Sunday, December 11, 2011

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik ketika mengulas isu Mahkamah Tinggi membenarkan pengunaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly. “Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama,” katanya dalam sidang media di kediamannya semalam. SIAPAKAH YANG BELIAU MAKSUDKAN? Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad, di dalam blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan sebuah akhbar mingguan katolik. Menurut beliau, “perkataan Allah bukan milik eksklusif umat Islam sahaja tapi semua manusia”. Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, di dalam beberapa sesi ceramah beliau di hadapan penganut ajaran Kristian telah terang-terangan menyokong penggunaan kalimah Allah oleh agama lain. Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, pula baru-baru ini mengeluarkan kenyataan menolak penggunaan kalimah Allah oleh agama lain kerana ia boleh mengelirukan. Semakin jelas bukti-bukti bahawa Nik Aziz perlu bersara segera kerana beliau kini menjadi semakin pelupa dan kerap mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan beliau sebelumnya (bahasa kasarnya, NYANYUK). 18062_103574832997643_100000353810531_87391_98276_n Kenyataan rasmi PAS yang dikeluarkan semalam pula jelas menunjukkan bahawa parti tersebut lebih takut dengan reaksi penyokong bukan Islam berbanding rasa takut kepada Allah SWT. PAS yang kononnya sanggup berjihad demi menegakkan negara Islam telah memilih jalan selamat… “Penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.” PAS hanya mampu menegur secara lembut… “Semua pihak tidak boleh menyalahgunakan perkataan Allah” Itulah bezanya antara parti yang berpolitik demi Islam dan parti yang sekadar memperalatkan Islam demi politik. Kepada semua penyokong pembangkang beragama Islam yang masih cuba menegakkan benang basah dan menyokong pendirian sesat pemimpin mereka, hayatilah ayat Quran berikut:- “Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya” [al-Maidah 5:73] Inilah natijah konsep KESAMARATAAN HAK yang diperjuangkan oleh pembangkang. Agama pun hendak disamaratakan!! Bukan Islam menuntut hak dan peruntukan yang sama dalam membina rumah ibadat mereka. Duit zakat pun mereka tuntut agar diagihkan samarata untuk kegunaan semua agama. Kini mereka tuntut pula hak untuk menggunakan kalimah Allah dalam menyebarkan kepercayaan mereka. Astaghfirullah hal adzim… Sang Setia – Yakin dengan jaminan TPM. Kerajaan BN akan selesaikan isu kalimah Allah. Share This Post Share/Save/Bookmark This entry was posted on Tuesday, January 5th, 2010 at 5:09 am and is filed under Berita Semasa. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site. 4 Responses to “Khalid Samad & Anwar Ibrahim KUFUR Apabila Sokong Kristian Guna Kalimah ALLAH?” Suara Rakyat Says: January 5th, 2010 at 9:08 am Pandangan saya memang lakyaklah kHALID SAMAD ni digelar manusia bertopingkan ??? konon2 islam , apalah yg dia org ni hendak agaknya ni di panggil politik keluarga seorang kat PAS seorang kat ??? tahu tak apa bak kata perpatah Nabil LU PIKIRLAH SENDIRI dan kata Karam ANAK SAPO LAH NI PAKAKUBJB Says: January 5th, 2010 at 9:18 am BETULLAH SUARA RAKYAT NILAH DI KATA DIDIKAN MAK BAPAK ADA KAH LENGKAP ANAK2 MEREKA DI DIBERI DIDIKAN AGAMA AKU RASA MAK BAPAK MEREKA CUMA BAGI DIDIKAN DUNIA SAJE , KEJARLAH NAK HARTA DUNIA NI SELAGI BOLEH , KALAU DAH KATA SHARIR SAMAD CHECK KAT PEJABAT TANAH MANA ADA NAMA SAYA TANAH2 KAT JB NI, KITA TAK BODOH LAH DATO MANA ADA ORG NAK NAMA SENDIRI LETAK LAH NAMA KERONI HEHE SuaraJB Says: January 5th, 2010 at 6:39 pm Aku sokong pendapat kau, dia org ni nak jadi pemimpin berkepentingan sendiri adik beradik ni patut di singkirkan rakyat dah muaklah reduan Says: January 26th, 2010 at 2:38 pm ingat lah kita kumpul duit byk2 lama2 mati jugak, kejar pangkat tinggi2, lama2 mati jugak, takde yg kekal kat dunia ni. jangan mintak mati tapi ingat mati dan renunglah nak ke mana kita akhirnya., orang kafir pun kalau ditanya bila mati nanti nak ke mana? =syurga jawabnya, takkan kita org islam tak nak ke syurga’ Leave a Reply

No comments:

Post a Comment