Thursday, December 29, 2011

Hari tu PAS menentang keras Hub Hiburan Najib, sekarang lain cerita plak? Perlu ke pancing undi bukan Islam kat Serambi Mekah dengan meluluskan lebih banyak lesen arak lagi? Itulah penangan berkawan dengan DAP. Lagi banyak lagi bagus, suruh tutup kilang arak di Selangor pun macam-macam alasan. Kerajaan PAS Kelantan sedia menambah pengeluaran lesen premis minuman arak di negeri ini mengikut keperluan penduduk bukan Islam, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan. Beliau berkata, langkah itu membuktikan kerajaan negeri tidak pernah menghalang masyarakat bukan Islam daripada menikmati minuman keras walaupun mengamalkan dasar pentadbiran Islam. "Kita tidak pernah menyekat bukan Islam daripada minum arak kerana kita mengawal penggunaan minuman keras itu di kalangan mereka, malah sedia menambah pengeluaran lesen premis mengikut keperluan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hotel Crown Garden, di Kota Bharu hari ini. Takiyuddin berkata, di sekitar bandar Kota Bharu sahaja, kerajaan negeri mengeluarkan 28 lesen premis minuman keras, termasuk di kawasan Jalan Kebun Sultan yang dikenali sebagai “China Town”. Ini termasuk lesen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan atau majlis daerah lain di seluruh negeri. Rupa-rupanya mahu di supply ke Kelantan supaya lagi banyak dapatdi jual kepada bukan islam. Tetapi yang curi-curi teguk dari kalangan melayu isle Kelantan pun ade. Arak oh arak, jom tambah banyak-banyak premis arak. Tahniah kerajaan Kelantan sebab nak tambah lagi premis arak. Hilang sudah bantahan hub hiburan. Sorry to say, tapi lawaklah tengok Pas sekarang ni. Dulu berdegar-degar cakap BN kafir sebab bagi lesen kat kedai arak dan kilang arak. Sekarang diorang pun buat juga. Kilang arak kat Selangor tu pun tak tutup juga. Bila orang pertikaikan, dia salahkan UMNO juga, pastu keluarkan dalil-dalil dan ayat-ayat yang sokong perbuatan mereka. Mungkin ini hasil tarbiah DAP kot? Semenjak kawan DAP, semakin hari PAS semakin hilang taring nak perjuang isu islam. Nak cakap hudud pun dah tak boleh kuat-kuat sangat macam dulu. Nak cakap bab arak pun sama. Dah tak boleh nak setegas dulu. Nak cakap bab kemajuan, tak boleh juga. Semua isu cuma boleh cakap slow-slow jer. Info untuk pengikut sikit-sikit jer sudahlah. Sekadar syarat. Kasihan, kalau cakap kuat sangat kena tibai PKR dan DAP. Kenalah jaga hati sikit, takpelah mereka tak paham islam lagi. Mulut jer kata paham tapi hati tak paham pun apa itu islam yang sebenar. Posted in: Isu Semasa, PAS Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Eh, ada entri yang berkaitan rupanya:

No comments:

Post a Comment