagaan Persekutuan
Categories : Bahasa Kebangsaan, Demi Negara, Najib, Nation Building, Patriotik, Vernakular
Sekolah Vernakular Sebagai Agen Pemecah Belah Perpaduan Negara
9 02 2011
PURE SHIITE telah menerbitkan sebuah artikel bertajuk, “Stress Testing The Logic of Vernacular Schooling” pada akhir tahun 2008 dahulu. Kami paparkan semua di bawah ini artikel tersebut di bawah ini.
Stress Testing The Logic of Vernacular Schooling
First of all …i’ve not read that much about vernacular school…..always find the whole thing rather strange…somehow does not fit….since i was small…..so i’m just gonna write based on the very little that i know of the whole vernacular schooling system in Malaysia…..
Stress Test Scenario
What if Vernacular School students need to pass a verbal interview in Bahasa Malaysia for them to proceed to the next level of anything in their system……
And if they fail any of these interview, they must take additional classes to prepare for the repeat interview………they must then be evaluated annually..to measure their “ability” in our National Language versus the Control Sample of Chinese or Indian Students in National Schools who are provided additional classes in Tamil and Mandarin…….it does not not take long you can start with the current 7 year old joining the education system in January…….monitor them and tell us in 1 year …also compare the two sample population in their mother tongue ability (same interview in Tamil and Mandarin should be conducted on the National School sample population)
Then you must also shock the whole system altogether……. if they do not reach a certain standards at the age of 16….they CANNOT apply for a driving or a motor cycle license..they must then take more classes in Bahasa Malaysia and undertake more verbal interviews , Vernacular Driving schools must be eliminated as well IMMEDIATELY ………..maybe that’s why they need multilingual sign-boards…….how does it sound anyway in those strange characters……:”Jha Lan La Ja La Ut”…does it sound like that or do they actually translate the whole thing into say “Walking King Sea”………
Start now …and lets see if “they” can defend their logic in maintaining vernacular school….
Say now if the government PULL OUT completely in funding these vernacular or Sekolah “Jenis” Kebangsaan….euu got jenis one!!…..do you think the race that control the wealth in our country would sit back ……or do u think they would immediately operate their own Ministry of Education…..to organize the whole thing complete with funding, printing, construction and education capabilities…….probably thru donation from the community……..the moment people put in money into a cause that they “believe” in……then we are definitely on a direct collision course….we need to readjust this evolving path….that can only be done thru systematic and strategic policy action………..so to discourage the funding…..taxes must be used….Parents who send their children to vernacular school must pay additional 5% Income Tax………
Lets say then they apply to operate a private school….make sure they pay thru the roof for the annual license……..make them pay……..just make them pay…….lets see how much money do they actually have to sustain the whole perverted system……
National News should also no longer be conducted in any other language except for Bahasa Malaysia and English…..RTM take note….you must have consistent policy action coordinated in a holistic manner……..Advertisements should also use Bahasa n English only………
Newpapers in Chinese or Indian Language must have 40% Minimum content in bahasa malaysia…..with alternate pages so that the Bahasa section does not end up as alas periuk or something like that………make them pay again…….make them pay………..
Our Constitution is being undermined by agents of disunity……too much vested interest….purely to buy votes of a particular race…………sprinkling the myopic logic on the need to maintain vernacular school further….into the minds of malaysians
Look ahead people….look into the eyes of your children…..what kind of future do you want them to be in………..we must start now..to build that future…………..the one that makes us smile on our death bed………
Nampaknya, “Stress Test” ini juga telah disuarakan hari ini DI SINI (juga diterbitkan semula dibawah ini), di mana soal patriotisma terhadap negara dipersoalkan apabila seseorang, termasuk pemimpin kerajaan sendiri, memperlekehkan kepengunaan bahasa Kebangsaan negara ini.
Non-Malays unpatriotic for neglecting BM, says ex-editor
By Shannon Teoh
February 03, 2011
KUALA LUMPUR, Feb 3 — A former newspaper editor has reignited the debate on language proficiency among Malaysians when he questioned today the patriotism of non-Malays, especially Chinese, who do not embrace the Malay language.
Datuk Ahmad Rejal Arbee wrote in Umno-controlled Berita Harian today that after 53 years of independence, non-Malays should be proud of the national language if they were loyal citizens.
“They get so sensitive when their patriotism is doubted but make no effort to use and understand Malay,” the former Berita Harian group editor said.
“What loyalty is there if they do not try to learn and use their own national language?” he wrote, adding that what was learnt in Chinese vernacular schools was only to pass exams.
Ahmad Rejal said that there were non-Malays that did not care about and deliberately “belittled Malay” despite calling Malaysia their country.
Recently, former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamed had said that non-Malays should cut ties with their countries of origin if they did not want to be considered immigrants in this country.
He had said that Malaysia was Tanah Melayu (Malay land) and all Malaysians should accept the culture and language of the dominant community.
Newspaper circulation, especially for the English and Bahasa morning newspapers, have fallen in recent years although Chinese dailies are enjoying growing circulation. However, Bahasa tabloids that focus on entertainment and gossip are selling three times more than other newspapers.
Ahmad Rejal, who was once editor-in-chief of national news agency Bernama, wrote today that despite non-Malays being able to learn and use their own mother tongues, they simply did not make any effort to uphold the use of Malay.
“Can you blame Malays for assuming that Chinese do not want to uphold Malay as the national language?
“When can we hope for Chinese and Indians to speak in the national language in their daily speech?” he added, claiming that in Indonesia, it was the norm for Chinese to speak in Indonesian.
Now a Universiti Kebangsaan Malaysia Fellow, Ahmad Rejal called on the Education Ministry to have must-pass oral exams for students taking Malay.
Comments : 1 Comment »
Tags: Vernacular Stress Test
Categories : Bahasa Kebangsaan, Patriotik
Tanah Melayu dan Bangsa Malaysia
7 02 2011
Kami berhasrat untuk merekodkan artikel dari JUST MY THOUGHTS, di bawah ini, semoga ianya menjadi panduan, khasnya bagi Kementerian Pendidikan dan Kerajaaan Malaysia pimpinan DS Najib dalam menggubal dasar-dasar ataupun arahan-arahan Pendidikan bagi membentuk anak bangsa. Seperti kata Tagore, “To build a nation, build a school“, dengan harapan supaya sistem pendidikan negara tidak dilaksanakan secara TUNGGANG LANGGANG begitu rupa hingga mampu membuatkan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa asing di bumi sendiri kerana terlalu melayan tuntutan-tuntutan kaum bukan Melayu.
Dr Mahathir says Malaysia is Tanah Melayu
“MENGIKUT semantik semasa di kalangan sesetengah orang bukan Melayu dan segelintir orang Melayu sesat, tajuk di atas adalah rasis kerana sesiapa pun yang bercakap mempertahankan bangsa Melayu adalah seorang yang rasis.
Sebaliknya mempertahankan hak bangsa-bangsa lain di bumi yang sama adalah “hak”. Natijahnya, orang Melayu mempertahankan haknya dia dianggap rasis, tetapi apabila orang bukan Melayu melakukan yang sama ia dikatakan hak mereka”
A.Kadir Jasin
What a few days it has been for PM Najib and his UMNO/BN led Government, it started with a good victory in the Tenang by-election, the turmoil in Egypt which moved the Government into action by sending our TUDM Hercules C-130s to rescue thousands of stranded Malaysian students and then Dr. Mahathir lambasting Nik Aziz, Anwar Ibrahim and Lee Kuan Yew at one go. Not quite finished, on 1 February 2011, Dr. Mahathir gave a speech destined to be reported everywhere and commented upon both in the positive and the negative:
Malaysia is Tanah Melayu, says Dr M
By Asrul Hadi Abdullah Sani February 01, 2011(MI)
KUALA LUMPUR, Feb 1 — Tun Dr Mahathir Mohamad told Malaysians today to admit that the country belonged to the Malays and accept the culture and language of the dominant community.The former prime minister said that country’s forefathers gave the Chinese and Indians citizenship because they expected the communities to respect Malay sovereignty.
“This country belongs to the Malay race. Peninsular Malaysia was known as Tanah Melayu but this cannot be said because it will be considered racist.
“We must be sincere and accept that the country is Tanah Melayu,” he told an audience at the “Malay race and the future” talk at the Tun Hussein Onn Memorial here.
Dr Mahathir also stressed that non-Malays must accept the concept of “Bangsa Malaysia” (Malaysian nation) to help strengthen national unity.
He said the communities must place country before race and identify themselves as Malaysians.
He said if the communities continue to identify themselves according to the country of origin then it is an admission that they are immigrants in the country.
Dr Mahathir said that all races must accept that they are from “Bangsa Malaysia” to allow better co-operation from the different races and guarantee the future of the country.
He added that Malays will feel less threatened if the country adopts the concept of “Bangsa Malaysia”.
“(Former Philippine President Corazon) Cory Aquino is Chinese but she identified herself as a Filipino. (Former Thai Prime Minister) Thaksin Shinawatra is Chinese but he speaks the Thai language and lives the Thai culture.
“It is different in Malaysia, we still introduce ourselves according to our race. This is why the question of race will continue to haunt us,” he said.
read the rest here.
That Malaysia is Tanah Melayu cannot be doubted as the former colonial powers Portugal, Holland and the Brits have accepted that fact, unless of course one is so filled with irrational hate and fear and could not bear to hear the words “Tanah Melayu”.
I wonder what PM Najib would say about Dr. Mahathir’s speech this time, he is after all the main force behind 1Malaysia and also a great supporter of the devisive vernacular schools. Or will he just keep quiet and let the matter pass?
This is a great post by Datuk Kadir Jasin which complements very well with what Dr. Mahathir had to say on 1 February 2011. I am reproducing it in full for my record and hopefully to reach other readers as well:
Malaysia Tanah Pusaka Orang Melayu
A Kadir Jasin
MENGIKUT semantik semasa di kalangan sesetengah orang bukan Melayu dan segelintir orang Melayu sesat, tajuk di atas adalah rasis kerana sesiapa pun yang bercakap mempertahankan bangsa Melayu adalah seorang yang rasis.
Sebaliknya mempertahankan hak bangsa-bangsa lain di bumi yang sama adalah “hak”. Natijahnya, orang Melayu mempertahankan haknya dia dianggap rasis, tetapi apabila orang bukan Melayu melakukan yang sama ia dikatakan hak mereka.
Sentimen ini diulang sebut oleh bekas Perdana Menteri (Tun) Dr Mahathir Mohamad ketika berucap di wacana ilmu anjuran bersama Mubarak, Yayasan Perikatan dan Arkib Negara di ibu negara semalam.
Tetapi Dr Mahathir “memberanikan” diri mengulangi bahawa bumi ini adalah bumi Melayu.
-Melayu adalah tuan rumah.
-Melayu menentang Malayan Union.
-Melayu menuntut kemerdekaan dan
-Melayu bersetuju menerima kewarganegaraan kaum pendatang dari China dan India.
Menggunakan landasan jus soli, British berjaya memujuk orang Melayu menerima kewarganegaraan satu juta orang keturunan imigran yang lahir di Tanah Melayu apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957.
Tuan Rumah Terpaksa Berkongsi Rumah
Sekali gus mereka mendapat hak sebagai warganegara dan bagi orang Melayu, daripada “tuan rumah” di Tanah Melayu mereka terpaksa berkongsi rumah itu dengan orang Cina dan India.
Saya hadir wacana ilmu itu, tetapi ingin merujuk kepada laporan portal berita Malaysian Insider yang memetik Dr Mahathir sebagai berkata, pemimpin negara yang terdahulu memberikan kewarganegaraan kepada orang Cina dan India kerana mereka menjangka orang Cina dan India akan menghormati kedaulatan Melayu.
Jadi adakah Dr Mahathir rasis dan sesiapa yang sependapat dengan beliau rasis apabila beliau mengulang tegas bahawa Malaysia dimiliki oleh orang Melayu dan sesiapa yang menjadi rakyat negara ini wajiblah menerima budaya dan bahasa Melayu sebagai budaya dan bahasa dominan?
Seperti saya tulis berulang kali, orang yang menafikan Melayu sebagai tuan rumah bumi Malaysia ini atau segelintir orang Melayu sendiri yang berkata mereka juga pendatang adalah buta sejarah atau hidup dalam penafian.
Lama sebelum kelompok cauvinis dan penentang sejarah ini mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu (termasuk Bumiputera lain) serta kedudukan mereka sebagai tuan rumah, para sejarawan, pengembara dan pelukis peta Barat sudah mengakui kewujudan Dunia Melayu dalam wilayah geografi (geographical area) yang mereka panggil “Malay Archipelago” (Kepulauan Melayu).
Lama sebelum itu, ahli geografi Greek, Claudius Ptolemy (c.90-168) memberi nama Golden Chersonese atau dalam bahasa Greek, Chersonesus Aurea, kepada Semenanjung Tanah Melayu. Dia memberi label itu kerana Semenanjung Tanah Melayu mempunyai reputasi sebagai sumber penting emas dunia.
Hakikatnya, emas (dan kemudian bijih timah) lah yang membawa ramai perantau Cina ke Tanah Melayu pada kurun ke-19 hingga pertengahan kurun ke-20. Emas masih dilombong di negara kita hingga ke hari ini.
Manakala orang India umumnya datang ke Tanah Melayu atas tajaan British dan agen-agennya untuk bekerja sebagai “coolie” di ladang-ladang kelapa, getah dan teh, orang Cina dibawa masuk oleh tauke-tauke lombong Cina atau datang sendiri untuk menanam gambir, lada dan sayur-sayuran serta berniaga kecil-kecilan.
(Demi mengelak daripada dituduh rasis dan tidak sensitif, saya ingin menjelaskan yang istilah coolie atau disebut juga cooley, kuli, quli dan koelie berasal daripada perkataan Urdu quli yang bererti pekerja harian atau pekerja bergaji hari.)
Yang dibawa oleh Inggeris adalah candu kerana mereka memonopoli perniagaan candu dan ramai imigran dari China menagih candu. British berperang dua kali dengan China untuk menguasai perdagangan candu (1839-42 dan 1856-60).
Antara bekas penagih candu terkenal dan berjaya di Tanah Melayu adalah Kuok Keng Kang, bapa kepada Raja Gula Robert Kuok Hock Nien. Keng Kang mengatasi penagihan candu apabila “dibawa” melancong ke Eropah oleh kawan-kawan Melayunya pada tahun 1928. Keng Kang menjadi lebih berjaya apabila diberikan kontrak oleh Inggeris untuk membekalkan makanan kepada 50,000 tawanan perang Jepun selepas Perang Dunia Kedua.
Kedai candu (opium den) dan kedai todi adalah antara perniagaan yang paling awal dilesenkan oleh British. Kedai candu dan penagihan candu sudah lama diharamkan, tetapi kedai todi ada lagi.
Saya membaca dalam akhbar bahawa kedai todi terakhir di Kuala Lumpur yang terletak di Brickfields akan ditutup kerana kehadirannya tidak cocok lagi dengan imej moden Brickfields sebagai “Little India” hasil ledakan minda Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak.
Kesan Buruk Ekonomi Penjajah
Oleh kerana minat Inggeris di Tanah Melayu adalah ke atas kekayaan bumi dan bukan penaklukan mutakhir maka mereka memberikan “kebebasan” kepada orang Melayu untuk terus miskin dan pada masa yang sama membenarkan kaum imigran mengamalkan cara hidup mereka.
Selain candu dan todi, turut datang dengan kaum-kaum imigran adalah agama dan budaya mereka, termasuklah kasta bagi orang Hindu dan kongsi gelap bagi orang Cina.
Ekonomi dipecah-pecahkan. Melayu dikekalkan di luar bandar dengan ekonomi kais pagi makan pagi, kais petang makan petang (subsistence economy), Cina dalam sektor perlombongan dan perniagaan manakala India perladangan dan perburuhan.
Sebahagian besar kesan pemisahan ekonomi dan sosial oleh penjajahan Inggeris, seperti Dr Mahathir tegaskan, masih wujud dan inilah yang perlu diatasi sebelum bangsa Malaysia yang sejati boleh diwujudkan.
Katanya, walaupun orang Melayu telah mencatat banyak kejayaan, namun jurang yang memisahkan mereka dengan orang keturunan imigran masih luas dan mungkin menjadi lebih luas jika dasar pembahagian kekayaan negara seperti yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru dihapuskan.
Dr Mahathir tidak melihat tindakan mewujudkan label akan membawa kebaikan kepada negara sekiranya tidak dijelaskan dan dibentuk dengan cara yang boleh difahami umum.
Menjawab pertanyaan mengenai 1Malaysia, Dr Mahathir berkata tinjauan rambang memberi gambaran bahawa kepada orang Melayu 1Malaysia bererti satu aliran sekolah. Jadi mereka mahu sekolah Cina dan Tamil dihapuskan. Kepada orang Cina dan India pula, kekalkan sekolah Cina dan Tamil, tapi hapuskan hak dan keistimewaan orang Melayu.
Dr Mahathir berkata beliau pernah mengemukakan konsep dan aspirasi Bangsa Malaysia sewaktu memperkenalkan Wawasan 2020 pada tahun 1991 di mana semua kaum meletakkan kepentingan negara di atas kepentingan kaum masing-masing.
Dr Mahathir berkata, kalau kaum-kaum di Malaysia terus memperjuangkan hak masing-masing berdasarkan negara asal mereka, maka ini jelas membuktikan bahawa mereka mengaku mereka adalah pendatang.
Sekarang Adalah “Masa Depan”
Beliau mengingatkan orang Melayu, apa yang mereka lalui hari ini adalah “masa depan” yang diperjuangkan oleh orang Melayu sebelum merdeka.
Sama ada “masa depan” yang akan mendatang yang sedang dibahaskan sekarang akan lebih baik dari yang ada pada hari ini atau sebaliknya bergantung kepada kesepakatan orang Melayu dan pemimpin mereka.
Dr Mahathir membuat kesimpulan semasa orang Melayu lemah di segi politik dan ekonomi, mereka menjadi kuat hingga mampu melawan Malayan Union dan akhirnya mencapai kemerdekaan kerana mereka bersatu padu.
Hari ini, orang Melayu mungkin lebih kuat sedikit di segi ekonomi, tetapi mereka lemah di segi politik sehingga terpaksa bergantung kepada kaum-kaum minoriti kerana Melayu berpecah-belah, korup dan mudah diperkotak-katikkan. Penawar kepada maladi (penyakit) bangsa ini, kata Dr Mahathir, adalah perpaduan.
I agree with what Dr. Mahathir and Datuk Kadir have to say about Tananh Melayu and their right to say it.
Lets debunk this utter rubbish about calling people who are defending the rights, dignity and calling for unity of Malays in Malaysia as being racist.
Comments : 2 Comments »
Tags: Tanah Melayu
Categories : Demi Negara, Nation Building, Sistem Pendidikan
Bahasa dan Patriotisma
5 02 2011
Sebagai lanjutan kepada artikel yang di terbitkan sebelum ini, “Dasar Pendidikan Yang Tunggang Langgang“, kami terbitkan semula di bawah ini artikel dari laman Cikgu Zul – BAHASAKU GLOBAL BANGSAKU GLOKAL yang membincangkan isu bahasa kebangsaan negara ini dan tahap kepenggunaannya oleh sebahagian dari yang kononnya bergelar “rakyat” bukan-Melayu.
Soal penggunaaan bahasa kebangsaan di mana-mana negara di dunia ini pun akan berkait rapat dengan soal patriotisma terhadap negara itu sendiri. Orang Amerika menggunakan bahasa Inggeris Amerika dalam hidupan seharian mereka. Begitu juga orang Jerman, Britain dan lain-lain negara di dunia termasuklah rakyat Negara Komunis China yang menggunakan bahasa Mandarin, iaitu bahasa kebangsaan mereka.
Negara ini telah menggunakan dasar pendidikan yang tunggang langgang di mana benih patriotisma telah TIDAK DISEMAI dengan sewajarnya kepada anak-anak bangsa apabila secara tidak langsung ianya memberi lebih keutamaan kepada bahasa kedua (Inggeris) dan juga bahasa Mandarin daripada bahasa kebangsaan sendiri, iaitu bahasa Melayu. Contohnya, untuk lulus bahasa Inggeris, para pelajar juga disyaratkan lulus ujian lisannya. Tetapi syarat ini pula tidak dilaksanakan untuk lulus bahasa Melayu. Sila baca juga perenggan terakhir artikel yang dipetik dibawah ini.
Apabila disyaratkan guru-guru bahasa Melayu MESTI fasih bahasa Mandarin dan Tamil DAHULU, baru fasih bahasa Melayu (rujuk artikel sebelum ini) untuk mengajar bahasa kebangsaan di sekolah-sekolah HARAM, apakah ini membayangkan “patriotisma” itu sendiri dalam dasar Pendidikan Negara? Mereka sendiripun TUNGGANG LANGGANG dalam menyebut bahasa Mandarin dan bahasa ibunda kerana bahasa Mandarin itu ADALAH BAHASA RASMI NEGARA CHINA KOMUNIS dan bahasa ibunda yang begitu tegar digunakan oleh yang konon bergelar “rakyat” negara ini adalah bukannya bahasa Mandarin, tetapi tionghua, cantonese dan sebagainya. Kerajaan dan Kementerian Pelajaran seolah-olah di TIPU HIDUP-HIDUP dalam penggunaan bahasa ibunda dan bahasa Mandarin di negara ini yang memudaratkan status bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini.
ISU BAHASA : RAKYAT PATRIOTIK PATUT BANGGA BERTUTUR DALAM BAHASA MELAYU
Rakyat bukan Melayu negara ini, khususnya yang berketurunan Cina begitu sensitif apabila ada pihak yang mempersoalkan semangat patriotisme mereka atau kesediaan mereka menjadi rakyat yang memiliki jati diri terhadap negara ini. Lantaran itu, pernahkah mereka bertanya pada diri sendiri kenapa masih ada orang Melayu yang sangsi terhadap pendirian sesetengah daripada mereka. Saya hanya mahu ajukan satu persoalan saja. Apakah semua mereka yang mengakui sebagai warga negara ini tahu apa itu jati diri sebagai rakyat Malaysia? Bolehkah sesetengah daripada mereka menunjukkan sikap bahawa mereka menerima sepenuhnya jati diri itu yang antaranya menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini dan menghayatinya?
