PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Sunday, January 29, 2012
Dasar Membangun Bersama Islam yang dilaksana kerajaan Kelantan sejak 1990 ternyata turut diterima rakyat pelbagai kaum di negeri ini. Di mana ia mencerminkan seakan-akan konsep 1Kelantan apabila semua kaum dapat hidup dalam keadaan aman dan sentosa di bawah dasar tersebut. Sedangkan konsep 1Malaysia baru diperkenalkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak selepas mengambil alih teraju pentadbiran negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi April lalu. Anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Anuar Tan Abdullah berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) baru sedar konsep tersebut sedangkan ia sudah lama diamalkan di Kelantan kini hampir 20 tahun
Sumber: Haprakdaily.
Berikut adalah fakta-fakta mengenai 1Kelantan yang tidak didedahkan oleh Anuar Tan Abdullah:
1. Berikan nama satu masjid yang kerajaan Pas telah dirikan semasa pemerintahannya yang kononnya Dasar Membangun Bersama Islam. Apakah masjid besar dan moden yang boleh dibanggakan oleh rakyat Kelantan?
2. Semasa kerajaan BN mentadbir Kelantan, permohonan kaum keturunan Siam untuk membina sebuah berhala di Kampung Berok, Pasir Mas tidak diluluskan kerana ketinggiannya yang agak menonjol. Setelah berkali-kali memohon, maka kerajaan BN meluluskan dengan syarat:
Berhala itu tidak boleh dibuat menegak, tetapi perlulah dibaringkan.
Berhala hendaklah terlindung agar tidak mengganggu kaum Melayu Islam di sekitarnya.
Apabila "Kerajaan Islam" Pas mentadbir semakin banyak projek berhala yang diluluskan di Kelantan. Berhala duduk yang berada di Jong Bakar, Tumpat telah diluluskan walaupun ketinggiannya menyamai 5 atau 6 tingkat bangunan.
3. Berhala Buddha terbesar di Asia Tenggara di Kampung Tawang, Bachok. Ketinggian berhala ini menyamai 12 tingkat bangunan iaitu melebihi 100 kaki dan diletakkan secara berdiri. Berhala ini dibina betul-betul bertentangan dengan kiblat solat. Pelancaran perasmian tokong Buddha itu akan disempurnakan oleh Exco kerajaan negeri, Dato' Anuar Tan Abdullah sendiri pada 6 Jun 2009.
Inikah Dasar Membangun Bersama Islam yang diamalkan oleh Parti Angguk Saja (Pas) Kelantan?
Written by Cucu Tok Selampit at Tuesday, June 30, 2009 7 comments
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
Cakap Depan Lain, Main Belakang Lain
Apabila Anwar Berahi Al Juburi mengatakan BN akan main kotor di Manek Urai, itu bermakna beliau telahpun mengarahkan semua jentera parti Pakatan Haram dan kesemua blogger-blogger upahannya untuk menabur fitnah dan "personal character assassin" kepada calon BN bagi Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat. Anwar Berahi adalah seorang yang pakar di dalam menggunakan pendekatan "reverse psychology". Lihat lakonan percakapannya di sini:
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa PAS akan mengekalkan kerusi DUN Manek Urai dalam pilihanraya kecil 14 Julai ini walaupun BN didakwanya aktif menjalankan kempen memburukkan Pakatan Rakyat.
Sumber: Malaysiakini.
Pakatan Haram yang diketuai oleh Anwar Berahi tidak mempunyai agenda yang hendak diutarakan di Manek Urai, baik agenda sosial maupun agenda pembangunan. Beliau sedar calon yang diketengahkan oleh BN jauh lebih baik dari calon yang diketengahkan oleh Pas. Sumber-sumber dalaman dari ahli majlis tertinggi Batang Keadilan Rakyat memberitahu Cucu Tok Selampit bahawa Anwar Berahi merasa begitu kecewa dengan calon pilihan Pas. Menurut sumber itu lagi, Anwar Ibrahim mahukan seorang calon yang berpendidikan dan bukannya calon yang setakat "pass" LCE" (atau dipanggil Sijil Rendah Pelajaran sekarang) dan bekerja sebagai pmborong ikan. Demi menjaga maruahnya, beliau terpaksa bersetuju dan mengarahkan supaya "personal political assassination" dilakukan ke atas Tuan Aziz yang secara langsung akan menaikkan calon Pas. Beliau tidak mahu rekod kemenangannya di PRK terjejas disebabkan pemborong ikan ini,
Juak-juak Anwar Berahi telah mula memainkan peranannya. Blogger-blogger upahan telah mula memasukkan jarum masing-masing. Fitnah-fitnah yang ditaburkan tanpa mengemukakan sebarang bukti dilancarkan. Kalau tidak percaya lihat blog ini, ini dan ini dan banyak lagi blog-blog pro pembangkang yang berbayar yang lain. Malaysiakini telah melaporkan penafikan fitnah-fitnah dari kaum munafik, di sini. Blog Cucu Tok Selampit akan memastikan fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh blogger-blogger berbayar ini akan dijawab dan ditangkis secara hikmah dan bijaksana dengan disokong oleh bukti-bukti. Ini bagi membuktikan bahawa Anwar Berahi bersama-sama Pakatan Haramnya merupakan tonggak utama perpecahan umat manusia di bumi Malaysia yang kita cintai ini.
Written by Cucu Tok Selampit at Tuesday, June 30, 2009 1 comments
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
June 29, 2009
Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong-Sorong
Keadaan TG Nik Aziz Apabila Mengetahui DS Najib Menolak Pelawaan Debat
Apabila DS Najib dengan merendah diri menerima pelawaan DS Haji Hadi Awang untuk berbincang, DS Najib telah ditikam dari belakang dan dihina mengatakan bahawa UMNO dan DS Najib telah merancang untuk memporak-perandakan Pakatan Haram. Apabila DS Najib buat tak tahu pelawaan TG Nik Aziz untuk mengadakan debat terbuka, kenapa TG Nik Aziz seperti gila meroyan dan merasa kecewa? Berita penuh dapat dilihat di The Star seperti berikut:
PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat expresed disappointment that Umno had shot down his suggestion for a debate with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak over the PAS-Umno spat. He said his letter on the proposal had yet to be sent to Najib as his political secretary was overseas and would only be back on Wednesday. “I am sorry and sad that Umno did not even consider the matter, but had simply shot it down,” he told reporters during a break in the State Assembly sitting. Nik Abdul Aziz, who is also Kelantan Mentri Besar, was asked to comment on media reports that Umno was not keen on the debate as it would “further confuse the Malays and worsen matters.” To a question, Nik Abdul Aziz said having a debate would have put the PAS-Umno spat in a clearer perspective.
Kenapakah beliau perlukan perdebatan ini. Bukankah beliau boleh mengutuk, menghina dan memaki hamun UMNO dengan mengeluarkan apa sahaja fatwa yang diinginkannya di atas pentas-pentas ceramah Pas. Untuk apa dia perlu berjumpa dengan DS Najib? Kenapakah beliau hendak berjumpa dengan pengasas Ajaran Ayah Pin dan komunis seperti yang didakwa olehnya. Tidakkah cukup dengan perbincangan dengan sahabat-sahabat syaitannya? Kenapa dia merasa bimbang perdebatan ini tidak akan terjadi?
Kenapakah perkara ini tidak dibawa kepada dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Pusat Pas? Adakah sifat diktator TG Nik Aziz menyebabkan perkara debat ini tidak perlu dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Pusat. Lihat laporan Mstar di sini. Apa pula kata Tuan Presiden Pas?
"Saya mahu dapatkan penjelasan dulu ... saya kena hubungi (Nik Aziz) dulu."
Selepas dibelasah teruk kiri, kanan, depan dan belakang oleh Anwar Berahi, Lim Kit Siang Ikan dan orang-orang partinya, Tuan Presiden sudah tidak berani bersuara lagi!
Written by Cucu Tok Selampit at Monday, June 29, 2009 7 comments
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
June 28, 2009
TG Nik Aziz Hendak Ajak DS Najib Berdebat? Buang Tabiat Ke Apa?
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjemput Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno dengan PAS. Menteri Besar Kelantan itu juga berkata draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.
Sumber: Bernama.
Tok Guru ketika bercakap kepada lidah resmi bercabang Haprakdaily berkata:
"Saya nak minta Presiden Umno berdepan dengan saya bulat-bulat, secara terbuka, tidak secara sulit kerana perkara ini telah terbuka secara umum sejak 1951, tak habis-habis. Saya mahu penjelasan kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS sedangkan PAS ini guna Islam (dalam dasar parti, perjuangan dan pemerintahannya). Saya nak tahu, tak kena di mana (ajaran) Islam menyebabkan Umno menolak Islam, sebaliknya guna (mengambil sistem) sekular dan kebangsaan."
Saya tahu Tok Guru sudah nyanyuk. Saya tak tahu sejak bila UMNO menolak Islam. Yang saya tahu salah seorang pemimpin Pas, Nizar "The Puppet" Jamaluddin pernah berkata di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, "Cuba cari di dalam perlembagaan Pas, di mana tercatitnya Pas hendak mendirikan negara Islam".
Siapakah menubuhkan Bank Islam, Universiti Islam, Pusat Rawatan Islam, Sistem Kewangan Dan Pasaran Islam dan lain-lain lagi? Siapakah yang memertabatkan Islam di Malaysia? Pas? Kalau setakat ceramah pakai serban sebesar bakul bercakap pasal Islam sambil memaki hamun itu bukannya dinamakan menegakkan Islam Tok Guru. Pajak Gadai Ar Rahnu di Kelantan? Itupun pinjam dari idea UMNO.
Saya ada beberapa persoalan dan saranan untuk TG Nik Aziz berkenaan isu debat:
1. Rasanya tajuk debat tidak begitu sesuailah Tok Guru. Apa kata kita letak tajuk debat sebagai "Kenapa Pas telah bertukar kepada Parti Angguk Saja?" atau " Kenapa Pas Berkawan Dengan Syaitan?" atau "Kenapa Pas Telah Menjadi Parti Sesat?" atau "Kenapa Pas Menyokong Penzina Dan Peliwat?" atau "Kenapa Saya Hendak Jadi Menteri Besar Kelantan Sampai Mati?
2. Tok Guru hendak berdebat dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa English. Oh maafkan saya. Orang-orang Pas bencikan bahasa English. Tak pa. Kita guna Bahasa Malaysia. Bukan loghat Kelantan. Nanti tak paham pula makcik dan pakcik dari Ceruk Tok Kun atau Padang Mat Sirat dan sebagainya. Demo-demo, kawe-kawe, sokmo dan perkataan-perkataan seerti dengannya tidak boleh digunakan.
3. Tidak boleh maki-maki dan marah-marah. Kami tahu Tok Guru adalah seorang diktator yang mahukan semua pengikutnya mendengar cakap Tok Guru. Kalau mereka tak mahu dengar, Tok Guru marah-marah dan keluarkan kata-kata kesat. Panggil mereka sampah, taghut, firaun dan sebagainya. Tak boleh maki hamun tau. Nanti Tok Guru kena kad merah.
4. Saya rasa tidak payahlah DS Najib sampai hendak membuang masa berdebat dengan Tok Guru. Tok Guru bolehlah, 24 jam hendak berpolitik. Cukuplah sekadar DS Najib menghantar rakyat marhaen seperti saya, yang cukup bersedia untuk menangkis hujah-hujah Tok Guru. Ada berani?
5. Dan yang paling utama, apabila sudah edarkan surat dan pekeliling, jangan pula jadi macam panglima perangnya, Husam Musa yang berdecit lari apabila hendak berdebat dengan Ezam Md Noor ... Chicken Run!
Written by Cucu Tok Selampit at Sunday, June 28, 2009 8 comments
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment