Thursday, February 23, 2012

Anwar buat statement menyokong kelangsungan negara Israel. Orang marah. Sampai Palestinian pun kecam. Maka dia adakan pertemuan dengan Nik Aziz. Selepas itu Nik Aziz keluarkan kenyataan yang mereka akan tetap bersama Anwar Berahim. Apa yang Anwar Berahim kata, bukan pendirian PAS. Maka, sekarang, orang pun mula kecam PAS. Kata PAS memang takkan berani nak lepas tangan dengan Anwar Berahim. Laungan sebelumnya yang mengkehendaki Anwar Berahim untuk menyaman Wall Street Journal sebagaimana yang disarankan oleh Majlis Syura PAS juga sudah tidak kedengaran, pabila Anwar mengatakan tiada kesilapan dalam laporan Wall Street Journal tersebut. Kini, Anwar memang takkan tarik balik apa yang sudah dia katakan tersebut, dan PAS kini dengan hormatnya telah memikul sekali ‘ayat lanca*’ Anwar Berahim itu. [Ada orang DAP buat apa-apa statement ke?] Lepas tu, kini Anwar akan mula satu round lagi jelajah negara asing, meninggalkan PAS untuk menjawab pendirian dan sokongan tak berbelah bagi PAS terhadap sokongan Anwar Berahim ke atas kewujudan ‘negara Israel’. Pandai Brader Anwar Berahim kasi kungfu itu hal Israel. Dari dia yang kena taji, sekarang PAS pulak bersungguh-sungguh kena menjawab. Salut, si pandai!

No comments:

Post a Comment