PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Saturday, January 28, 2012
Hassan Kata Kerana Tunduk Kepada DAP, Pas Tersasar
Khamis, 22 Disember 2011 10:48
Hassan_Kata_Kerana_Tunduk_Kepada_DAP_Pas_TersasarOleh Kaizer Daris
KUALA LUMPUR - Kerana tunduk kepada DAP, sekutu pembangkang yang anti Islam dan fahaman komunis itu, Pas telah tersasar daripada perjuangannya.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali menolak konsep negara berkebajikan yang diperkenalkan oleh Pas, sebaliknya beliau mahu parti itu kembali kepada perjuangan asal iaitu menubuhkan sebuah negara Islam.
Hasan mengakui antara batu penghalang kepada Pas untuk menubuhkan sebuah negara Islam adalah datangnya daripada kepimpinan tertinggi DAP.
Beliau berkata, kenyataan Pengerusinya, Karpal Singh iaitu jika Pas mahu meneruskan cita-citanya menubuhkan sebuah negara Islam perlu langkah mayatnya terlebih dahulu jelas membuktikan betapa besarnya halangan tersebut.
Ujarnya, kenyataan Karpal itu cukup menggambarkan bagaimana pintu untuk meneruskan hasrat tersebut tertutup dan terkunci selama-lamanya.
‘‘Saya kira pihak pimpinan Pas perlu membincangkan perkara ini. Dalam organisasi Pas, kita ada jawatankuasa di peringkat cawangan, kawasan, negeri dan Pusat.
‘‘Masing-masing mempunyai tanggungjawab dan salah satu tanggungjawab dalam konteks sekarang adalah bersama-sama meletakkan Islam sebagai agenda perjuangan utama dan pertama.,’’ katanya
Justeru, pendiriannya itu jelas kerana matlamat asal penubuhan Pas adalah untuk mendirikan sebuah negara Islam dengan cara memartabatkan agama itu, umatnya serta memperkukuhkan peranan ulama supaya mereka mampu menggarap Islam di dalam pemerintahan.
Sehubungan itu, beliau berkata, sebagai sebuah parti Islam, Pas tidak harus mempunyai cita-cita untuk menubuhkan negara berkebajikan kerana pelaksanaan konsep negara seperti itu mampu dilakukan oleh golongan sekular seperti mana berlaku di negara-negara maju antaranya Sweden, Norway, United Kingdom (UK) dan Australia.
‘‘Prinsip perjuangan saya meletakkan semula Pas ke landasan asal dan ia sejajar dengan kehendak Perlembagaan parti. Daripada pengamatan saya, Pas yang kini majoritinya dikuasai oleh golongan bukan ulama lebih cenderung mengamalkan ‘politik memenuhi kehendak rakan’ hingga sanggup mengorbankan prinsip perjuangan yang telah dipertahankan sejak penubuhannya.
‘‘Cuba kita lihat pada awal penubuhan Pas bagaimana pemimpin Pas terdahulu seperti Dr. Burhanuddin Helmi dan Ustaz Zulkifli Mohamad berjuang untuk mendirikan negara Islam dengan cara memartabatkan Islam, Melayu dan menobatkan institusi raja-raja,’’ katanya.
--KELATEKITO.NET
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment