PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Monday, January 30, 2012
Panass..!!! Pakatan Haram cuba tutup isu Murtad..!!!
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Apabila isu murtad timbul ‘angkara’ JAIS di Selangor, para pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat terpaksa mencari isu lain untuk mengalih perhatian. Manakala jentera propaganda Pakatan Rakyat pula terpaksa memperkecil-kecilkan sebarang usaha yang memperkatakan tentang isu murtad dan terkini isu penggunaan pembesar suara di Pulau Pinang.
Isu murtad sebenarnya adalah isu besar. Walaupun kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya dari kalangan pemimpin-pemimpin Melayunya menyatakan isu tersebut telah dipolitikkan, ramai yang dapat melihat kata-kata itu sebenarnya diluahkan oleh pihak lain menerusi lidah pemimpin-pemimpin Melayu berkenaan.
Ramai yang masih ingat bagaimana PAS menjuarai isu murtad sebelum PAS mengikat tali penyengutuan secara rasmi dengan DAP suatu ketika dahulu. Apabila Mufti Perak menyatakan tentang jumlah umat Islam yang telah murtad, PAS telah menggunakan isu dan angka tersebut untuk membelasah kerajaan dan UMNO khususnya, terutama selepas usul yang dibentangkan oleh PAS menerusi Presiden PAS sekarang, tidak diterima oleh Parlimen kerana kekurangan sokongan.
Namun apa yang berlaku di Selangor membabitkan PAS secara langsung. Bukan kerana PAS adalah kerajaan negeri tetapi kerana PAS bergantung kepada DAP untuk menang pada PRU13 nanti. Seperti yang diketahui, PAS bertanding di mana-mana sahaja UMNO bertanding. UMNO pula adalah parti paling dominan dari segi individu di negara ini.
PAS dalam kerajaan Selangor diwakili oleh Hasan Ali. Hasan Ali memegang portfolio Hal Ehwal Agama Islam. Dek kerana itulah, tindakan yang dilakukan oleh Hasan Ali dilihat memberi kesan secara langsung kepada PAS Selangor. Dan tindakan JAIS akan menyebabkan DAP murka dan memarahi PAS.
Itulah sebenarnya yang tidak diperlukan oleh PAS.
Pakatan tahu, seandainya isu tersebut semakin membesar dan tidak dikawal, sokongan kepada Pakatan pada PRU13 akan berkurangan secara drastik terutama sekali dari kawasan bermajoriti Melayu-Islam. Dek kerana itu, jurutera mereka yang terkemuka, Lim Guan Eng terpaksa mencari jalan yang lebih baik untuk mengalihkan tumpuan dan mengurangkan cakap-cakap tentang pemurtadan yang melibatkan sebuah gereja di Damansara Utama.
Antara helah yang digunakan adalah penggunaan pembesar suara bagi bacaan al Quran pada waktu subuh. Dengan menggunakan hukum, ‘MENYALAHI SYARAK’ ia diharap akan menimbulkan perdebatan antara kelompok umat yang menyokong dan menentang fatwa tersebut. Menyalahi syarak bermakna menyalahi hukum Islam dan apabila menyalahi hukum Islam, ia merupakan fatwa terpakai di seluruh dunia.
Melihatkan ruang tersebut lebih besar bagi mengalihkan perhatian daripada isu lain yang lebih besar iaitu murtad, para pemimpin PAS terutama sekali Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz segera menyatakan sokongan walaupun di negerinya sendiri, amalan yang dilakukan BERTENTANGAN DENGAN SYARAK sebagaimana yang difatwakan di Pulau Pinang. Sokongan yang diberikan oleh Nik Abdul Aziz kepada pentadbiran Lim Guan Eng, dituruti pula oleh beberapa orang pemimpin besar PAS yang lain.
Jentera-jentera propaganda mereka turut memainkan isu ini di medium masing-masing. Selagi boleh isu murtad tidak diperkatakan langsung. Dan selagi boleh, jangan ada sesiapa pun yang menyentuh tentang ketidakmampuan PAS menangani masalah umat di Selangor. Kecuali seandainya terdapat cara untuk menjatuhkan Hasan Ali dan mengaitkan UMNO dengan isu murtad, para pemimpin PAS memilih untuk menutup mulut, termasuklah oleh Ketua Penerangan PAS!
Satu lagi isu yang digunakan untuk mengalihkan perhatian ialah daftar undi dan kerakyatan. Bagaimanapun, penjelasan yang diberikan selain gagalnya pembuktian dari pihak Pakatan Rakyat, menyebabkan isu yang ditimbulkan itu – secara asasnya sangat baik – tidak boleh diperpanjangkan.
Secara nyata, memang Pakatan Rakyat benar-benar ketakutan dan kelihatan sangat terjejas dengan isu murtad yang kembali diperkatakan. Bukan kerana kegagalan mengekang agenda pemurtadan yang ingin dilakukan oleh musuh Islam kerana ‘perjuangan memurtadkan umat’ telah dilakukan semenjak dari zaman Rasulullah s.a.w masih hidup lagi, sebaliknya sokongan secara tidak langsung oleh puak yang seringkali menggelarkan diri mereka sebagai pejuang Islam kepada kumpulan pemurtad.
Pakatan berharap PAS akan menarik seramai mungkin sokongan daripada orang Melayu tetapi isu murtad akan menyebabkan PAS terpinggir dan diperkecil-kecilkan kerana sudah terlalu kerap CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN!
Sumber: klik sini
Posted by DukeOfUMNO at 6:07 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment