PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Sunday, January 1, 2012
Pemuda UMNO dan Pemuda PAS Pulau Pinang bersatu bantah penggunaan Kalimah Allah oleh Herald Tribune
pas, penang bangkit
on Sunday, January 3, 2010 by Pejuang Bangsa
- 2 Comments
KP UMNO PP ,Sdr Norman memberi ucapan
Ucapan berapi yang membakar semangat semua hadirin oleh
Ustaz Hafiz Bin Nordin, Mantan Ketua Pemuda PAS P.Pinang
Umat Islam Pulau Pinang bersatu dalam isu kalimah Allah
ketika ditemuramah oleh pihak media
sumber gambar : Pemuda Nibong Tebal
Hari ini berlangsung lagi bantahan di negeri Pulau Pinang. Kali ini perhimpunan aman ini diadakan di depan Dewan Sri Pinang sebagai bantahan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang hakimnya bukan dari Islam membenarkan nama Allah digunakan dalam majalah Kristian, Herald Tribune. Himpunan ini disertai hampir 300 orang yang datang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira fahaman politik seperti UMNO, PAS dan PKR manakala lebih dari 10 NGO turut hadir bagi menyatakan bantahan secara aman ini.
Yang menariknya, ini adalah kali pertama berlaku persefahaman diantara Pas dan juga Umno di Pulau Pinang apabila ahli2 kedua-dua parti ini bergabung suara menyatakan bantahan demi maruah Islam. Ini telah membuktikan kepada kita bahawa umat Islam boleh bersatu jika agama Islamnya terancam .
Ini dapat dilihat melalui persefahaman diantara gandingan 2 pemimpin iaitu bekas Ketua Pemuda Pas PP , Ustaz Hafiz Nordin dan juga Ketua Pemuda Umno negeri Pulau Pinang iaitu saudara Norman, berkongsi pentas untuk melaungkan suara mempertahankan Islam.
Ustaz Hafiz ketika ditanya menyatakan bahawa bantahan ini bukan demi politik, malah ia wajib dinyatakan bagi menjaga maruah Islam keseluruhannya di bumi Malaysia.
Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, saudara Norman pula menegaskan bahawa setiap umat melayu yang beragama Islam haruslah bertanggung jawab didalam mempertahankan kesucian agama dan harus tahu membezakan di antara berpolitik dan juga kewajiban menjaga aqidah muslim.
Gabungan NGO-NGO Islam serta Pemuda Pas dan juga Pemuda Umno Negeri Pulau Pinang ini jelas menunjukkan bahawa "endorsement" Nik Aziz dan juga Khalid Samad didalam penggunaan nama Allah oleh pihak gereja mendapat tentangan daripada semua muslim di Malaysia termasuklah dari akar umbi Pas sendiri.
Jelas kepada kita, ternyata di negeri Pulau Pinang telah dibuktikan bahawa pandangan Ustaz Nasharuddin Mat Isa iaitu umat Islam tidak kira apa fahaman politik harus bersatu dalam mempertahankan penggunaan kalimah Allah sebagai hak mutlak agama Islam.klik di sini selanjutnya
Selain itu , Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh , Sdr Zaidi Mohd Said juga turut mengulas dalam isu kalimah Allah ini .
" Ini adalah terjemahan perlembagaan yang direka oleh penjajah British , 135 ahli Parlimen Islam yang berada di Parlimen hari ini perlu melakukan sesuatu dengan mengenepikan fahaman politik sempit masing-masing . Kuasa berhubung dengan agama Islam dan yang berkaitannya perlu jelas diserahkan pada Majlis Raja-Raja Melayu dalam membuat keputusan demi kesejahteraan negara " katanya ..
Anda mungkin juga meminati:
Mafrel akui ditaja oleh CIA
Mengapa peralihan kuasa 2010 mesti dipercepatkan ??
Menilai sikap seorang MB Perak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment