Sunday, December 25, 2011

PEMERGIAN Bertha Hertogh, atau nama Islamnya, Natrah, 72, pada 9 Julai lalu, disifatkan bekas penulis dan penyelidik untuk majalah Dewan Masyarakat, Datin Fatini Yaacob, 50, sebagai satu pengakhiran kepada penderitaan wanita malang itu. Fatini pernah menjejak Natrah sehingga ke Belanda dan Amerika Syarikat (AS) kira-kira 20 tahun lalu untuk merungkai kisah pencetus Rusuhan Natrah yang berlaku di Singapura pada 1950 itu. Natrah, yang dilahirkan pada 24 Mac 1937, menjadi rebutan antara ibu angkatnya, Che Aminah Mohamad, dengan keluarga kandungnya yang berasal dari Belanda. Sebelum itu, Natrah ditinggalkan ibunya, Adeline Hunter, di bawah jagaan Che Aminah ketika berumur lima tahun di Jawa setelah bapanya, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh, ditawan tentera Jepun. Sepanjang berada di bawah jagaan Che Aminah, Natrah dididik dengan agama Islam dan adat Melayu. Setelah berpindah ke Singapura, Hertogh menuntut Natrah dikembalikan kepadanya. TINGGAL KENANGAN. (Dari kiri): Peguam Ahmad Ibrahim, Natrah, Che Aminah, suaminya, Mansor Adabi dan bapa angkat Mansor, M.A Majid. Pada mulanya Che Aminah memenangi hak penjagaan ke atas Natrah. Namun tindakannya menjodohkan Natrah dengan Mansor Adabi, seorang guru berusia 22 tahun, mengeruhkan keadaan kerana Natrah baru berumur 13 tahun. Undang-undang Belanda menetapkan remaja di bawah 16 tahun tidak boleh dinikahkan dan pernikahan itu berlangsung di Singapura yang mengamalkan undang-undang British. Akhirnya, pernikahan itu dibatalkan dan Natrah dibawa pulang ke Belanda. Ketika di Belanda, Natrah dimurtadkan, sekali gus mencetus kemarahan warga Singapura dan Tanah Melayu. Akibatnya, sebanyak 18 nyawa diragut dan 200 lagi tercedera berikutan Rusuhan Natrah yang berlaku pada 12 Disember 1950. Khamis lalu, Natrah dilaporkan meninggal dunia di Huijbergen, Belanda selepas lama menderita penyakit leukemia. "Mengikut kajian dan pemerhatian saya sehingga hari dia meninggal dunia, Natrah tidak pernah mahu melupakan bekas suaminya, arwah Mansor Adabi, ibu angkatnya, Che Aminah Mohamed, keluarga angkatnya yang kini berada di Kemaman, Terengganu, dan kehidupannya di Singapura," kata Fatini yang kini merupakan Karyawan Tamu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). SETELAH gagal menjejak Natrah di Belanda, Fatini (kanan) pergi ke AS dan bertemu Natrah di sana pada tahun 1989. Malah, ujar beliau, hidup Natrah sejak dibawa ke Belanda yang dipenuhi dengan paksaan menyebabkan trauma yang berpanjangan. "Hidupnya ketika itu dikelilingi polis setiap masa. Dia juga dipaksa untuk melakukan banyak perkara di luar keinginannya termasuklah melupakan Mansor, Che Aminah, keluarga angkat dan segala amalan yang berkaitan dengan Islam. NATRAH meninggal dunia di Belanda pada usia 72 tahun, Khamis lalu. "Sedangkan semasa di bawah jagaan Che Aminah, hubungan Natrah dengan ibu angkatnya itu cukup mesra dan penuh kasih sayang. "Perkara ini diakui seorang pegawai Inggeris yang ditugaskan untuk menjaga Natrah ketika diletakkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat di Singapura, Tom Eames Hughes, yang kemudiannya menulis kisah itu dalam bukunya bertajuk Tangled Worlds: The Story of Maria Hertogh (1980)," kongsinya. Natrah cuba bunuh suami Menjelaskan kenyataan itu dengan merujuk rentetan kejadian cubaan Natrah membunuh suami kedua sehingga mengakibatkan perceraian, cubaan membunuh diri dan kekerapan ibu kepada 10 orang anak itu dimasukkan ke wad sakit jiwa, Fatini menambah, ia turut dilihat dengan jelas olehnya ketika menemu ramah Natrah di AS pada tahun 1989. "Setiap kali menyebut nama Mansor Adabi, air matanya bergenang. Malah, bahasa tubuhnya juga berubah. Padahal waktu itu dia sudah berumur 52 tahun. "Semasa temu ramah pula dia berbahasa Inggeris sepanjang masa. Tetapi ada juga dia tersasul menyebut 'cabai kerawit'. Jadi sebenarnya dia masih ingat bahasa Melayu," kenang Fatini yang turut mengingatkan bahawa teman lelaki terakhir Natrah ialah seorang warga Indonesia. Menggambarkan perwatakan Natrah sebagai seorang yang lemah lembut, Fatini bagaimanapun mengakui sukar untuk sesiapa pun membaca kesengsaraan itu pada wajahnya. "Dia bijak menyembunyikan perasaannya. Malah hubungannya dengan anak-anak amat baik," katanya. Ketika berita Natrah meninggal dunia sampai kepadanya, Fatini masih dalam proses melengkapkan buku biografi wanita malang itu. "Kematian Natrah menimbulkan rasa terkilan dalam diri saya kerana banyak lagi yang saya ingin lakukan untuknya. "Selain melengkapkan biografi ini, saya berharap benar agar dapat membantu Natrah mengubah persepsinya terhadap banyak perkara. "Kalaulah Natrah tahu arwah Mansor hanya berhenti berusaha mendapatkannya semula setelah menerima surat yang kononnya dikirimkan Natrah. Dalam surat itu, Natrah memberitahu Mansor tentang dia sudah memeluk agama Katolik dan meminta Mansor melupakannya... "Kalaulah Natrah tahu ada seorang lelaki bernama JC Vermeulen yang selama ini berusaha untuk menghubungkannya semula dengan Mansor melalui surat-surat yang dihantar 'mereka'... "Natrah juga berasa bertanggungjawab ke atas kematian yang berlaku dalam rusuhan itu sehingga menyangka ada orang mahu membunuhnya selama ini," ujar anak kelahiran Perlis ini. Menyentuh tentang rusuhan yang berlaku, Fatini berpendapat ia berpunca daripada tindakan media tempatan Singapura yang bertindak melanggar sensitiviti agama Islam. "Ia berpunca daripada provokasi media tempatan Singapura yang berkali-kali memaparkan gambar Natrah berlutut di depan patung Virgin Mary. Perkara itu menyentuh sensitiviti agama," luahnya Posted at 05:01 pm by salsabil Make a comment Permalink Pemergian Micheal Jackson 26 Jun 2009 10:05AM LOS ANGELES: Michael Jackson, anak kecil yang bertukar menjadi Raja Pop dunia, mencipta tarian musikal yang digilai anak muda, meninggal dunia hari ini ketika berusia 50 tahun. Namun, sejak meniti akhir hayatnya, bintangnya yang bersinar itu lebih ditutupi dengan gaya hidupnya yang unik serta kontroversi pembabitannya dalam skandal seks dengan kanak-kanak. Sebaik berita kematiannya dilaporkan pagi ini, laman web terus menjadi buruan peminatnya di seluruh dunia bagi melayari kisahnya sehingga menimbulkan kesesakan. Micheal atau dikenali dengan Jacko, disahakan meinggal dunia jam 2.26 pagi waktu tempatan selepas tiba di Hospital Los Angeles, menurut koroner daerah, Fred Corral. Bagaimanapun, katanya punca kematiannya belum disahkan lagi tetapi dikaitkan dengan kegagalan jantungnya. Sebelum ini, media Amerika Syarikat melaporkan bahawa Micheal kini sedang sakit dan dirawat di rumahnya. Namun sebaik paramedik tiba di rumahnya, malam tadi, beliau dikatakan sudah tidak bernafas sebelum dikejarkan ke hospital. Dikenaloi sebagai Raja Pop dengan kemunculan album hit, "Thriller" dan "Billie Jean," Micheal dikenali dengan mencipta gaya menari unik menggunakan sarung tangan putih sehingga digilai dan diikuti jutaan peminatnya di seluruh dunia. Beliau bertanggungjawab mengtranformasikan nyanyian dan tarian ke dalam musik video sehingga jualan albumnya mencecah 750 juta unit dengan menggondol 13 Anugerah Grammy. Beliau sehingga kini menjadi salah seorang penghibur paling berjaya sepanjang hayat. Namun, reputasi Micheal tercalar selepas dikaitkan dengan minatnya berkawan dan bermesra dengan kanak-kanak sehingga diheret ke mahkamah pada 2005, selain penampilan dirinya yang dikaitkan dengan pembedahan plastik. Beliau dijadual membuat penampilan semula bulan depan bermula di London. Quincy Jones, yang pernah membantunya dalam penghasilan album "Thriller" dan "Off the Wall" memberitahu stesen MSNBC: "Saya benar-benar terkejut dan hiba dengan kehilangannya. Ia sesuatu yang trajis dan berita yang tidak disangka-sangka." / Reuters Punca kematiannya belum disahkan lagi tetapi dikaitkan dengan kegagalan jantungnya Posted at 03:01 pm by salsabil Make a comment Permalink Wednesday, July 08, 2009 Pemergian Allahyarham Dr Fathi Yakan Dr. Fathi Yakan Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 13 Jun 2009 pada hari sabtu yang lalu. Almarhum telah pergi buat selama-lamanya meninggalkan arena dakwah dan meninggalkan kita semua. Almarhum telah menghembuskan nafas terakhir di hospital di ibu Kota Tripoli setelah beberapa hari terlantar di Unit Kawalan Rapi. Nama penuh Fathi Muhammad 'Inayah dilahirkan pada 9 Feb 1933 di Tarablus, Lubnan. Almarhum adalah sebagai pengasas Jemaah Islam (Parti Jabhah al-Amal al-Islami) satu cabang gerakan Ikhwan Muslimin di Lubnan bermula pada tahun 1950an. Dalam Parti Jabhah al-Amal al-Islami Almarhum dilantik sebagai Setiausaha Agung rakyat Lebanon daripada 1962 sehingga 1992 apabila beliau memenangi kerusi dalam parlimen. Almarhum telah mewakafkan diri serta segenap kepunyaan kepada Parti Jabhah al-Amal al-Islami sebagai wadah perjuangan dakwah Islamiyyah. Survival dakwah Almarhum bukan bersifat setempat, malah nama dan pengaruh Almarhum berada sebaris dengan nama-nama besar pelopor gerakan Islam di peringkat global seperti Imam Hassan Al-Banna, Said Hawa, Dr. Abdullah Nasih Ulwan, Syed Qutb, Dr Yusuff Qardawi dan lain-lain. Almarhum juga dilantik mengetuai lajnah tarbiah dengan dibantu oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) dari Malaysia. Cendekiawan Islam ini juga memainkan satu peranan signifikan dalam membaiki dan memagari antara parti politik dalam rantau. Almarhum pengantara antara persaudaraan Islam di Syria dan Presiden Bachar Assad. Almarhum juga memainkan tugas serupa antara Syria dan Turki di antara 1998 dan 1999 dalam bangun krisis Syria-Turkey. Almarhum juga menebarluaskan wasilah dakwah dengan ketajaman mata pena. Bahan-bahan penulisan tokoh pendakwah dan pemikir ini lebih dari 35 buah buku dan begitu terpengaruh sekali sehingga buku karangan masyhur almarhum "Apa erti saya menganut Islam" dan "Almutasaqitun 'ala toriqidda'wah" (Golongan yg tercicir di jalan dakwah) diterjemah dalam pelbagai bahasa dunia. Banyak kitab haraki dan dakwah hasil nukilan almarhum antaranya: · ÝÞå ÇáÓíÇÍÉ Ýí ÇáÅÓáÇã æäãÇÐÌ áÑÍáÇÊ ÏÚæíÉ Þí ÃÑÖ Çááå ÇáæÇÓÚÉ · ãÔßáÇÊ ÇáÏÚæÉ æÇáÏÇÚíÉ¡ · ßíÝ äÏÚæ Åáì ÇáÅÓáÇã¿ · äÍæ ÍÑßÉ ÅÓáÇãíÉ ÚÇáãíÉ æÇÍÏÉ · ÇáãæÓæÚÉ ÇáÍÑßíÉ · ãÇÐÇ íÚäí ÇäÊãÇÆí ááÅÓáÇã¿ · ÍÑßÇÊ æãÐÇåÈ Ýí ãíÒÇä ÇáÅÓáÇã¡ · ÇáÇÓÊíÚÇÈ Ýí ÍíÇÉ ÇáÏÚæÉ æÇáÏÚÇÉ · ¡ äÍæ ÕÍæÉ ÅÓáÇãíÉ Ýí ãÓÊæì ÇáÚÕÑ · ¡ ÇáãäÇåÌ ÇáÊÛííÑíÉ ÇáÅÓáÇãíÉ ÎáÇá ÇáÞÑä ÇáÚÔÑíä¡ · ÇáÅÓáÇã ÝßÑÉ æÍÑßÉ æÇäÞáÇÈ¡ · ÇáÔÈÇÈ æÇáÊÛííÑ¡ · ÇáãÊÓÇÞØæä Úáì ØÑíÞ ÇáÏÚæÉ¡ · ÃÈÌÏíÇÊ ÇáÊÕæÑ ÇáÍÑßí ááÚãá ÇáÅÓáÇãí · ÞØæÝ ÔÇÆßÉ ãä ÍÞá ÇáÊÌÇÑÈ ÇáÅÓáÇãíÉ Pendidikan awal beliau dalam bidang kejuruteraan eletrik di Beirut kemudian mengambil pengajian diperingkat ijazah kedoktoran dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Almarhum berkongsi hidup bersama isterinya Dr Muna Haddad Yakan dan bersama-sama isterinya mengasaskan Universiti Al-Jinan Lubnan dimana Dr Muna bertugas sebagai rektor di universiti tersebut. Daripada berkongsi hidup ini mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki dan 4 anak perempuan serta 19 orang cucu. Sekalung takziah diucapkan kepada ahli keluarga Almarhum moga-moga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. ditempat dan dibangkitkan bersama pejuang-pejuang Islam..Amin ya Rabb… Al- Fatihah... Semoga rohnya bersemadi bersama dengan para-para syuhada', solehin, auliya' dan anbiya"...amin Ya Rabbal'alamin. dipetik drpd:- http://iqgreen.blogspot.com/ Posted at 05:01 pm by salsabil Make a comment Permalink Sunday, March 08, 2009 Fatimah Rabu - Wanita Melayu Islam Yang Berkahwin dengan Hindu!!! TIADA siapa yang tahu ten­tang wanita ini. Namanya bukanlah sepopular nama penyanyi mahupun pela­kon tanah air. Dia juga bukan seorang pemimpin wanita yang tersohor. Tetapi hanya seorang gadis kampung berketurunan Melayu dan beragama Islam. Hidup sebagai gadis kampung di zaman Jepun, tiada siapa yang ambil tahu tentang kisah hidupnya. Entah dari mana jalur keturunannya, tiada siapa yang dapat menjelaskannya. Tetapi dia adalah wanita Islam yang diberi amanah untuk menjaga kawasan perkuburan Yahudi yang tertua di Pulau Pinang, dengan upah RM45 sebulan (nilai yang cukup besar pada waktu itu). Al Islam terus mencari maklumat tentang Fatimah Rabu daripada penduduk Pulau Pinang. Tetapi selain latar belakang yang kabur dan pekerjaan , yang `pelik’, kehidupan peribadi Fati­mah Rabu, khususnya perkahwinannva, menimbulkan tanda tanya. Sememangnya dia adalah wanita Melayu yang cukup ‘misteri’. Fatimah dikahwinkan oleh seorang rabai Yahudi! Lebih memeranjatkan, Al Islam diberitahu, jodoh wanita ini ialah seorang jejaka India yang menganut ajaran Hindu! Sekali lagi persoalan demi persoalan berlegar di benak fikir­an. Apakah benar cerita yang ’dihidang­kan’ kepada penulis ketika berpeluang berjumpa dengan anak Fatimah Rabu sendiri iaitu, Saraswati, 50 Peluang berjumpa dengan Saraswati sememangnya tidak pernah dirancang. Apatah lagi di awal kedatangan wartawan AL ISLAM pada petang minggu itu, Saraswati yang agak malu­-malu, lebih suka suamim Silvraj, 59 melayan penulis. Bagaimanapun, apabila soalan demi soalan ditanya, khususnya cerita me­ngenai wanita bernama Fatimah Rabu, Saraswati yang kerap berlindung di pintu rumah pondok di dalam kawasan perkuburan itu memulakan bicara. Se­kalipun tidak fasih berbahasa Melayu, Saraswati dengan pertolongan anak lelakinya, Ganeson Silvraj, yang ke­betulan datang melawat keluarga ber­sama isterinya, Kasturi, berminat apa­bila nama Fatimah Rabu menjadi topik perbualan. Dengan mengenakan syarat untuk tidak merakamkan gambarnya, Saras­wati mengakui dia adalah anak kepada Fatimah Rabu. Katanya, wanita itu adalah ibunya yang telah menetap di atas tanah perkuburan Yahudi itu sejak bertahun-tahun lamanya bersama bapa­nya, Aligar Muniandy. “Saya tahu ibu saya adalah seorang Islam. Nama dalam kad pengenalannya juga adalah nama nama Islam. Tetapi kami tidak pernah bertanya, mengapa ibu saya mengahwini bapa saya yang bukan beragama Islam. “Saya juga tahu adik kepada ibu saya juga seorang Islam, dan dialah satu-satunya adik ibu saya. Dia pernah menemui kami di sini. Tetapi saya tidak tahu nama kerana ketika itu saya hanva bausia 12 tahun. Itulah sekali dia mcngunjungi ibu saya sehinggalah ibu saya meninggal pada 7 Disember 2002.”, katamya lanjut. Saraswati terus bercerita, hasil dari­pada perkahwinan ibu dan bapanya, lahirlah seramai sembilan orang anak, empat perempuan dan lima lelaki. Kata Saraswati, di situlah mereka adik-ber­adik membesar. Bagaimanapun ketika diaju menge­nai pegangan agama yang diamalkan, Saraswati berkata, “Tujuh daripada adik-beradik kami mengikut agama bapa, iaitu Hindu. Cuma dua orang, seorang lelaki yang bernama Azmi, dan seorang perempuan bernama Fauziah yang mengamalkan Islam.” Tetapi menurut Saraswati, dia tidak pernah lagi berjumpa dengan adik­ beradik yang beragama Islam. Ma­lah mereka tidak pernah berjumpa Saraswati apatah lagi adik-beradik yang lain. Cuma cerita Saraswati, berita ter­akhir vang diterima, Fauziah telah pun berkahwin dengan lelaki yang berasal dari Kelantan. Manakala Azmi tidak diketahui khabarnya. Hari semakin petang. Namun, Saras­wati yang pada mula-mula ditemui agak pendiam, tanpa diminta telah menunjukkan kepada penulis, gambar ibunya. Itulah satu-satunya gambar bersaiz pasport yang masili disimpan oleh Saraswati. Benarlah, wanita tua yang berada di dalam gambar itu adalah gambar wanita Melayu. Bukan kacu­kan India atau bangsa lain. Rupanya memang Melayu asli. Ini Fatimah Rabu. Soalnya, apakah kerana perkahwinan ini, Fatimah Rabu `melepaskan’ sta­tusnya sebagai seorang Islam? Ganeson, cucu kepada Fatimah Rabu mencelah; “Waktu itu mungkin amalan agama Fatimah Rabu tidak begitu kuat. Apatah lagi, di zaman Jepun, Islam masih tidak begitu men­dalam dan dihayati oleh orang Melayu. “Mungkin inilah keadaan yang ber­laku kepada tok saya. Kerana jahil ten­tang Islam, tok berkahwin dengan tok wan saya. Tapi kami tahu dia adalah seorang Islam. Kami tidak pernah mempertikaikannya,” ujar Ganeson. Ditanya apakah perkahwinan terse­but tidak mendapat bantahan, Saras­wati menjelaskan, pada zaman terse­but, perkahwinan mungkin tidak didaftarkan. Tidak seperti hari ini, pelbagai prosedur perlu diikuti ter­masuk mendaftarkan setiap perkahwin­an. Apatah lagi apabila Fatimah Rabu dikahwinkan oleh seorang rabai Yahudi, maka tiada pendaftaran perkahwinan yang dibuat. Bagaimana pula dengan amalan Islamnya? Persoalan tersebut dibiarkan begitu sahaja tanpa ada jawapan yang diberikan. Tetapi sesuatu yang pasti, Fatimah Rabu, dikuburkan di kawasan perkuburan Islam! Saraswati terus masuk ke dalam rumah pondok yang didiami. Selang beberapa minit, dia keluar dengan dua keping gambar sambil memberikan kepada kami. “Inilah gambar kubur ibu saya. Dia dikuburkan di sini kerana dia seorang Islam,” ujarnya. Pun begitu, jelas Ganeson, sebagai cucu yang mengetahui pegangan agama toknya, hasrat untuk mengebumikan Fatimah Rabu di kawasan perkuburan Islam yang terletak di Masjid Jamek Hashim Yahya, Kampung Dodol, sememangnya telah ada. Bahkan anak­-anak Fatimah Rabu yang beragama Hindu juga bersetuju untuk menem­patkan jasad Fatimah Rabu di tanah perkuburan Islam. “Sebaik tok saya meninggal, saya telah melaporkannya kepada polls. Dan, apabila polls melihat kad penge­nalan tersebut tertera nama Fatimah Rabu clan beragama Islam, maka polis mengarahkan supaya jenazahnya dita­nam di kawasan perkuburan Islam. “Memang itulah hasrat kami. Di­kuatkan dengan arahan polis, kami telah memberitahu imam di kariah ini untuk menguruskan jenazah Fatimah Rabu mengikut cara Islam. Fatimah Rabu dimandikan, dikapankan dan disembahyangkan cara Islam sebelum dibawa untuk ditanamkan di perku­buran Islam,” jelas Ganeson. Tanpa ada rasa kekok mencerita­kan perbezaan anutan agama, Ganeson berkata, “Walau apa pun bangsa dan agama dia, Fatimah Rabu adalah tok saya. Saya dan keluarga masih melawat dia di perkuburan Islam, kerana kami adalah waris-warisnya,” ujarnya. Kebiasaannya keluarga Saraswati termasuk cucu Fatimah Rabu, Gane­son dan isteri, Kasturi, akan menziarahi kuburnya, terutama apabila tiba Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Bukan itu sahaja, apabila teringatkan Fati­mah Rabu, mereka akan menziarahinya pada bila-bila masa. Begitulah akrab­nya hubungan keluarga yang berlainan agama dan bangsa! Sumber eksklusif:: Majalah Al Islam, 2009 Sumber: www.terjah.com Posted at 10:40 pm by salsabil Comment (1) Permalink Saturday, February 21, 2009 Ibu Teladan Asma' Binti Abu Bakar As Siddiq; Dzatun Nithaqain “Ya Allah! Kasihanilah dia kerana solat yang panjang diselangi tangisan di tengah kedinginan malam yang sepi, ketika orang-orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi. Ya Allah! Kasihanilah dia yang sering menahan lapar dan dahaga ketika bertugas jauh dari Madinah atau Mekah dalam menunaikan ibadah puasa kepadaMu. Ya Allah! Aku menyerahkannya di bawah pemeliharaanMu, aku redha dengan apa yang telah Engkau tetapkan bagiku dan baginya, dan berilah kami pahala orang-orang yang sabar...!" [ Doa Asma' radhiallahu anha buat puteranya, Abdullah bin Zubair] Asma' binti Abu Bakar As-siddiq; saudara kepada Aisyah Ummul Mukminin (isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam); puteri kepada sahabat Rasulullah yang mulia, Saidina Abu Bakar As-siddiq; isteri Zubair bin Awwam, pejuang dan tokoh Islam yang mengutamakan redha Allah di dalam perjuangannya; Merupakan seorang wanita muhajir yang mulia dan bonda kepada Abdullah bin Zubair, salah seorang pejuang yang gugur mempertahankan agamanya; dan sesungguhnya kedudukannya ini cukup untuk mengangkat darjat beliau ke tempat yang tinggi, mulia dan terpuji. Peribadinya dirahmati Allah dengan keistimewaan yang sangat menonjol, setanding dengan para Muslimin di ketika itu; cerdas, cerdik, lincah, pemurah dan berani. Kedermawanan beliau dapat dilihat jelas melalui ucapan anaknya," Aku belum pernah melihat wanita yang sangat pemurah melebihi ibuku termasuk Aisyah Radhiallahu anha. Beliau (Aisyah) mengumpulkan apa yang diperolehinya sedikit demi sedikit, lantas setelah itu barulah dinafkahkannya kepada mereka yang memerlukannya. Sedangkan ibuku, dia tidak pernah menyimpan sedikit pun sehingga hari esok" Kebijaksanaan Dzatun Nithaqain Kecemerlangan berfikir Asma Radhiallahu anha terpancar dari sikapnya yang penuh prihatin dan perhitungan yang bijaksana. Peristiwa Hijrah Abu Bakar menyaksikan pengorbanan seorang sahabat demi Islam, tidak meninggalkan sesen pun harta untuk keluarganya melainkan dibelanjakan keseluruhannya untuk Allah dan rasulNya. Ketika Abu Quhafah (ayah kepada Abu Bakar radhiallahu anhu) yang masih musyrik menemui keluarganya, beliau berkata kepada Asma', "Demi Allah! Tentu ayahmu telah mengecewakanmu dengan hartanya, di samping akan menyusahkanmu dengan pemergiannya!". Jawab wanita yang mulia ini, "Tidak wahai datuk! sekali-kali tidak! Beliau banyak meninggalkan wang buat kami" ujarnya sambil menghibur dan menenangkan datuknya. Dikumpulkannya batu-batu kerikil yang kemudiannya dimasukkan ke dalam lubang tempat kebiasaannya menyimpan wang. Kemudian dibawakan datuknya yang buta itu ke tempat simpanan tersebut, lantas berkata, "Lihatlah datukku! Beliau banyak meninggalkan wang buat kami!". Perkataan tersebut ternyata berjaya meyakinkan Abu Quhafah. Maksud perbuatan tersebut adalah untuk menyenangkan hati datuknya, agar tidak bersusah hati memikirkan hal tersebut. Malah, Asma' juga tidak menginginkan bantuan dari orang musyrik meskipun datuknya sendiri. Inilah bukti yang menunjukkan besarnya perhatian beliau terhadap dakwah dan kepentingan kaum Muslimin. Diberi julukan sebagai 'dzatun nithaqain' oleh Rasulullah yang membawa erti "wanita yang mempunyai dua tali pinggang", sebagai peringatan terhadap peristiwa Hijrah yang menyaksikan pengorbanan dan keberanian Asma' yang tiada tolok bandingannya. Beliau bersusah payah menyediakan bekalan makanan dan minuman buat Rasulullah dan Abu Bakar Radhiallahu anhu di saat genting seperti itu. Beliau mengoyakkan ikat pinggangnya kepada dua untuk dijadikan tali pengikat untuk mengikat bekalan makanan dan minuman tersebut, sehingga kerana peristiwa itu Rasulullah mendoakan beliau agar digantikan tali pinggang tersebut dengan yang lebih baik dan lebih indah di syurga kelak. Tidak hanya itu pengorbanan Asma Radhiallahu anha. Peristiwa hijrah ini turut menyaksikan kekuatan berfikir dan perancangan strategi yang dimiliki oleh seorang Muslimah hasil dari aktiviti politik dan kecemerlangan berfikir yang diadun dengan ketaqwaan dan keimanan yang teguh. Asma' Radhiallahu anha bukan sekadar menjadi penghantar makanan kepada dua orang sahabat yang berperanan penting bagi umat Islam, malah beliau juga menyampaikan berita-berita penting tentang rencana-rencana pihak musuh terhadap kaum Muslimin. Dengan kehamilannya ketika itu, Asma' mengambil peranan yang menjanjikan risiko tinggi, di mana bukan saja nyawanya menjadi taruhan, malah lebih dari itu, nyawa Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam dan ayahnya turut sama terancam. Memikirkan kemarahan musuh Islam lantaran lolosnya Rasulullah dari kepungan, kafir Quraisy pastinya akan berusaha bersungguh-sungguh mencari-cari Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam untuk dibunuh kerana bencinya mereka terhadap dakwah Islam dan pejuang-pejuangnya. Di saat-saat genting seperti itu, Asma' mampu meramal segala kemungkinan yang bakal berlaku, dan dengan kecerdikan dan penuh perhitungan, beliau berjalan menuju Gua Tsur sambil menggembala kambing-kambingnya berjalan di belakangnya. Taktik ini dilakukan untuk mengaburi mata pihak musuh kerana jejaknya terhapus oleh jejak-jejak kambing gembalaannya itu. Tindakan ini belum tentu mampu dilakukan oleh seorang lelaki yang berani sekalipun, lantaran hal tersebut bakal mengundang bahaya, kezaliman, dan kekejaman orang-orang kafir Quraisy. Permasalahan ini tidak cukup sampai di situ. Setelah kejayaan Rasulullah dan Abu Bakar keluar dari tempat persembunyian dan berhasil berhijrah ke Madinah, Asma' Radhiallahu anha dan keluarganya didatangi beberapa orang Quraisy, di antaranya Abu Jahal yang telah bertindak kasar menampar pipi Asma’ Radhiallahu anha dengan sekali tamparan yang mengakibatkan subangnya terlepas!. Asma' menjawab dengan penuh diplomasi saat beliau ditanya tempat persembunyian Rasulullah dan ayahnya dengan berkata," Demi Allah, aku tidak tahu di mana ayahku berada sekarang!" Hijrah Asma' Radhiallahu anha dan suaminya ke Madinah berlaku selang beberapa lama dari hijrah sebelumnya, di mana pada ketika itu Asma' sedang sarat mengandungkan Abdullah bin Zubair dan hanya menanti detik-detik kelahirannya. Perjalanan yang jauh dan berbahaya ditempuhi jua sehinggalah angkatan para sahabat tiba di Quba'. Kelahiran anak pasangan sahabat ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Dialah bayi pertama yang dilahirkan di Madinah. Sebaik-baik Ummu wa Rabbatul Bait Seorang muhajirah yang agung, antara wanita yang awal memeluk Islam, sangat memuliakan suaminya meskipun Zubair hanya seorang pemuda miskin yang tidak mampu menyediakan pembantu buatnya. Hatta tidak mempunyai harta yang dapat melapangkan kehidupan keluarganya, melainkan hanya seekor kuda yang dijaganya dengan baik. Beliaulah isteri yang sentiasa sabar dan setia berkhidmat untuk suaminya, sanggup bekerja keras merawat dan menumbuk sendiri biji kurma untuk makanan kuda suaminya di saat Zubair sibuk menjalankan tugas-tugas yang diperintah Rasulullah kepadanya. Di dalam didikannya, keperibadian Abdullah bin Zubair dibentuk. Beliau adalah susuk seorang ibu yang sangat memahami peranannya dalam melahirkan generasi utama yang berkualiti, generasi yang menjadikan kecintaan kepada Allah dan RasulNya di atas segala-galanya, sama ada harta, isteri, keluarga mahupun segala jenis perbendaharaan dunia. Beliau mencetak keperibadian generasi yang siap berjuang membela bendera Islam dan kalimah La ilaha illallah Muhammad Rasulullah. Keperibadian seperti ini terpancar jelas di dalam diri puteranya, Abdullah bin Zubair. Hal ini dapat kita teladani melalui kisah pertemuan terakhir di antara seorang ibu dan anak yang saling menyayangi dan mencintai satu sama lain, semata-mata kerana kecintaan keduanya kepada Allah Subhanahu wa Taala dan RasulNya. Abdullah: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, wahai ibunda! Asma': Wa'alaikum salam warahmatullahi wabarakatuh, ya Abdullah! Mengapa engkau datang ke sini di saat-saat seperti ini? Padahal batu-batu besar yang dilontarkan Hajjaj kepada tenteramu menggetarkan seluruh Kota Mekah? Abdullah: Aku hendak bermusyawarah dengan ibu. Asma': Tentang masalah apa? Abdullah: Tenteraku banyak meninggalkanku. Mereka membelot dariku ke pihak musuh. Mungkin kerana mereka takut terhadap Hajjaj atau mungkin juga kerana mereka menginginkan sesuatu yang dijanjikannya sehingga anak-anak dan isteriku sendiri berpaling daripadaku. Sedikit sekali jumlah tentera yang tinggal bersamaku. Sementara utusan Bani Umayyah menawarkan kepadaku apa saja yang ku minta berupa kemewahan dunia asal saja aku bersedia meletakkan senjata dan bersumpah setia mengangkat Abdul Malik bin Marwan sebagai khalifah. Bagaimana pendapatmu wahai ibu? Asma': Terserah kepadamu Abdullah! Bukankah engkau sendiri yang mengetahui tentang dirimu? Jika engkau yakin bahawa engkau mempertahankan yang haq dan mengajak kepada kebenaran, maka teguhkanlah pendirianmu sepertimana para perajuritmu yang telah gugur dalam mengibarkan bendera agama ini! Akan tetapi, jika engkau menginginkan kemewahan dunia, sudah tentu engkau adalah seorang anak lelakiku yang pengecut! dan bererti engkau sedang mencelakakan dirimu sendiri dan menjual murah harga kepahlawananmu selama ini, anakku! Abdullah: Akan tetapi, aku akan terbunuh hari ini ibu. Asma' : Itu lebih baik bagimu daripada kepalamu akan dipijak-pijak juga oleh budak-budak Bani Umayyah dengan mempermainkan janji-janji mereka yang sangat sukar untuk dipercayai! Abdullah: Aku tidak takut mati, Ibu. Tetapi aku khuatir mereka akan mencincang dan merobek-robek jenazahku dengan kejam! Asma': Tidak ada yang perlu ditakuti perbuatan orang hidup terhadap kita sesudah kita mati. Kambing yang sudah disembelih tidak akan merasa sakit lagi ketika kulitnya dikupas orang! Abdullah: Semoga Ibu diberkati Allah. Maksud kedatanganku hanya untuk mendengar apa yang telah ku dengar dari ibu sebentar tadi. Allah Maha Mengetahui, aku bukanlah orang yang lemah dan terlalu hina. Dia Maha Mengetahui bahawa aku tidak akan terpengaruh oleh dunia dan segala kemewahannya. Murka Allah bagi sesiapa yang meremehkan segala yang diharamkanNya. Inilah aku, anak Ibu! Aku selalu patuh menjalani segala nasihat Ibu. Apabila tewas, janganlah ibu menangisiku. Segala urusan dari kehidupan Ibu, serahkanlah kepada Allah! Asma': Yang ibu khuatirkan andainya engkau tewas di jalan yang sesat. Abdullah: Percayalah Ibu! Anakmu ini tidak pernah memiliki fikiran sesat untuk berbuat keji. Anakmu ini tidak akan menyelamatkan dirinya sendiri dan tidak memperdulikan orang-orang Muslim yang berbuat kebaikan. Anakmu ini mengutamakan keredhaan ibunya. Aku mengatakan semua ini di hadapan ibu dari hatiku yang putih bersih. Semoga Allah menanamkan kesabaran di dalam sanubari Ibu. Asma': Alhamdulillah! segala puji bagi Allah yang telah meneguhkan hatimu dengan apa yang disukaiNya dan yang Ibu sukai pula. Rapatlah kepada Ibu wahai anakku, Ibu ingin mencium baumu dan menyentuhmu. Agaknya inilah saat terakhir untuk ibu memelukmu..." Abdullah:Jangan bosan mendoakan aku Ibu! Sebelum matahari terbenam di petang itu, Abdullah bin Zubair syahid menemui Rabbnya. Dia kembali kerana mengutamakan redha Allah dan redha ibunya yang beriman. Diriwayatkan, bahawa Al-Hajjaj berkata kepada Asma' setelah Abdullah terbunuh :"Bagaimanakah engkau lihat perbuatanku terhadap puteramu ?" Asma' menjawab :"Engkau telah merosak dunianya, namun dia telah merosak akhiratmu." Asma' wafat di Mekkah dalam usia 100 tahun, sedang giginya tetap utuh, tidak ada yang tanggal dan akalnya masih sempurna. [Mashaadirut Tarjamah : Thabaqaat Ibnu Saad, Taarikh Thabari, Al-Ishaabah dan Siirah Ibnu Hisyam]. Semoga Allah meredhai kedua hambaNya, Asma' dan puteranya. Khatimah Inilah sebuah teladan yang sangat berharga buat kita semua. Asma' Radiallahu anha bukan sahaja menunjukkan keberaniannya, kepatuhannya kepada Allah, suami dan ayahnya; juga pengorbanannya yang besar, sikap dermawannya dan kecemerlangan berfikir yang menjadi cermin keperibadiannya. Bersama suaminya, Zubair bin Awwam, terbentuklah keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah; bukan kerana harta yang melimpah ruah, tetapi limpahan barakah dan rahmat dari Allah Subhanahu wa Taala kerana ahli keluarganya yang menjadikan kecintaan mereka hanya kepada Allah dan Rasul di atas kecintaan-kecintaan lainnya. Dari keluarga ini, lahirlah seorang syuhada yang gagah berani, tidak takut terhadap apapun kecuali Allah Subhanahu wa Taala Semoga kisah Asma’ Abu Bakar ini akan sentiasa mekar di jiwa kita sebagai motivasi diri dalam menyemai kecintaan serta menjalankan kewajipan terhadap Rabbul Izzati. www.mykhalifah.com

No comments:

Post a Comment