Kenapakah sehingga kini pun masih terdapat pelbagai puak yang sengaja memperlekehkan penggunaan bahasa Melayu hingga ada yang tidak langsung menunjukkan rasa menghormati kepada bahasa kebangsaan negara yang mereka sendiri akui sebagai tanah tumpah darah mereka? Persoalannya ialah kenapa selepas 53 tahun merdeka pun masih ramai tidak mengambil kisah penggunaan bahasa kebangsaan negara ini? Sebagai warga negara yang taat setia, mereka sepatutnya berbangga dengan bahasa kebangsaan negara mereka sendiri. Apa kesetiaannya kalau bahasa kebangsaan negara sendiri pun mereka tidak berusaha mempelajari dan menggunakannya. Bahasa Melayu yang mereka pelajari di sekolah Cina pun hanyalah untuk lulus peperiksaan saja. Selepas menduduki peperiksaan, mereka terus melupakannya dan langsung tidak bertutur dalam bahasa Melayu. Maka itu, Kementerian Pelajaran patut mulai tahun ini menetapkan semua pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu diwajibkan lulus ujian lisan seperti ditetapkan untuk Bahasa Inggeris.
Kalau mahu lulus Bahasa Inggeris, pelajar dikehendaki juga lulus ujian lisan bahasa Inggeris, kenapa ujian demikian tidak boleh diadakan untuk bahasa Melayu juga? Kini ramai di antara mereka memberi alasan usaha kerajaan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris untuk terus mengabaikan bahasa Melayu. Kenapa demikian? Penguasaan bahasa Inggeris tiada kena mengena dengan pengabaian bahasa Melayu. Seperti yang pernah dinyatakan Prof Dr Teo Kok Seong dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM, bahawa bahasa adalah medium untuk meningkatkan perpaduan dan semangat nasionalisme. “Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan kita dan diperkenalkan demikian ke persada dunia. Walaupun dalam masa sama kita pelajari bahasa Inggeris, ia bukanlah bertujuan mengetepikan bahasa Malaysia,” katanya. Apakah keadaan ini yang menyebabkan akhbar Melayu hanya dibaca oleh orang Melayu saja? Edaran akhbar Melayu kepada orang bukan Melayu tidak sampai lima peratus pun dari jumlah keseluruhan edarannya dengan hanya dua peratus dibaca orang Cina dan tiga peratus orang India.
Apakah kesimpulan yang kita boleh buat dari perkembangan akhir-akhir ini hinggakan risalah iklan pelbagai barangan dan pembinaan rumah hanya diadakan dalam bahasa Inggeris dan Mandarin. Seperti juga sesetengah kopitiam yang dilanggan orang Melayu pun tidak menghormati bahasa Melayu dengan menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin saja di kedai-kedai itu. Apakah mereka bukan beroperasi di Malaysia? Apakah jati diri mereka sebagai rakyat negara ini? Salahkah kalau orang Melayu beranggapan bahawa ada orang Cina sememangnya tidak mahu mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini. Kita tidak pula persoalkan malah jauh sekali mahu menyekat mereka mempelajari dan menggunakan bahasa ibunda mereka. Tetapi dalam mereka berterusan menggunakan bahasa ibunda tidakkah mereka boleh berusaha dan menunjukkan kesungguhan mahu mendaulatkan juga bahasa kebangsaan negara ini? Apakah ini pun suatu kehendak yang melampau? Mereka ini begitu sensitif apabila semangat patriotisme mereka disangsikan tetapi sedikit pun tidak mahu berusaha mengguna dan faham bahasa Melayu?
Bilakah agaknya kita boleh mengharapkan keseluruhan rakyat keturunan Cina dan India akan bertutur dalam bahasa kebangsaan negara ini dalam perbualan harian mereka. Perkara ini adalah suatu kebiasaan di Indonesia yang mana rakyat berketurunan Cina akan bertutur bahasa Indonesia walaupun sesama orang Cina? Kita sudah merdeka lebih 53 tahun. Apakah kita perlu menunggu 50 tahun lagi baru dapat mengharapkan hal ini akan berlaku? Tetapi kalau kita lihat dari pelbagai tindak tanduk sesetengah mereka, lagi 100 tahun pun tentunya akan ada rakyat negara ini yang masih tidak mahu mengiktiraf bahasa Melayu. Mereka memberi alasan kononnya orang Melayu sendiri pun tidak bertutur bahasa Melayu. Ini sebenarnya tidak harus dijadikan alasan kerana sememangnya orang Melayu akan dapat bertutur bahasa Melayu pada bila-bila masa. Usaha kerajaan hendak menggalakkan bahasa Inggeris tidak seharusnya dijadikan alasan kenapa mereka tidak mahu mendaulatkan bahasa Melayu.
Buat masa ini pembelajaran bahasa Melayu sebagai subjek di sekolah Cina tidak diberikan penekanan. Mereka sebenarnya lebih mengutamakan bahasa Inggeris selain Mandarin. Sebab itulah guru yang mengajar bahasa Melayu dikehendaki juga tahu bertutur Mandarin. Anehnya syarat ini tidak pula dikenakan ke atas guru yang mengajar bahasa Inggeris. Mereka tidak perlu tahu berbahasa Mandarin. Kenapa guru bahasa Melayu didiskriminasikan demikian? Inilah yang patut direnungi kalau mereka benar-benar cintakan negara ini sebagai tanah tumpah darah sendiri.
SUMBER
BERITA HARIAN
3 FEBRUARI 2011
Comments : Leave a Comment »
Categories : Bahasa Kebangsaan, Nation Building, Patriotik, Sistem Pendidikan
Dasar Pendidikan Yang Tunggang Langgang
3 02 2011
Kerajaan pimpinan DS Najib, di mana TS Muhyiddin adalah Menteri Pelajarannya, begitu prihatin terhadap desakan/aduan masyarakat bukan Melayu mengenai pelajaran Bahasa Melayu, YAKNI BAHASA KEBANGSAAN NEGARA INI, yang mahukan guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu di sekolah-sekolah vernakular adalah terdiri dari guru-guru yang mahir berbahasa ibunda. Pantang ada aduan dari masyarakat bukan melayu yang melibatkan sekolah vernakular, yang sebenarnya HARAM di sisi undang-undang negara, kerajaan terus bergegas memenuhi tuntutan mereka, biarpun tuntutan tersebut membelakangi atau menidakkan status Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan negara ini seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan. Kerajaan melalui Menteri Pelajarannya, akan terus memenuhi kehendak ini bagai menatang minyak yang penuh. Apakah pernah desakan ataupun aduan dari pihak-pihak di sekolah Kebangsaan dilayan sebegini rupa oleh Kerajaan?
Adalah jelas, dalam membuat desakan mereka ini, masyarakat bukan Melayu berkenaan telah mengutamakan bahasa ibunda masing-masing MELEBIHI Bahasa Kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu di mana guru yang mengajar diperlukan untuk mahir dalam bahasa ibunda dahulu dan kemudiannya baru diikuti kemahiran dalam bahasa Melayu. Adalah amat tidak masuk akal apabila Kerajaan tunduk kepada desakan sedemikian rupa kerana Kerajaan sanggup membelakangi Bahasa Kebangsaan sendiri (juga bermakna membelakangi Perlembagaan Negara dan Akta Bahasa) dalam memenuhi tuntutan ini. Kerajaan, dalam hal ini, boleh dianggap sebagai pengkhianat Bahasa Kebangsaan sendiri.
Walaupun terdapat dasar kaedah mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu yang digubalkan pada tahun 2000 lagi, tetapi dasar ini tidak pernah dilaksanakan. Hanya Kerajaan hari ini saja mengarahkan supaya dasar ini dilaksanakan mulai tahun 2011. Dasar ini memberi penekanan kepada guru dwibahasa di mana pembelajaran mata pelajaran bahasa ini dikendalikan melalui KAEDAH PENTERJEMAHAN.
Seperti yang dinyatakan Prof. Teo Kok Seong, kaedah penterjemahan ini adalah tidak berkesan jika dibandingkan dengan KAEDAH LANGSUNG, di mana kaedah langsung akan memerlukan seseorang pelajar itu berfikir dalam bahasa yang hendak dipelajari itu. Seseorang itu akan berfikir SEBAGAI SEORANG RAKYAT MALAYSIA, bukannya sebagai seorang rakyat cina atau india, apabila mempelajari bahasa Melayu melalui kaedah langsung ini. Ini adalah baik untuk pembinaan negara yang benar-benar beridentitikan Malaysia.
Guru-guru dwibahasa yang akan mengajar matapelajaran bahasa Melayu melalui kaedah penterjemahan ini akan secara tidak langsung meletakkan status bahasa Melayu SEBAGAI BAHASA ASING di bumi Malaysia sendiri! Pemikiran seperti ini akan ditanam di dalam setiap benak pelajar-pelajar tersebut yang akan melihat Melayu itu adalah BAHASA ASING di bumi sendiri. Sila hayati tulisan Prof. Teo Kok Seong di bawah ini.
Betapa kerajaan pimpinan DS Najib dan Menteri Pelajaran, TS Muhyiddin, begitu TUNGGANG LANGGANG dalam cuba memenuhi tuntutan kaum bukan Melayu, biarpun tuntutan mereka itu akan menjadikan Bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan) sebagai bahasa asing di bumi sendiri, memporak-perandakan pembinaan negara melalui slogan, “SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA“. Tidakkah DS Najib dan TS Muhyiddin Yasin berasa bersalah terhadap bangsa dan negara dalam begitu melayani tuntutan-tuntutan masyarakat bukan Melayu begitu rupa? Sudahlah sekolah vernakular yang bermati-matian dibela oleh kerajaan adalah, pada hakikatnya, merupakan SEKOLAH HARAM, kini tuntutan bahasa asing pula dilayan walaupun ianya akan menghancurkan bahasa kebangsaan negara ini. Tidakkah ini merupakan suatu tindakan pengkhianatan terhadap nusa dan bangsa?
Artikel di bawah ini dipetik dari laman Cikgu Taufiq – BAHASA ITU INDAH.
ISU BAHASA : Apabila Bahasa Melayu diajar guru dwibahasa
Oleh Teo Kok Seong (teokok@ukm.my)
Sistem pendidikan, kurang pergaulan kekangan penguasaan
DASAR mengenai kaedah mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah jenis kebangsaan yang digubal pada 2000, yang didakwa sesetengah pihak tidak pernah dilaksanakan, kini akan dilaksanakan mulai sesi persekolahan 2011. Dasar ini mengkehendaki mata pelajaran wajib ini diajar guru dwibahasa, iaitu mereka yang mahir dalam bahasa ibunda masing-masing dan kemudiannya baru diikuti kemahiran dalam bahasa Melayu.Penguatkuasaan dasar ini mulai 2011 antaranya adalah ekoran aduan masyarakat bukan Melayu mengenai pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah vernakular yang masih diajar guru yang tidak mengetahui bahasa Mandarin dan Tamil. Untuk ini, Kementerian Pelajaran mengeluarkan arahan bahawa guru mengajar mata pelajaran ini khususnya kepada pelajar tahap satu dan dua hendaklah terdiri daripada mereka yang boleh berbahasa Mandarin atau Tamil, selain bahasa Melayu. Mereka juga perlu mempunyai kelulusan kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Pelajar tahap tiga sehingga enam pula hendaklah diajar guru yang bidang pengkhususannya adalah bahasa Melayu. Untuk sekolah vernakular yang mempunyai bilangan pelajar kecil, mata pelajaran ini hendaklah pula diajar guru dwibahasa berpengalaman dan mereka ini perlu memiliki kelulusan kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap SPM.
Dengan penekanan menggunakan guru dwibahasa, pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini dikendalikan melalui kaedah penterjemahan. Kaedah ini adalah pendekatan tradisional dan popular pada abad ke-19. Walaupun begitu, kaedah ini adalah pendekatan dominan dalam perkaedahan pendidikan bahasa pada awal zaman moden ini.
Namun hanya segelintir pendidik mendapatinya masih sesuai dengan keperluan pelajar dan kebahasaan semasa. Sebaliknya, ramai guru bahasa mendapati kaedah ini tidak banyak membantu pelajar menguasai bahasa yang sedang dipelajari itu dengan baik.
Pendidikan bahasa yang tidak menggunakan bahasa ibunda pelajar dan mereka digalakkan berfikir dalam bahasa yang sedang dipelajari itu adalah pendekatan dikenali sebagai kaedah langsung. Melalui kaedah ini, tidak ada usaha menterjemah sebarang apa diajar dan dipelajari itu. Dengan ini, pelajar diajar segala kemahiran berbahasa berdasarkan situasi bahasa berkenaan dengan serealistik yang mungkin dalam bilik darjah.
Kaedah ini sangat diminati dan pelbagai kelainan berkembang daripada yang asal. Oleh sebab diajar oleh guru yang dilatih khas, pelajar didapati bukan saja berjaya menguasai sistem nahu bahasa yang sedang dipelajari itu dengan baik. Tetapi yang lebih penting ialah mereka didapati berjaya menguasai sebutan dan intonasi bahasa yang sedang dipelajari itu dengan baik.
Semua ini kurang berjaya digarap menerusi kaedah penterjemahan. Ini antaranya kerana pemilihan guru amat bergantung kepada mereka yang cekap berbahasa ibunda, walaupun tidak dilatih khas untuk mengajar sesuatu bahasa itu. Oleh itu, mutu pendidikan bahasa yang sedang dipelajari itu, sering didapati tidak sebaik yang dikendalikan melalui kaedah langsung.
Persoalan lebih penting mengenai dasar ini ialah bukan mengenai kaedah pendidikan bahasa Melayu di sekolah vernakular, tetapi implikasi desakan menggunakan kaedah penterjemahan sebagai satu-satunya pendekatan berkesan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu kepada pelajar Cina dan India yang baru memasuki alam persekolahan formal.
Dengan penggunaan kaedah penterjemahan, bahasa Melayu tidak dapat dinafikan diajar dan dipelajari sebagai bahasa asing oleh rakyat Malaysia sendiri di bumi Malaysia ini, iaitu tanah tumpah darah mereka. Perkara ini bukan saja pelik tetapi menyedihkan, selain sangat memalukan sehingga boleh menjejaskan imej negara dari segi kebahasaan di mata masyarakat luar.
Bahasa Melayu adalah bahasa negara di Malaysia. Sebagai bahasa negara, sama ada dalam kapasitinya sebagai bahasa kebangsaan mahupun bahasa rasmi, ekologi linguistiknya cukup agam dan banyak sekali.
Ia dituturkan di seluruh pelosok negara dan kedengaran di media elektronik pada setiap masa sepanjang hari. Dengan kata lain, bahasa Melayu adalah bahasa fungsional di negara ini, iaitu digunakan meluas, selain amat penting untuk kebanyakan tujuan.
Dengan kepentingannya yang begitu utama sifatnya, mengapakah anak kecil ini tidak disediakan ibu bapa mereka melalui persekitaran bahasa Melayu yang begitu lawas di bumi watannya, untuk menguasai bahasa Melayu secara tidak formal, sebelum menjejak kaki ke sekolah?
Dalam hal ini, tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Melayu gagal disanjungi banyak pihak sebagai memiliki status kudus apabila didaulatkan sebagai bahasa negara.
Ia dianggap mereka ini sebagai bahasa etnik kaum Melayu semata-mata, yang dipaksakan penguasaan kepada kaum bukan Melayu. Tanggapan begini salah sama sekali dan perlu diperbetul segera agar penghormatan kepada bahasa Melayu selaku bahasa negara itu, mendapat sanjungan yang khalis sifatnya oleh semua pihak dan tidak yang sebaliknya.
Sehubungan ini, pada satu pihak lain, masyarakat Cina dan India tidak pun kedengaran mendesak agar mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah vernakular juga diajar guru dwibahasa, seperti yang berlaku pada bahasa Melayu. Ini adalah kerana ibu bapa membuat persediaan awal secara tidak formal, agar anak mereka didedahkan kepada bahasa antarabangsa ini, melalui ekologi linguistik bahasa Inggeris yang ada di negara ini.
Pendedahan yang kurang dan dalam sesetengah kes tiada langsung terhadap bahasa Melayu, rata-ratanya diakui sebagai sebab utama keperluan kaedah penterjemahan ini digunakan untuk pendidikan bahasa Melayu pada peringkat permulaan di sekolah vernakular.
Sehubungan ini, apakah yang sudah berlaku kepada kurikulum pendidikan bahasa dan pergaulan secara formal antara anak bukan Melayu dengan Melayu ketika bersama-sama di institusi pendidikan prasekolah yang boleh memberi pendedahan awal itu?
Sesungguhnya pendidikan bahasa dan pergaulan ini tidak pernah wujud secara berleluasa. Sistem pendidikan pelbagai aliran diamalkan di negara ini. Melalui sistem begini, semenjak usia muda lagi, kanak-kanak sudah dididik melalui bahasa ibunda secara dominan dan untuk bergaul sesama sendiri daripada kelompok sebangsa saja.
Sehubungan ini, pergaulan secara tidak formal antara kanak-kanak daripada pelbagai bangsa dalam kejiranan sama juga tidak wujud di kebanyakan tempat. Tidak dapat dinafikan pergaulan semasa pada peringkat prasekolah dan dalam kejiranan sama, selain dapat memupuk semangat muhibah yang penting untuk menjalin perpaduan, sudah tentu penting dalam memberi pendedahan awal itu, selain membantu anak bukan Melayu menguasai bahasa Melayu secara tidak formal.
Penulis ialah Felo Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM
Sumber : http : //www.bharian.com.my/
Comments : 1 Comment »
Tags: Teo Kok Seong
Categories : Bahasa Kebangsaan, Sistem Pendidikan
Pemegang Amanah 1-Malaysia Gagal Menjawab Soalan Mengenai SATU SEKOLAH
2 02 2011
Pemegang amanah Yayasan1Malaysia gagal apabila berhadapan soalan berkaitan idea SATU SEKOLAH. Apakah ini bermakna 1-Malaysia bukan bersifat “SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA” walaupun slogan ini agak sering terpapar di kaca TV dan corong radio? Apakah yang diperjuang oleh 1-Malaysia? Satu tetapi bukan Satu?
Kami paparkan artikel pengendali laman citra ONDASTREET mengenai isu 1-Malaysia yang nampaknya tidak “SATU” ini.
Kerusi Panas BERNAMA: Tan Sri Lee Lam Thye Mengelak Menjawab Idea Satu Sekolah
Posted by OnDaStreet on January 28, 2011
Kecewa!!!
Itulah yang boleh digambarkan apabila pemegang amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye gagal menjawab soalan seorang pemanggil (atau lebih kepada mengelak daripada memberikan pendapat) tentang idea satu sekolah untuk semua demi perpaduan rakyat Malaysia.
Apakah respon yang diberikan? Memberikan senario kemalangan yang berlaku di jalan raya, dan rakyat Malaysia prihatin memberikan bantuan tanpa mengira kaum atau etnik. Dengan bertutur agak perlahan seperti mencari perkataan, Tan Sri Lee Lam Thye dilihat lebih kepada untuk tidak menjawab soalan dan pandangan yang diminta daripada pendengar.
Yang diutarakan? Kelab Sukan yang mempunyai keanggotaan pelbagai bangsa. Namun langsung tidak memberikan pandangan akan satu sekolah untuk tujuan memupuk perpaduan rakyat Malaysia sejak kecil.
Antara kelab sukan dan sekolah, yang mana memberikan ruang masa dan peluang untuk interaksi antara kaum dan bangsa? Di sinilah Tan Sri Lee Lam Thye selaku pemegang amanah Yayasan 1 Malaysia gagal mengulas malah cuba mengelak.
Apakah Tan Sri memang berniat untuk mengelak? Apakah Tan Sri tidak tahu menjawabnya? Apakah Tan Sri sebenarnya takut untuk mengulas idea tersebut?
Yang nyata, panggilan itu dibuat jauh daripada sebelum tamat sesi Kerusi Panas untuk Jumaat, 28 Januari 2011. Paling tidak, Tan Sri ada sekurang-kurangnya 10 minit sebelum tamat sesi Kerusi Panas.
Buat Tan Sri Lee Lam Thye, dan juga pemegang amanah Yayasan 1Malaysia yang lain, jika ya anda mahu memupuk perpaduan, kenapa harus takut untuk menjawab? Jika tidak pasti bagaimana gambaran satu sekolah untuk semua, mungkin anda patut ke laman ini terlebih dahulu (sebagai antara cadangan dan gambaran yang boleh dipertimbangkan demi perpaduan rakyat).
Soalan dijalanan: Tan Sri Lee Lam Thye kepanasan di Kerusi Panas tadi?
Comments : 1 Comment »
Categories : 1-Malaysia, Satu Sekolah
You Are Now Reading Materials On
"Satu Sekolah Untuk Semua"
"One School For All"
SSS_Final1 v2 PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.
Live SSS Traffic
Latest Comments
The Problem with the… on A Tribute to the late Mark…
mya on UiTM – PDRM & Akadem…
SSS Admin on e-Patriots in Support
tkp on e-Patriots in Support
Diana Ridzuan on Hipokrit 152 – Sekolah V…
Snuze on Tolerating National Language I…
satD on The Memo to MOE
Yeah on The Memo to MOE
Penyokong SSUS on The Memo to MOE
Yeah on The Memo to MOE
Yeah on The Memo to MOE
sitik on The Memo to MOE
sikaigh on The Memo to MOE
SatD, perkenalkan mu… on The Memo to MOE
Kajian Semula Sistem… on The Memo to MOE
February 2011 S M T W T F S
« Jan Mar »
1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28
Archives
Disclaimer
This blog carries the personal views of several authors. Readers are cautioned not to consider the contents written in this blog and all its ancillary documents as a legal or contracting policy advice in any way. The information stated in this blog should not be relied upon as the ultimate reference of the truth. This blog is not responsible for the comments from the public, it therefore assumes no liability. This blog also disavows knowledge or culpability of any such acts or claims on such acts in any way related to the views and opinions expressed in this blog.
Blog Stats
71,004 hits
Recent Posts
Pembaharuan (?) dan “Flip-Flop”
PM Pernah berkata – “Jangan jadi Ingrate”
Selamat Menyambut Hari Natal
PRIMES – Badan Bukan Kerajaan Golongan Belia
Punca Polarisasi Perkauman di Negara Ini
Pendidikan Menjadi Mangsa Permainan Politik Yang Memusnahkan
Kemasukan ke IPTS – Samarata?
Masih lagi “Orang Cina” bukan “Orang Malaysia”
Sukar Untuk Menghormati Kerajaan “Flip Flop” dan Yang Tiada Ketegasan
Kantin Sekolah Jenis Kebangsaan TIDAK HALAL?
wordpress visitor
Meta
Register
Log in
Entries RSS
Comments RSS
WordPress.com
Pages
The Memo to MOE
About SSS
SSS FAQS BM
SSS FAQS ENG
References
e-Patriots in Support
Blog at WordPress.com. Theme: Freshy by Jide.
Follow
Follow Kempen SSS
Get every new post delivered to your Inbox.
Powered by WordPress.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment