PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Thursday, February 23, 2012
Jangan Biarkan Anak Bangsa Jadi Anjing Suruhan DAP
Posted on November 2, 2010 | Leave a comment
GUA MUSANG 2 Nov – Bekas AJK Pas Pusat dan orang kanan Nik Aziz Nik Mat, Ustaz Mohd Nor Deris berkata, sekiranya DAP menang PRU 13, anak bangsa keturunan Melayu akan menjadi anjing-anjing suruhan DAP.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu yang digembar-gemburkan di dalam internet, dirinya memburuk-burukkan Nik Aziz berikutan dia tidak setuju perhubungan Pas dan DAP.
Ustaz Mohd Nor menjelaskan, sewaktu Nik Aziz dan pengikutnya berkunjung ke rumahnya di RPT Kampung Sungai Terah, Gua Musang, dia dengan tegas menjelaskan bahawa Nik Aziz perlu bertaubat sebelum terlambat. Ini kerana Nik Aziz telah tersasar daripada perjuangan Islam sebenar.
“Saya cakap ana tokseh bersalam dengan anta selagi anta berkawan dengan DAP. Selagi itulah ana tidak akan bersama-sama orang sejahat ini. Nik Aziz marah dan cakap tokseh saing. Aku tokseh saig denganmu,” ujar Ustaz Mohd Nor.
Seterusnya dia mengulas “Dalam Al Quran ada menyebut, sekiranya kamu bertembung, sekiranya kamu berkelahi, sekiranya kamu tidak bersependapat, hendaklah kamu rujuk kepada Al Quran dan hadis. Tapi sayangnya Nik Aziz adalah orang yang tidak suka perpaduan”.
Nik Aziz lebih gemar merujuk kepada DAP sekiranya menghadapi sebarang masalah. Bagi Ustaz Mohd Nor, Pas kini ibarat musuh negara umat Islam yang bertopengkan Islam yang cuba merompak kuasa politik Islam di Malaysia.
Sikap Nik Aziz ini langsung tidak mencerminkan sikap seorang ulama yang berpegang teguh kepada ajaran Islam.
Advertisement
Share this:
Email
Print
Digg
StumbleUpon
Reddit
Facebook
Twitter
Like this:
Like
Be the first to like this post.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment