Thursday, December 1, 2011

Perniagaan Yang Termahal Posted on Oktober 05, 2009 by ISAM Malizi Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah membeli daripada orang-orang mukmin dengan jiwa dan dan harta benda mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (At-Taubah:111)) Sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya: "Tidak ada satu jiwa pun yang mati dan akan memperoleh kebajikan yang menggembirakannya di sisi Allah karena dia dapat kembali ke dunia bukan karena untuk memperoleh dunia serta isinya kecuali orang yang mati syahid. Karena ia berharap dapat kembali lagi lalu terbunuh lagi di dunia, melihat besarnya keutamaan mati syahid." (H.R Anas bin Malik r.a) Sebahagian ulamak berkata: "Tiada jual beli yang termahal atau semulia ini! Kerana yang membeli adalah Tuhan Allah. Yang menjual adalah orang-orang yang beriman. Yang di jual adalah jiwa dan harta bendanya. Sedang bayarannya adalah Syurga." Sungai Dalam Laut Posted on Mac 15, 2010 by Ibnu Salam Firman Allah yang bermaksud: ""Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53) Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia. Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya. Read more... No Comments Akhlak Mulia: Penyelamat Terakhir Di Akhirat Posted on April 05, 2009 by ISAM Al-Malizi Seorang Mukmin apabila berkelakuan dengan sifat-sifat penyantun, pemaaf, tolak ansur dan sebagainya merupakan tanda dan hasil dari iman yang sebenar. Tidak ada nilai bagi iman yang tidak disertai oleh akhlak mulia. Rasulullah S.A.W pernah menggambarkan bahawa akhlak mulia itu adalah "deen" dan akhlak jahat sebagai kecelakaan." (kitab:"Maza ya'ni intimai Ila Islam".halaman 48/49 - Fathi Yakan). Maka sebab itulah akhlak mulia merupakan perkara yang paling berat apabila di letatakkan dalam timbangan di akhirat kelak sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W yang mafhumnya: "Tidak ada satu perkara paling berat yang di letakkan dalam timbangan di akhirat kelak lebih dari akhlak yang mulia." (H.R Abu Daud dan At-Tirmidzi) Berikut mari kita lihat beberapa contoh tauladan akhlak mulia yang ditunjukkan daripada perjalanan salaf di sepanjang sejarah islam. Diantara yang pernah diberitakan bahawa Sayyidina Zainul Abidin bin Hassan r.a (cicit Nabi) iaitu dalam peristiwa ketika hamba sahayanya menuang air dari sebuah cerek tembikar tidak disangka-sangka cerek itu telah terjatuh dari tangannya lalu mengenai kaki Sayyidina Zainul Abidin sehingga luka dan berdarah. Maka dengan cepat hamba sahaya itu mengatakan: Tuanku! Allah telah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud: "Dan orang-orang yang menahan marah..." Sayyidina Zainul Abidin pun berkata: "Baiklah aku tahan marahku." Berkata hamba sahaya itu lagi: Allah berfirman lagi: "Dan orang-orang yang memafkan orang lain." Sayyidina Zainul Abidin berkata : "Aku sudah memaafkan engkau.." Berkata pula lagi hamba sahaya itu: Allah berfirman lagi: "Allah mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikkan.." Seterusnya jawab Sayyidina Zainul Abidin: "Baiklah aku merdekakan engkau kerana Allah..!" Sementara dalam peristiwa Khalifah Umar Ibnul-Khattab r.a. ketika beliau telah didatangi oleh seorang dusun yang berwatak kasar, lalu berkata kepadanya: Wahai Umar! Demi Allah, engkau tidak berlaku adil dalam pemerintahanmu dan tidak memberikan secukupnya kepada kami. Mendengar itu, maka menjadi marahlah Khalifah Umar hingga kemarahan itu ketara pada wajahnya. Tiba-tiba salah seorang para hadirin telah menyampuk dan berkata: Wahai Amirul Mukminin! Bersabarlah. Tidakkah tuan mendengar firman Allah Ta'ala yang bermaksud: "Ambillah sikap pemaaf dan suruhlah orang berbuat yang baik-baik dan jangan mengendahkan orang-orang yang bodoh itu." (al-A'raf:199) Mendengar peringatan orang itu, Khalifah Umar pun bertenang semula, dan beliau memaafkan si penuduh itu. Berkata Anas bin Malik, ketika memberi keterangan terhadap firman Allah Ta'ala: "Tolaklah kejahatan itu dengan cara sebaik-baiknya, sehingga orang yang bermusuhan antaramu dengannya akan menjadi seorang kawan yang setia, dan kelakuan seumpama itu tiada dikurniakanNya kepada sesiapa pun, melainkan orang-orang yang bersabar, dan tidak diberikanNya melainkan kepada orang-orang yang bersabar, dan tiada diberikanNya melainkan kepada orang yang mempunyai keberuntungan yang besar." (Fushshilat: 34-35) Kata Anas: Itulah orang yang bila dicaci-maki oleh saudaranya, lalu ia berkata: Andaikata anda telah berdusta dalam caci-makimu itu, maka mudah-mudahan Allah mengampuni anda. Tetapi jika anda benar dalam ucapanmu itu, maka mudah-mudahan Allah mengampuni saya. Dari Saiyidina Ali bin al-Hussain r.a, pada suatu ketika beliau telah dimaki oleh seorang, maka beliau pun menghadiahkan kepada orang itu sehelai pakaian, dan memberikannya pula sebanyak seribu dirham. Setengah orang yang mendengar cerita itu telah mebuat komen, kata mereka: Telah terkumpul pada peribadi Saiyidina Ali bin al-Hussain itu lima sifat yang terpuji iaitu: 1. Penyantun 2. Melenyapkan sakit hati. 3. Melepaskan orang itu dari sesuatu yang boleh menjauhkannya daripada Allah azzawajalla. 4. Menyebabkannya merasa kesal terhadap perbuatannya lalu bertaubat. 5. Mengubah sikapnya yang mencela tadi kepada sikap memuji pula. Beliau telah membeli kesemua sifat-sifat yang terpuji ini dengan sesuatu yang tidak terpandang dari harta dunia. Seterusnya dalam peristiwa lain lagi ketika Anas bin malik r.a dan para sahabat sedang duduk disisi Rasulullah SAW, tiba-tiba mereka melihat Baginda tersenyum. lalu Anas ra telah bertanya: "Apakah yang membuatkan Rasulullah SAW tersenyum gembira? Jawab baginda Rasulullah SAW: "Yang membuatkan aku tersenyum adalah kerana dua orang dikalangan umatku di akhirat iaitu antara orang yang kena zalim telah menuntut keadilan kepada Allah SWT daripada orang yang menzaliminya ketika di dunia dahulu. Ketika Allah SWT memerintahkan agar orang yang menzalimi membayar ganti rugi sebagai jalan penyelesaiannya, orang yang menzalimi itu tidak dapat membayarnya kerana pahala kebaikannya telah habis dituntut oleh orang lain. Maka orang yang kena zalim itu meminta agar segala dosa yang ada pada dirinya diberikan kepada orang yang menzaliminya itu. Ketika seorang daripada dua orang itu sedang berbalah, Allah SWT telah memperlihatkan sebuah mahligai emas yang tersergam indah di dalam syurga... Apabila mereka melihatnya, tiba-tiba orang yang kena zalim itu amat terpesona dan gembira sekali sehingga ingin memilikinya. lalu bertanya orang yang kena zalim itu kepada Allah SWT sama ada mahligai emas itu untuk nabi-nabi, para syuhada atau siddikin. Maka jawab Allah SWT sesunggunya mahligai emas itu adalah untuk sesiapa sahaja asalkan mereka sanggup membayarnya... Mendengar syarat daripada Allah SWT untuk memiliki sebuah mahligai emas itu, orang yang kena zalim itu telah menyedari dan menyatakan kepada Allah SWT bahawa tidak mungkin dia dapat membayar mahligai emas itu. Namun Allah SWT telah menyatakan kepada orang yang kena zalim itu bahawa masih ada peluang lagi jika dia tidak dapat membayarnya, iaitu dengan memaafkan dan tidak menuntut agar orang yang menzalimi itu memikul segala dosanya. Setelah mendengar tawaran daripada Allah SWT, orang yang kena zalim itu telah melompat kegembiraan tidak terhingga lalu segera memaafkan segala kesalahan dan kezaliman yang pernah dilakukan oleh orang yang menzaliminya ketika di dunia dahulu. Akhirnya Allah SWT telah memerintahkan kepada malaikat agar membawa orang yang kena zalim itu ke dalam mahligai emas yang terbina di dalam syurga Allah SWT dan diikuti pula orang yang menzalimi setelah mendapat penyelesaian... Demikianlah Rasulullah SAW telah menceritakan kepada Anas bin Malik r.a tentang suatu peristiwa di akhirat dimana orang-orang yang mempunyai akhlak mulia seperti sifat pemaaf akan memdatangkan kebajikan kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain. Memaafkan orang lain dari kesalahan terhadap dirinya bererti dia menolong saudaranya dari beban dosa dan sekaligus menjadi saluran rahmat Allah untuk dirinya sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya: "Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak menyayangi kecualai kepada hambaNya yang penyayang, tidak mengampuni kecuali kepada hambaNya yang mengampuni dan tidak menerima taubat kecuali kepada hambaNya yang sanggup memaafkan kesalahan saudaranya." Mudah-mudahan beberapa ciri akhlak mulia yang ditunjukkan daripada contoh-contoh tersebut di atas akan menjadi satu garis panduan untuk kita semua teladani baik dari segi perkataan, perbuatan, pendengaran, penglihatan, hati dan sebagainya... Akhir kalam renungilah sebahagian hadis-hadis nabi, kata-kata para sahabat dan para tabi'in sebagaimana yang tersebut di bawah ini bagi mencapai kesempurnaan akhlak seorang muslim yang sejati: "Sesungguhnya seseorang itu akan dapat mencapai darjat orang yang sentiasa berpuasa dan bershalat melalui sifat lemah lembut." (Al-Hadis) Sementara dalam sebuah hadis Rasulullah SAW. telah bersabda yang mafhumnya: "Sebaik-baik anak Adam, ialah orang yang lambat marahnya dan segera pula reda bila sudah marah, dan sejahat-jahat anak Adam yang lekas marahnya dan lambat pula reda marah itu." Dalam hadis yang lainnya pula daripada Ubadah bin Ash-Shamit r.a katanya: Rasulullah SAW telah bersabda yang mafhumnya: "Mahukah kamu ku beritakan perkara yang dengannya Allah memuliakan binaan dan mengangkat darjat ketinggian?" Mereka menjawab: "Bahkan ya Rasulullah..." Rasulullah SAW bersabda: "Kamu berlemah lembut terhadap orang yang tidak mengetahui kamu, memaafkan orang yang menzalimi kamu, memberi kepada orang yang tidak pernah memberi kepada kamu dan kamu menghubungkan silaturrahim dengan orang yang memutuskan silaturrahim dengan kamu." (H.R At-Tabrani) Berkata pula seorang hukama: "Apabila ilmu dan amal tidak membuahkan akhlak yang mulia, ertinya ilmu dan amal itu tidak ada nilainya di sisi Allah dan manusia..." (Hukama) Back No Comments

No comments:

Post a Comment