Monday, January 30, 2012

Kenyataan Anwar Ibrahim yang menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel dalam The Wall Street Journal bukan sahaja mengejutkan rakyat Malaysia bahkan Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush. Pelik dan ganjil, itulah yang dapat disimpulkan Duta Palestin terhadap kenyataan Anwar Ibrahim. "Kami terkejut dan terperanjat dengan kenyataan pelik itu bahawa beliau menyokong keselamatan Israel”. Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush Menurut Abughoush lagi Palestin menjadi isu utama bagi semua umat Islam, dan Malaysia pula menjadi pendokong utama sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, maka adalah pelik dan ganjil apabila seorang pemimpin beragama Islam dari negara ini membuat kenyataan demikian. "Kami tak tahu siapa sebenarnya yang memerlukan perlindungan keselamatan kerana hakikatnya Israel memiliki lebih 200 jenis senjata nuklear serta angkatan tentera yang dilengkapi senjata canggih. "Kami tidak pasti adakah jaminan keselamatan perlu diberi kepada penakluk atau rakyat Palestin yang ditakluki, yang ditindas saban hari serta berdepan dengan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang dan perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh kumpulan penakluk, yang mencabuli undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa serta tidak menghiraukan usaha masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah. Justeru, tegas Abdelaziz Abughoush sewajarnya kenyataan Anwar Ibrahim itu sangat membimbangkan dan menjadi kewajaran Anwar Ibrahim perlu ‘bertaubat”. Anda mungkin juga meminati: ANWAR IBRAHIM NAFIKAN KENYATAANNYA DALAM WALL STREET ... THE WALL STREET JOURNAL TERSILAP TERBITKAN WAWANCARA ANWAR ... ANWAR IBRAHIM SOKONG ISRAEL MUSNAH PENDUDUK PALESTIN PKR HIDUP KERANA ANWAR, PKR MUSNAH JUGA KERANA ANWAR ANWAR IBRAHIM PERDAYA PAS SOKONG ISRAEL

No comments:

Post a Comment