PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Tuesday, January 31, 2012
Sampai hati Nik Aziz SENYUM MESRA sambil memberi tanda BAGUS kepada salah seorang tokoh Harbi TERBESAR di Asia Tenggara ini. Tidakkah Nik Aziz tahu bahawa dia baik dengan kapitalis Thaksin Shinawatra yang sanggup menjual satelit telekomunikasi (SinCorp) negaranya sendiri kepada Temasek Holding? Dan Thaksin itu adalah provokator yang telah membunuh Melayu-Islam di Selatan Thailand, komuniti yang secara tidak langsung merupakan saudara Kelantanmu wahai Nik Aziz. Juga apa jadi dengan nasib Melayu-Islam di Singapura? Fikirlah.
1) Kepada rakan-rakan yang selama ini MEMUJA Nik Aziz bagaikan maksum, penulis minta maaf kerana tidak dapat lagi berselindung untuk menjaga hati kalian dalam posting kali ini yang melibatkan NIK AZIZ. TEGURAN KERAS perlu dibuat kepada seseorang yang sudah merasakan dirinya amat tinggi ilmu dan amalnya sehingga tidak sedar lagi di manakah KEPENTINGAN yang patut diutamakan sebagai Melayu-Islam di Malaysia ini.
2) Seperti penulis pernah tegur secara terbuka seorang bekas PEMIMPIN TERTINGGI dalam kerajaan yang pincang sebelum ini (cucu ulama besar juga), maka tidak ada bezanya dengan Nik Aziz ini. Sedangkan Saidina Umar R.A sebagai seorang sahabat Nabi, pejuang fisabilillah dan Khalifah kedua Dunia Islam pun meminta dirinya ditegur, inikan pula Nik Aziz seorang bangsawan Melayu dari keturunan RAJA BERSIONG (moyang Raja Jembal). Tidak kira ASAS ILMU apa yang Nik Aziz ada tetapi jika banyak tindak-tanduk Nik Aziz memberi FITNAH kepada Islam itu sendiri, maka sia-sia jualah ASAS KEILMUAN Nik Aziz itu. Apabila Islam terfitnah, maka golongan yang kecewa dan keliru dengan Islam ini akan cenderung membentuk golongan LIBERAL-SEKULAR yang menjauhi retorik agama mainan PAS Nik Aziz ini. Lagi jahanamlah generasi Melayu-Islam kita di Malaysia.
Tidak salah mahu main snooker. Tetapi bayangkan jika gambar seperti ini tokohnya orang UMNO, sudah tentu tokoh itu akan dicerca suka berfoya-foya bermain mainan orang muda. Tapi jika "Tok Guru" yang memainkannya, maka tidak mengapa kot.
3) Kenapa Nik Aziz menentang PERPADUAN MELAYU-ISLAM di saat-saat kita kian berpecah di bumi bertuah ini? Kenapa masih berdendam? Sedangkan dia arif bahawa dalam Islam tiada konsep dosa warisan/asal, maka bukankah itu bermakna Islam selalu membuka pintu kemaafan? Perbuatan individu-individu UMNO masa lampau tiada kaitan dengan MAJORITI orang UMNO masa kini yang mahu melihat perubahan. Tapi kenapakah Nik Aziz tidak mahu menyahut, berdamai dan mungkin berdakwah secara lebih dekat sesama Melayu-Islam dari parti UMNO? Kenapa begitu angkuh mempertahankan PAKATAN dengan golongan MUNAFIK-HARBI yang secara terang-terangan menolak segala unsur-unsur KETUANAN MELAYU yang mendukung KEDAULATAN ISLAM di Malaysia selama ini?
4) Kenapa rela Nik Aziz menafikan nasihat dan pujuk rayu mufti Perak, Dato Seri Dr Haji Harussani bin Haji Zakaria untuk berdamai dengan UMNO Perak demi kesejahteraan orang Melayu-Islam di Perak? Kenapa Nik Aziz ingkar hasrat SULTAN PERAK yang mahu melihat Melayu-Islam yang berkuasa memimpin negeri? Kenapa Nik Aziz tidak menegur tindakan-tindakan Nizar secara terbuka yang terus hingga ke hari ini membuat kacau bilau dalam politik negeri Perak? Kenapa Nik Aziz tidak nasihat pengikutnya supaya taat akan Sultan sebagai Amirul Mukminin sesebuah Kerajaan negeri itu selagi baginda bersolat dan tidak mengarahkan kegiatan maksiat? Kenapa Nik Aziz? Kenapa?
Kenapa perlu Nik Aziz MESRA dan PERCAYA kepada golongan LIBERAL-SEKULAR seperti Zaid Ibrahim dan Anwar Ibrahim ini? Kenapa Nik Aziz rela menjadi Kadi kepada perkahwinan anak Zaid Ibrahim yang terkenal menyokong BAR COUNCIL dalam membela kes murtad Lina Joy? Kenapa berpakat dengan Anwar yang telah menghentam sistem Islam dan memuja demokrasi bebas di Amerika Syarikat? Mereka ini proksi agenda NEW WORLD ORDER!
5) Kenapa Nik Aziz dahulunya pernah menghentam Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebagai golongan sosialis yang sama dengan komunis dalam Harakah, kemudiannya menerima pula Parti Keadilan Rakyat yang telah menyerapkan golongan "sosialis" PRM ini tadi? Kenapa Nik Aziz tidak menegur Anwar apabila dia mahu Chin Peng Komunis itu kembali? Kenapa sering berubah pendirian wahai Nik Aziz? Kenapa tidak pernah ada walau satu pun ucapan dari Nik Aziz secara terbuka untuk mempertahankan badan bersenjata Malaysia (Melayu-Islam) yang menentang komunis suatu masa dahulu? Lupakah Nik Aziz bahawa komunis juga telah ramai membunuh para imam dan ketua kampung yang alim? Lupakah Nik Aziz? Atau Nik Aziz sengaja melupakan segalanya demi undi popular dari kaum/agama lain?
6) Jika Nik Aziz tuduh UMNO buat jahat banyak lagi, habis itu kenapa pula Nik Aziz yang kononnya mengetuai PAS membiarkan PAS melakukan SEDIKIT jahat (salah)? Kenapa perlu banding dengan "kejahatan" UMNO? Tidak bolehkah Nik Aziz nasihat PAS supaya jangan buat jahat (salah) langsung? Tidak bolehkah Nik Aziz menahan diri dari menggadai prinsip dan nama baik Islam yang tegas lagi jelas ini? Nik Aziz mengaku sebagai NAKHODA PAS seluruh Malaysia, tetapi gaya pertuturan Nik Aziz seringkali tidak jelas, berubah-ubah dan mungkin hanya difahami oleh orang KELANTAN sahaja, jika orang luar silap faham, Nik Aziz salahkan media kerajaan, tetapi pernahkah Nik Aziz JELASKAN dalam Bahasa Malaysia secara terperinci untuk memberi kefahaman yang jelas kepada orang Melayu luar Kelantan ini? Dan akhirnya Nik Aziz minta orang datang mendengar ceramahnya secara langsung atau beli CD ceramah Nik Aziz, adakah itu paksaan secara halus dalam berdakwah? Padahal Islam anjurkan kaedah berdakwah yang menyenangkan orang FAHAM dan JELAS seperti cara bekas mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, bukan cara yang membuatkan orang semakin KELIRU atau FANATIK. Apakah maksud Nik Aziz apabila mengiyakan perkataan "ALLAH" boleh digunakan oleh agama lain di Malaysia ini? Apakah situasi kaum, budaya dan agama di Malaysia ini sama seperti di Timur Tengah? Fahaman apa yang Nik Aziz cuba terapkan ini?
Ucapan demi Kuasa Rakyat? Rakyat yang mana? Rakyat yang MUNAFIK-HARBI? Rakyat yang mahu kesama-rataan? Rakyat yang mengawal ekonomi? Rakyat yang mahu menghapuskan institusi Ketuanan Melayu dan Kedaulatan Islam di Malaysia? Rakyat yang mahu hidup BEBAS seperti di Amerika Syarikat? Nik Aziz fikir Ketuanan Rakyat akan memihak kepada agenda Islam sebenar?
7) Nik Aziz mengaku Kelantan (Kota Bharu) membangun walaupun kononnya didiskriminasi oleh kerajaan pusat, tapi sedarkah siapa yang maju di Kelantan itu? Siapa yang membangun sebenarnya? SBJ bukan? Siapa itu Syarikat Bina Jaya (SBJ)? Melayu-Islam? Adakah benar Melayu-Islam semakin berjaya dan maju di Kota Bharu hanya kerana jasa kerajaan PAS? Perasankah Nik Aziz bahawa bilangan bukan Melayu-Islam dari luar semakin bertambah di Kota Bharu? Apa sudah jadi? Adakah mereka itu sekadar datang melawat atau membeli-belah sahaja? Kenapa semakin besar rumah ibadat bukan agama Samawi di Serambi Mekah ini? Apa sudah jadi? Ada ke contoh Serambi Mekah di tempat lain dalam dunia ini yang rumah ibadat agama bukan Samawi nya semakin membesar? Tidak hairan bagi penulis jika golongan ini begitu makmur dan suka kepada PAS sehingga menyertai KELAB PENYOKONG PAS!
8) Andai kata jika suatu hari nanti Melayu-Islam di Kelantan ditimpa bencana seperti mana negara jiran kita, barulah kita insaf bahawa kita yang memegang status ULAMA ini sudah pun memberi FITNAH kepada perjuangan sebenar para mujahid kita. Tidakkah Nik Aziz insaf melihat kesengsaraan saudaramu di SELATAN THAILAND, yang hidup tanpa institusi Sultan, yang hidup bawah golongan kuffar Harbi yang tidak beragama Samawi. Tapi saudara-saudara Patani kita itu tidak seperti Nik Aziz, mereka tetap melaungkan Allahuakbar bersama dengan HIDUP MELAYU PATANI! Mereka tidak tinggalkan identiti bangsa mereka sepertimana Nik Aziz menuduh KEMELAYUAN itu Assobiyyah, mereka tetap tidak tinggalkan ISTILAH MELAYU pada perjuangan mereka, kerana mereka tahu sepertimana sesungguhnya Nik Aziz pun tahu, bahawa MELAYU yang dilaungkan itu adalah fitrah yang tidak bertentangan dengan Islam itu sendiri.
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (Surah Al-Baqarah, ayat 208)
9) Memang banyak lagi kekecewaan penulis yang terpendam selama ini kepada Nik Aziz. Kerana dia tidak "makan" teguran lembut dari mereka yang sebaya, apatah lagi dari insan muda seperti diri penulis ini. Ya, kita semua tidak sempurna, seperti juga penulis yang masih menimba ilmu melengkapi diri yang semakin meniti usia ini. Tetapi beban status sebagai ULAMA adalah berat! Nik Aziz yang sepatutnya memberi tunjuk ajar dan contoh teladan yang baik kepada generasi muda, bukan sekadar di luar pentas politik, bukan sekadar pada poster-poster Nik Aziz yang meminta doa sambil berlinangan air mata itu, bukan modal politik seperti itu. Berkenaan dengan istilah Melayu yang Nik Aziz alergik selama ini, ulama-ulama kita terdahulu ada meletakkan nama asal bangsa atau tempat masing-masing di belakang nama Islam mereka, contohnya Al-Fathani (orang Patani) atau Al-Kelantani (orang Kelantan). Inilah yang dinamakan konsep NASIONALISME (Kebangsaan) dalam Islam. Para ulama-ulama silam ini tidak menafikan bangsa asalnya, sebab itu mereka masih lagi menyebut tempat asal dan bangsanya pada hujung nama mereka. Bukan menafikan MELAYU seperti yang Nik Aziz selalu katakan sehingga istilah Melayu itu menjadi jijik dan diperlekehkan kerana dendam politik.
10) Walaupun KERAS segala teguran yang dibuat oleh penulis yang tidak sempurna ini, tetapi hati penulis tetap mendoakan semoga TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT akan rasional dan kembali ke jalan ULAMA yang sebenar, ulama yang tegas dengan prinsip Islam sebenar, ulama yang berlapang dada bebas dari dendam politik, ulama yang faham akan kepentingan yang patut diutamakan dalam situasi Melayu-Islam di Malaysia dan Muslim di dunia ini yang semakin tertipu dengan mainan golongan KUFFAR HARBI yang ingin melenyapkan akidah kita semua. Semoga Allah membuka pintu hati "Tok Guru" ini dan menggunakan ilmu agamanya untuk memimpin Melayu-Islam di Malaysia ke arah yang benar. UMNO pun ada silap, dan PAS pun ada silap, dua-dua telah terlanjur demi politik, yang jadi mangsa ialah kami, generasi muda Melayu-Islam di Malaysia. Penulis sayang kepada Nik Aziz dan Dr. Mahathir sebagai tokoh politik nasional yang banyak mencorakkan cara berfikir Melayu-Islam kita selama ini.
Jika budaya dan perayaan agama kaum lain Nik Aziz boleh turuti dan meriahkannya, mengapa budaya dan tradisi kaum sendiri Nik Aziz cerca dan anggap sebagai bertentangan dengan Islam? Kenapa perarakan Burung Petalawati untuk sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan tidak lama dahulu diboikot sedangkan replika yang tidak sempurna itu hanya untuk sementara kerana diperbuat dari bunga-bunga? Kenapa berat sebelah anti unsur kebudayaan Melayu yang umumnya tidak pun berkaitan dengan penyembahan? Demi meraih undi popular dari kaum/agama lain? Demi politik mendendami UMNO yang dikaitkan dengan Melayu itu?
"Sungguh celakalah orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka, lalu mereka katakan, "Kitab ini dari Allah", untuk mendapatkan keuntungan yang sedikit. Sungguh celakalah mereka kerana tulisan tangan-tangan mereka dan sungguh celakalah mereka kerana usaha mereka." (Surah Al-Baqarah, ayat 79)
sumber:sahabatpisau
Pisau kata " Islam tiada konsep dosa warisan/asal, maka bukankah itu bermakna Islam selalu membuka pintu kemaafan?"
Related Posts : Pakatan Rakyat, PAS, pilihanraya
Anwar Nak Jadi Malcom X Pulak?
Dewan Ulama PAS Sudah Hilang Sabar Dengan Anwar
AUKU : Azizan Di Ingatkan Jangan "Bebel Mahu Tegakkan Politik Kampung"
Sarawak Mu Kapir Tak Undi PAS!
Sarawak Tak Terima Islam?
Pastor Nga Khor Meng Pun Menyamun Wang Rakyat Jugak?
Read more: http://www.pisau.net/2009/06/pas-nizar-dari-cicit-tok-khurasan-kamu.html#ixzz1nk4OOV6i
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment