Sunday, December 11, 2011

Harakah Online pada pagi ini cuba menyelewengkan fakta dan memburuk-burukkan Tuan Guru Tan Sri Harussani, melalui lidah Tuan Guru mereka, Nik Aziz. Menurut laporan Harakah Online, Tuan Guru Harussani dianggap tidak tahu atau terdedah dengan sejarah politik Islam di Malaysia, sehingga menganggap bahawa PAS adalah punca kepada perpecahan umat Melayu di Malaysia. Malah, Nik Aziz juga turut membidas kenyataan tersebut dengan mendakwa bahawa PAS hanya mengikut Nabi Muhammad dan tidak mungkin boleh dituduh sebagai memecahbelahkan masyarakat. Fakta yang betul : Kenyataan Mufti Perak dalam Utusan semalam sama sekali tidak membangkitkan langsung isu PAS adalah punca kepada perpecahan umat Melayu di Malaysia. Menurut Tuan Guru Harussani, adalah wajib bagi umat Islam bersatu padu khususnya di Malaysia (lihat laporan Utusan di bawah ini), dan kepada para pembaca sekalian, adakah tuan-tuan terjumpa ayat yang mendakwa bahawa Tuan Guru Harussani menuduh bahawa PAS adalah punca segala perpecahan di Malaysia? (walaupun hakikatnya adalah benar). Soalnya mengapa Harakah Online tidak mengikut ayat Quran yang melarang kita menjadi pengadu-domba? dan memusingkan fakta? Dan mengapa mesti memfitnah Tuan Guru Harussani, jika benar Harakah Online menjadi lidah rasmi perjuang Islam? Adakah ini sikap sebuah akhbar yang mendakwa bahawa mereka mendaulatkan Islam? Di samping itu, Nik Aziz pula, mengapa dengan mudah menolak hujah-hujah Tuan Guru Harussani berhubung isu kerajaan perpaduan? apakah Nik Aziz berasa bahawa beliau terlalu tinggi ilmu agamanya berbandingan dengan orang lain? Mengapa terlalu ego dan taasub kepada diri sendiri? Nik Aziz mahu ikut al-Quran atau pun nafsu sendiri? Jika Tuan Guru Harussani berhujah dengan al-Quran, terima la. Satu ketika dahulu, bukan main hebat PAS menyokong kenyataan Tuan Guru Harussani bahawa Konsert SureHeboh adalah haram dan Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah mubahalah, berkenaan isu liwat Saiful Bukhari, tetapi sekarang bukan main melalak peyokong-penyokong PAS membelasah Tuan Guru Harussani, kononnya beliau merupakan boneka UMNO dan lebih baik Tuan Guru Harussani menjadi ahli politik sahaja daripada menjadi mufti atau ulama. Sindrom yang berlaku sekarang adalah seperti berikut : 1. Islam hanyalah atas nama PAS, selain daripada PAS Islam mereka boleh dipertikaikan. 2. Sesiapa yang menyokong PAS, walaupun jelas bercanggah dengan kehendak atau ayat al-Quran, itu tidak mengapa, hal ini adalah kerana PAS mempunyai tafsiran mereka tersendiri. 3. Kata-kata Tuan Guru Mursyidul PAS selalunya tidak boleh dibantah, walaupun banyak kenyataan beliau bercanggah dengan ajaran Islam. Sehingga kini, sama sekali tidak kedengaran dalam kalangan ulama-ulama PAS yang sanggup menegur atau mengkritik Nik Aziz. Seolah-olah segala kenyataan Nik Aziz benar berlaka selama ini. 4. Islam yang betul, hanyalah Islam yang dibawa oleh PAS, Islam orang lain, semuanya salah. Jika mahu memperjuangkan Islam, kena masuk PAS dahulu barulah dikira sebagai pejuang Islam. 5. Kebanyakan penyokong PAS percaya bahawa Islam itu adalah dengan mengikut tafsiran PAS, dan tafsiran orang lain, semuanya hampir salah. Jika sesuatu tafsiran itu (al-Quran/Hadis) menyokong pegangan PAS, maka itu betul, tetapi jika tafsiran tersebut seolah-olah merugikan PAS, maka tafsiran tersebut adalah mungkar dan tertolak sama sekali, walaupun ayat al-Quran sudah terang maksudnya. Kesimpulan saya : Umat Islam di Malaysia berada dalam keadaan bahaya, jika fahaman ini berterus pada masa akan datang. Sesuatu harus dilakukan dengan segera. PUTRAJAYA 24 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik mereka. Sambil menyuarakan rasa kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu berkata, parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri. ‘‘Saya sebenarnya amat berharap benda ini (kerajaan perpaduan) jadi (kenyataan) sebab saya sendiri memperjuangkan supaya masyarakat Melayu dan Islam ini bersatu. ‘‘Tapi saya kecewa. Mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka (dalam parti sendiri dan parti-parti Melayu lain) bukan bersaudara. Politik itu politiklah tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga, maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam itu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. Ditulis Oleh Muhammad Azli Shukri Posted by MymassaVoice on Jumaat, 26 Jun 2009 at 9:52 PTG

No comments:

Post a Comment