Saturday, January 28, 2012

DAP Cuba Jadi Kuasa Tunggal Pembangkang, Bakal Sisih PAS dan PKR – Datuk Hamdi Abu Bakar Share This Add to Delicious Share on FriendFeed Digg submit to reddit Tags Ketua Penerangan Kerajaan Negeri, Datuk Hamdi Abu Bakar-- DAP kini cuba menunjukkan ‘warna’ parti itu yang sebenar dengan menolak PAS dan PKR secara halus dalam Pakatan Rakyat (PR) yang merupakan gabungan antara ketiga-tiga parti tersebut, kata Ketua Penerangan Kerajaan Negeri, Datuk Hamdi Abu Bakar. Menurutnya, keadaan dapat dilihat dengan jelas berlaku di Selangor sebaik sahaja Exco Agama yang dipegang Datuk Hasan Ali dipecat dari PAS. “Selepas Datuk Hasan Ali dipecat, portfolio agama Islam yang dipegang wakil Pas telah bertukar tangan kepada PKR. “Ini satu usaha yang cukup halus untuk menolak PAS dalam PR,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Ahli Majlis Perbandaran Manjung, Tan Mee Giok di Pantai Remis. Beliau berkata demikian ketika mengulas keghairahan parti DAP menarik keahlian di kalangan orang Melayu memasuki parti tersebut sejak kebelakangan ini termasuk bekas wartawan Utusan Malaysia, Hata Wahari, baru-baru ini. Menurutnya, DAP sedang berusaha untuk memperkuatkan parti tanpa memerlukan sokongan dari PAS dan PKR lagi. Hamdi berkata, sehubungan itu, mereka sedang mencari jalan untuk menarik seramai mungkin orang Melayu terutamanya di kalangan golongan muda masuk ke dalam DAP. “Peristiwa DAP yang ‘kempunan’ memegang jawatan Menteri Besar di Perak selepas merampas dari Barisan Nasional (BN) lalu cukup menghantui mereka hingga kini. “Sehubungan itu, jangan terkejut jika mereka akan meletakkan calon Melayu bertanding atas tiket DAP walaupun mereka menafikan perkara tersebut,” katanya. – Nooraini Mahamad.

No comments:

Post a Comment